before that, sedikit intro dan pemberitahuan.
aku adalah home based director, untuk Erza Omnimedia. syarikat yang ditubuhkan atas minat mendalam suami dan aku (juga) dalam bidang muzik serta yang berkaitan. Erza Omnimedia juga mempunyai sebuah studio rakaman; Studio Anggerik. masih dalam peringkat bertatih, studio kami ini bagaimanapun sudah menampakkan hasil. walau tidak sehebat dan se gah mana, ianya cukup membanggakan. malah aku rasa berbaloi berkorban masa dan menanti suami pulang jam 3, 4 pagi untuk selesaikan sesuatu rakaman lagu. to make story short, since my hubby works in UiTM, banyak contact yang jamming atau buat rakaman di studio kami merupakan student muzik, UiTM. dan antara yang aktif, adalah SORGANINA. errkkk...macam pernah dengar? atau ada terbaca di mana2? wait..the excitement (at least for us) is about to be told.
hujung tahun lepas (kalau tak silap), kami ambil keputusan untuk menerbitkan album SORGANINA. setelah single keluar di corong radio UiTM, dan sambutan agak hebat, debut album adalah merupakan satu keperluan untuk menambah seri industri hiburan tanah air. dan dalam album tu, ada satu lagu duet. penyanyi duet wanita yang asal, agak tidak bersesuaian nada suara dengan lagu tersebut dan kami (aku dan suami) berfikir siapa yang sesuai untuk lagu duet tersebut. pada awalnya nak ambil Farah AF, tapi kemudian bila dihitung, nada suara dia terlalu tinggi. dan kemudian aku terfikir seseorang dan menyuarakan pendapat aku pada suami. 'Ezlynn nak pa..? suara dia sedap. leh tarik tinggi, leh rendah, husky dan lain dari yang lain'. and my hubby seem to agree. he asked me to deal with everything. mungkin dia nak mengetest kemampuan aku kot...dan aku sahut cabaran tu dengan senang hati. March 23, 2009 merupakan tarikh komunikasi pertama aku dengan Ezlynn, diikuti perbincangan simple dengan pengurusnya melalui telefon dan sms. dan semalam...artikel ini keluar di berita harian :-
Terima lamaran kumpulan indie
MENYAMBUNG cerita, penyanyi yang turut bergelar pelakon dan pengacara ini berkata, baru-baru ini dia menerima lamaran daripada sebuah kumpulan indie, Sorganina, untuk berduet bersama mereka menerusi lagu yang dihasilkan sendiri anggota kumpulan terbabit.
Menurutnya, kumpulan berkenaan berasakan, suaranya mempunyai keserasian dengan konsep lagu yang mereka ilhamkan.
"Sebagai penyanyi, saya tidak keberatan bekerja dengan penyanyi atau kumpulan baru. Saya harus memberikan sokongan kepada mereka, sebagaimana penyanyi lebih senior membantu pembabitan saya dalam dunia seni satu ketika dulu.
"Apabila kita memberikan kerjasama kepada penyanyi baru, ia seumpama balasan kita terhadap apa yang dianugerahkan kepada kita selama ini. Lagipun, tujuan kita semua hanya satu, untuk sama-sama meningkatkan industri muzik. Seandainya mereka berjaya, kita juga turut tumpang berbangga dengan pencapaian itu," katanya.
more on:
http://www.bharian.com.my/
need i say more?
guess i have found my hidden talent..Alhamdulillah and i am so thankful.
first, Tony Fernandes and now, Ezlynn.
wish me luck, for after labour and confinement period i'll be very busy. looking for sponsorship and maybe a showcase to be organised end of this year.
frankly speaking, i'm flattered!!
1 comment:
pergh! hebat seh.
tahniah..
p/s: still owe u..oh oh
Post a Comment