Treble clef

beli Quran jom!

Followers (thanks!!)

I support breast feeding!

I support breast feeding!

Wednesday, April 15, 2009

terkadang...

bila membaca blog secara lawak..eh..rawak, aku pasti akan bumped into some blogs which the author is a malay and the postings in english.

aku tak nafikan, ramai yang berbahasa inggeris bagus. malah ada yang tersangat bagus. like elsa, jebon, to name a few. most of them, meski bagus berbahasa inggeris, kebanyakan tulisan mereka adalah dalam bahasa melayu. itupun aku kagumi. bahasa melayu yang indah, yang terkadang tidak terfikir dek akal aku yang skor A bahasa melayu SPM dulu. baca blog Ami, sumpah banyak perkataan yang dia gunakan, terpaksa aku rujuk pd kamus. itupun sekali sekala aku dapat bukak kamus, sebab kamus aku ada kat umah mak aku.

kagum..kagum..

belum tengok lagi blog syukri. yang terkadang pening aku membacanya dek penggunaan bahasa inggeris yang hebat. pendek kata, ilmu mereka ini sudah melebihi tahap kepantasan minda aku bergerak untuk mengaup sebanyak mungkin pengetahuan bahasa. aku tak mahu usia menjadi alasan untuk aku merendah diri dan menyerah kalah sahaja.

dari adik2 ini, aku belajar, sebenarnya. secara tak langsung. kalau bab bahasa, aku suka. tak kira bahasa mana pun, bahasa apa pun. cuma aku agak ketinggalan sikit dalam bahasa tamil. terlalu sedikit kosa katanya yang aku fahami. lebih hebat bahasa urdu ku dari bahasa tamil. begitu juga bahasa kantonisku, lebih bagus berbanding mandarinku.

kena minum banyak susu yang mengandungi lebih omega 3 dan DHA...

tapi, sesungguhnya!

aku menyampah gila baca blog orang melayu yang tak seberapa bahasa inggerisnya, menulis penuh bangga dengan tatabahasa yang tunggang langgang, dalam bahasa asing itu. dan bila aku tegur, dengan niat yang baik (setakat yang aku tahu la..aku pun bukan hebat sangat berbahasa inggeris, kan) boleh pula aku diperli, sebab aku cuma lulusan rendah, sedang si dia lulusan tinggi, ada degree dan kerja bagus, berbanding aku yang cuma 'work from home mom'.

sudahnya, lantak kau lah!!

4 comments:

¿n0die? said...

siapakah manusia itu -__-'' sgt cilake!

Ami said...

English sy sungguh lemah kak...

Elsa S said...

hahahaha. teringin nak baca blog yang akak ckp tak leh terima kritikan org tuh ;) pass pass le link die kak, sue tgh sangap kat opis nih. ha ha.

Unknown said...

susah la nak expose identity..

kerana ada relation..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Tudung-Online