Treble clef

beli Quran jom!

Followers (thanks!!)

I support breast feeding!

I support breast feeding!

Thursday, April 30, 2009

last sunday...

mak ayah aku dtg umah. dengan 2 org adik aku.

mak kata nak tgk cucu.

dalam hati aku berkata, itu bukan sebab utama mereka. aku tau ada maksud lain dari itu. kenapa? sebab mereka takkan nak datang umah aku tanpa aku ajak. dan tanpa aku jemput.

sebab ada sesuatu yang dah berlaku, pertemuan itu tidak semesra selalu. aku senyum, sembang dan bercerita juga tapi dalam hati, hanya tuhan yang tahu. and i noticed my mum being extra friendly than usual. they brought some kuih and carbonated drinks, which they never did before, without me asking them to.

aku cuma bercakap dengan mak dan ayah. dan sepatah dua dengan edry. another person? aku tak bersuara sepatah pun dengan dia. dan aku menidakkan kehadiran dia hari itu. mungkin itu yang buat mak aku serba tak kena. anak2 macam biasa, mesti seronok jumpa atuk opah dan pakcik makcik dia. they don't know anything. aku biarkan aje. besides, this time mereka di rumah aku. jadi aku tak risau rumah bersepah, sebab kalau bersepah pun, rumah aku. aku tak payah nak fikir nanti ada orang kata anak2 aku menyusahkan dan suka menyepah rumah orang. ya, my children's own blood related aunt said that. my own flesh and blood related sibling said that.

aku tak membenci. tapi aku sakit hati. dan bila aku sakit hati, aku takkan bercakap dan ambik peduli lagi. honestly, ia akan ambik masa yang lama nak diubati. how long will it take? only time will tell. kalau dengan orang lain, aku akan pegi mampuskan aje. tapi bila berkaitan dengan keluarga dan pertalian darah, aku sangat2 sensitif. sebab bagi aku, hubungan keluarga adalah sampai ke mati. tapi kalau dah keluarga kata ahli keluarga yang lain sebagai menyusahkan dan membebankan, dan suruh pulak ahli keluarga lain ni buat hal sendiri dan jgn campur urusan keluarga lagi, apa maksudnya tu?

fine. aku akan uruskan keluarga aku saja; dimana ianya hanyalah aku, suami dan anak2. bukan nak mencemar pertalian darah, cuma aku tak nak lagi menyusahkan dan membebankan. tak nak lagi anak2 aku dilabel sedemikian. tak nak lagi suami aku dituduh yang bukan2. tuduh aku, label aku dan katalah aku, aku terima. tapi bukan suami dan anak2 aku. mungkin suami aku bukan yang terbaik dan sempurna mana, tapi itulah yang tuhan jodohkan untuk aku. dan jangan sesekali mencemuh anak2 aku. aku tak suka.

sebagaimana aku maki dan caci orang, serta marah dan hampir bergaduh dengan orang in public kerana berkata buruk dan menyusahkan adik2 aku dulu, sebegitu marah juga aku kini bila ada orang berkelakuan demikian pd anak2 aku. cuma yang lebih pedih, yang mengata anak2 aku adalah orang yang berstatus adik, yang pernah aku pertahankan dan sanggup korbankan maruah aku depan orang ramai satu ketika dulu.

why can't u even think before u acted? u broke my heart into pieces, and i don't think u can mend it, even till the end of time. and if one day, that pieces are put into places together once again, the scars will remain.

what goes around, comes around...remember?

hari ini aku sedikit bungkam..

aku tak suka marah2 anak orang, sebab aku tak suka orang marah anak2 aku.

itu prinsip aku. kalaupun anak orang lain buat hal, aku akan marah anak aku dulu, baru tegur anak orang tu. but jangan cuba melampau dengan anak2 aku, sebab aku tak takut nak sepak atau tampar orang yang melampau ni. aku warning, JANGAN MARAH ANAK2 AKU ATAS SEBAB YANG REMEH, YANG ORANG DEWASA BOLEH FIKIR LOGIK DAN KANAK2 TIDAK. JANGAN KUTUK JUGA ANAK2 AKU ATAS SEBAB YANG SAMA. AKU AKAN PANDANG KAU TAKDE OTAK!

aku dah buktikan dan aku dah tunjukkan. yaa..memang muka aku kelihatan garang dan amat sombong pd penglihatan mereka yang tidak mengenali aku. malah, muka aku akan jadi lebih annoying pd mereka yang pernah berlaku buruk atau melampau dengan aku, mahupun keluarga aku. even adik beradik atau ipar duai. so, beware!! it happened before and will surely happen again.

aku dah bosan dengan kerenah orang yang kononnya berhak nak marah anak2 aku atas title 'orang dewasa' yang diorang ada. sekolah tinggi2, masuk universiti, ada degree dsb, boleh marah budak2 bawah 5 tahun sebab tegur kau suka tukar channel tv? boleh sound budak2 ni sebab bising2 main2 depan kau yang terkangkang tengok tv? boleh sound anak2 aku yang panggil kau berulang kali sebab nak tanya kau ok ke tak? lama dah aku simpan...one more scene happen in front of my eyes, and i won't hesitate to burst out.

dan pagi tadi, aku marah suami aku sebab marah anak2. dan normally, kalau aku berasa hati dgn suami, bukan sekejap. mungkin sepanjang hari, mungkin esok baru ok. dan biasanya juga, bila aku dah marah, suami akan mula tanya benda2 yang tah apa2. dan tadi dia tanya pasal list barang yang aku nak beli as preparation untuk labour. semalam aku dah tunjuk, sumpah dia tak ambik port sangat pun. hari ni, bila aku dah marah2, baru dia sibuk tanya. sedangkan list tuh bodoh2 duduk kat printer, atas meja komputer ni jugak. aku malas dah nak bising2 komplen macam2 jenis penat yang aku dapat, sebab nanti aku penat sia2. takde pahala duduk dan kemas rumah, takde pahala melahir, menjaga dan membesarkan anak2, serta jaga makan minum keluarga.

tension? hari2 pun tension. cuma aku tak tunjuk. tgk anak dara aku berlari mendapatkan aku masa balik sekolah dengan senyum manis bawah terik matahari, aku jadi sejuk hati. tengok anak kecik aku yang tersengih depan tv sambil tayang gigi yang hampir penuh sebab tak nak aku marah blocking my sight, aku jadi tenang hati. tengok anak lelaki yang banyak buat hal, tapi kemudian tetiba masuk dan tanya aku ok ke tak, sambil peluk dan kemudian urut2 kaki aku, aku jadi senang hati. cumanya aku jadi marah, kalau orang yang tak menjaga dan menghadap kerenah anak2 aku sepanjang hari, senang2 nak marah anak2 aku atas sebab yang minima sekali. no one, nobody has the rights to scold my children, except me. and nobody can pass judgement on them, except me. why? sebab aku yang melahirkan, membesarkan dan menjaga segala hal diorang selama ni, bukan orang lain. jadi, orang lain tak layak untuk kononnya rasa berhak. kalau betul anak aku buat salah, tegur elok2. anak aku bukan anak anjing, boleh diherdik disergah sesuka hati.

tadi on the way balik dari ambil dalia, aku yang memandu cuma 50 km/j diuji dengan kebangsatan pemandu bodoh. memandu sebelah kiri lorong, dengan anak2 yang bertiga dalam jagaan aku, memang aku akan berhati-hati. silap aku sebab tak paksa anak2 pakai talipinggang, dengan alasan sekolah dengan rumah jaraknya cuma 3minit pemanduan. dan silap aku tadi tu membawa kepada 'kemalangan' kecil dalam kereta. si bangsat itu masuk simpang tanpa bagi signal, menyebabkan aku membrek dan anak kecik aku tergolek di belakang. jarak antara aku dan si bangsat itu memang muat 2 kereta lagi tapi sikap aku yang extra careful bila bawa anak2, menyebabkan aku membrek. dan aku tak sempat menahan anak aku dari jatuh. meskipun aku bukan brek mengejut sampai kereta terberhenti, tapi kondisi cengkaman hebat brek Matrix tu menyebabkan situasi itu berlaku. setelah pastikan anak aku ok, dan dengan selingan marah dan pukul anak kecik aku yang tak reti duduk diam, aku nekad cari pemandu bangsat tu tadi. berdarah beb gusi anak aku, darah aku pun jadi menyirap naik la. nasib dia baik sebab aku tak jumpa dia. kalau tak, berbekalkan baseball bat dalam kereta aku ni, sure aku dah pecahkan lampu signal dia yang tak reti nak digunakan tu.

kesimpulannya, hari ni memang hari aku untuk marah. harapnya takde sape buat taik hari ni sebab aku dalam keadaan sangat mudah untuk mengamuk..

sudah, baik zohor dulu.

aku tgh buat promotion...

that's right.

tgh buat promo barangan Zhulian.

sementara menunggu waktu bersalin, promosi berlangsung sehingga 31 Mei ini.

see my erashoppe yer..

tolong promo2 juga pd rerakan yang lain..free gift for both buyer and introducer tau...

million thanks, in advance.

Tuesday, April 28, 2009

my good news...

remember when i said a good news about to be announced?

before that, sedikit intro dan pemberitahuan.

aku adalah home based director, untuk Erza Omnimedia. syarikat yang ditubuhkan atas minat mendalam suami dan aku (juga) dalam bidang muzik serta yang berkaitan. Erza Omnimedia juga mempunyai sebuah studio rakaman; Studio Anggerik. masih dalam peringkat bertatih, studio kami ini bagaimanapun sudah menampakkan hasil. walau tidak sehebat dan se gah mana, ianya cukup membanggakan. malah aku rasa berbaloi berkorban masa dan menanti suami pulang jam 3, 4 pagi untuk selesaikan sesuatu rakaman lagu. to make story short, since my hubby works in UiTM, banyak contact yang jamming atau buat rakaman di studio kami merupakan student muzik, UiTM. dan antara yang aktif, adalah SORGANINA. errkkk...macam pernah dengar? atau ada terbaca di mana2? wait..the excitement (at least for us) is about to be told.

hujung tahun lepas (kalau tak silap), kami ambil keputusan untuk menerbitkan album SORGANINA. setelah single keluar di corong radio UiTM, dan sambutan agak hebat, debut album adalah merupakan satu keperluan untuk menambah seri industri hiburan tanah air. dan dalam album tu, ada satu lagu duet. penyanyi duet wanita yang asal, agak tidak bersesuaian nada suara dengan lagu tersebut dan kami (aku dan suami) berfikir siapa yang sesuai untuk lagu duet tersebut. pada awalnya nak ambil Farah AF, tapi kemudian bila dihitung, nada suara dia terlalu tinggi. dan kemudian aku terfikir seseorang dan menyuarakan pendapat aku pada suami. 'Ezlynn nak pa..? suara dia sedap. leh tarik tinggi, leh rendah, husky dan lain dari yang lain'. and my hubby seem to agree. he asked me to deal with everything. mungkin dia nak mengetest kemampuan aku kot...dan aku sahut cabaran tu dengan senang hati. March 23, 2009 merupakan tarikh komunikasi pertama aku dengan Ezlynn, diikuti perbincangan simple dengan pengurusnya melalui telefon dan sms. dan semalam...artikel ini keluar di berita harian :-

Terima lamaran kumpulan indie

MENYAMBUNG cerita, penyanyi yang turut bergelar pelakon dan pengacara ini berkata, baru-baru ini dia menerima lamaran daripada sebuah kumpulan indie, Sorganina, untuk berduet bersama mereka menerusi lagu yang dihasilkan sendiri anggota kumpulan terbabit.

Menurutnya, kumpulan berkenaan berasakan, suaranya mempunyai keserasian dengan konsep lagu yang mereka ilhamkan.

"Sebagai penyanyi, saya tidak keberatan bekerja dengan penyanyi atau kumpulan baru. Saya harus memberikan sokongan kepada mereka, sebagaimana penyanyi lebih senior membantu pembabitan saya dalam dunia seni satu ketika dulu.

"Apabila kita memberikan kerjasama kepada penyanyi baru, ia seumpama balasan kita terhadap apa yang dianugerahkan kepada kita selama ini. Lagipun, tujuan kita semua hanya satu, untuk sama-sama meningkatkan industri muzik. Seandainya mereka berjaya, kita juga turut tumpang berbangga dengan pencapaian itu," katanya.


more on:

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Monday/Hip/20090427071702/Article



need i say more?

guess i have found my hidden talent..Alhamdulillah and i am so thankful.

first, Tony Fernandes and now, Ezlynn.

wish me luck, for after labour and confinement period i'll be very busy. looking for sponsorship and maybe a showcase to be organised end of this year.

frankly speaking, i'm flattered!!

Sunday, April 26, 2009

tetiba terlayan bola...

malam tadi, kitorang layan bola.

kelantan vs selangor, final piala FA.

muehehehhe...selangor menang, penalti 4-1.

menjelang pukul 8.30, ziyad dah terlena tidur depan tv. dalia je yang masih hebat melawan mata. sepanjang hari tak tido, tahan betul mata dia.

aku paling tak percaya, papa diorang ni. layan bola gak tuh...ye la, setau aku, dia bukan orang sukan, dan aku assume dia tak minat sangat dengan apa jenis sukan.

but last nite, aku dan hubby terpekik jerit dok layan bola. budak2 pun pening. since yad tido pada awal game, takde la nak bising2 sangat. then dekat kul 10 camtu, yad bangun. makanya, disebabkan semua terjegil biji mata, maka tontonan pun jadi makin rancak dengan segala macam sorak seronok, geram bengang dan lain2.

bila game masuk masa tambahan, aku terpaksa korbankan tontonan sekejap sebab nak tidokan si kecik. dalia kebetulan dah terlena. masa break untuk masa tambahan pertama, papa bw masuk dalia dalam bilik. then, bila nak masuk masa tambahan kedua, aku plak masuk bilik, tidokan dalili. dah mengantuk sangat pun, sekejap aje si kecik tu lena. aku keluar dengan si yad. keluar je papa bgtau, kena buat penalti kick. ngehhh...aku dah berbunga. sure menang ah selangor...

tonton dengan penuh semangat, pd waktu2 puncak. sebab dah takde anak kecik dok merengek serba tak kena sebab mengantuk tapi lawan mata.

dan, kemenangan selangor aku sambut dengan sorak separa kuat dan lonjakan separa tinggi. maklum, tgh sarat, kan. kang terberanak pulak, susah...

tapi aku musykil sikit. bila dah menang, dok julang piala, kenapa lagu Queen yang di kumandangkan? selangor kan ada lagu sendiri, yang KRU cipta tu..

sibuk juga agung2kan yang asing. part ni aku tak suka...cheitss!!

Thursday, April 23, 2009

sepatutnya aku selalu bersyukur...

selasa lepas, aku ke klinik untuk pemeriksaan bulanan kandungan.

sungguhpun ianya adalah hari berkerja, suami tetap setia menemani. demi Allah, keempat-empat kali berbadan dua, tidak pernah sekali aku pergi check-up sendiri. ada juga sesekali aku mintak (dulu la) tapi dia seakan terbiasa dan suka menemani.

kerana dia adalah seorang pegawai kerajaan, maka kesempatan di ambil untuk membuat dan menerima khidmat hospital kerajaan. anak pertama, dan ketiga check-up bulanan aku di Hospital Putrajaya. Anak kedua ku di PPUM dan yang keempat ini, bakal dilahirkan di Putrajaya juga tapi kelonggaran diberi pihak hospital untuk meneruskan monthly checkup di klinik panel, memandangkan mereka kekurangan kakitangan kerana semua ibu2 yang bakal melahirkan tahun ini di PPUM di arah ke Putrajaya; due to PPUM's maternity ward's renovation.

checkup di klinik panel, tidak memakan masa yang lama, suami aku pun tidak perlu ambil cuti. berbanding di hospital kerajaan, dua jam menunggu, belum tentu sampai giliran lagi. sewaktu suami menemani dulu, dia sempat melenakan diri lagi. kesian..mmg kesian. mujur kali ke 4 ini tidak perlu membuang waktu menunggu. namun, hilanglah juga peluang untuk berduaan dengan si cinta hati.

kalau diberi pilihan, aku mahu berduaan selalu dengan suami. tapi tuntutan tanggungjawab lain membataskan keinginan itu. namun aku masih merasakan yang kami tetap sehangat dulu. masih berpegangan tangan, masih merangkul pinggang dan masih juga berpelukan. sungguh, aku bersyukur. biarlah apa orang lain nak kata, dia cinta hatiku dan akan kekal begitu. dia mungkin tidak sekacak mana, tidak sehebat sesiapa, tidak berjawatan tinggi namun dialah segalanya untuk aku. aku pun tidak sehebat mana, kan. dan sesungguhnya, dia tetap kacak di mata aku. tetap hebat pada pandangan aku dan anak2. tetap mampu mencurah kasih sayang dan keperluan yang lebih dari cukup untuk kami. tidak mewah, tapi mencukupi. dari segala segi. dia rajin berusaha, berpandangan jauh dan pada aku, berwawasan tinggi. dia adalah yang terbaik (insya Allah) tuhan kurniakan pada aku.

segalanya terlihat selasa lepas. kebetulan di klinik ramai orang dan anak sulung aku tidak bersekolah; sakit mata. selalunya di klinik tersebut, majoriti pesakitnya adalah wanita dan pastinya ibu2 yang mengandung. ada lebih kurang 10 pesakit pd hari itu termasuk aku. dan dengan bangganya aku memberitahu, hanya ada 3 lelaki; para suami yang menemani isteri mereka dan aku tergolong di dalamnya. dengan anak2 yang tiga itu, aku bangga. tidak seperti kebanyakan suami, yang hanya menunggu di kereta atau di luar klinik, di kedai mamak berdekatan, minum teh dan merokok. aku senyum dalam hati. suami aku tidak sebegini. Syukur...

malam tadi, sewaktu berkunjung ke One Utama untuk membeli barang2 keperluan aku dan baby, dia sungguh tenang melayan kerenah anak2. aku dibiarkan dengan selesa membelek, mencari dan memilih apa yang perlu. semalam, hakikatnya dia berada di rumah sepanjang hari. membetulkan basikal anak, ambil dalia balik sekolah, bawa kami makan tengah hari bersama, tengok kereta di workshop dan bermain dengan anak2 (walau sekejap). aku rindu keadaan sebegitu. maklum, dengan ahli keluarga yang semakin bertambah, dia sebetulnya semakin sibuk. dengan kerja tetapnya, kerja sampingan dan kerja2 studio kami.

syukur, aku bersyukur.

pa, ma doakan papa sihat selalu. semoga kita panjang umur, selalu dilimpah rezeki dan kasih sayang. thanks for a shoulder you've lent everytime i need it. i love you.

Wednesday, April 22, 2009

my 33 weeks....of pregnancy

kalau ikut tahap kematangan, keadaan fetus dan kesempurnaan fizikalnya, aku sudah boleh deliver baby, anytime now.

3 weeks more and aku akan berada betul2 di zon selamat untuk melahirkan.

dan ikut perkiraan, aku ada lebih kurang 50 hari sebelum EDD (expected due date; jangkaan tarikh melahirkan).

till to date, aku belum buat apa2 preparation lagi untuk ke hospital. mueheheheh. kwn2 aku cakap, aku dah expert, sure takde apa nak dirisaukan. salah!!! the anxiety, excitement and curiosity masih tetap ada dan sangat menebal. nak bersalin, bukan nak pergi bercuti beb. kita berdepan dengan maut. apa yang expert nya di situ? mungkin ada nada sarcasmic dalam 'expert' yang dimaksudkan kawan2 aku tu. ye laa, i'm only 30 and yet about to have 4 children already. even my mom being sarcastic, moreover my friends!!

mom..uhh...

i'm a mom, myself now.

back to preparation; just basic needs (mine) je yang dah ready. like kain batik, maternity pads (this one, better use the loop's one, hospital recommendation), undergarments, etc. those barut ke, apa ke, jgn bawak. menyemak je. takde sape nak tolong pakaikan masa kat spital tu. tunggu balik umah, dah berurut, tangas dsb baru fikir nak barut ke apa ke.

kat spital, tumpukan pada diri sendiri dan anak yang baru lahir. belajar cara menyusukan anak dengan betul. JANGAN BAGI ALASAN TAKDE SUSU, BUDAK TAK NAK HISAP DSB! breast feed is a must!! itu adalah antibodi untuk bayi. ramai yang dah tahu, tapi sebab malas, buat2 tak tahu. REMEMBER! susu badan takkan keluar kalau takde rangsangan dari bayi. dan rangsangan dari bayi tu hendaklah dengan cara yang betul. lekapan mulut bayi dengan puting badan kena betul. kot tak, meraung la dedua..si emak meraung sebab sakit (sometimes boleh luka), dan si anak meraung sebab lapar! one more thing, breastfeeding takde kena mengena dengan menjadi penyebab breast jadi tak lawa. tettttttttt!!! salah sama sekali. breastfeeding juga merupakan satu terapi semulajadi mencantikkan breast anda, tau tak!!!

normally, kalau dapat baby girl, mother and baby will spend 2 days je kat hospital. itu kalau normal delivery. kalau cesar, mungkin lebih sehari. kalau ada komplikasi, lain cerita...

kalau baby boy..almost 70% tak dapat balik umah after 2 days (normal delivery or cesar) due to JAUNDICE. yes..jaundice effect more on newborn baby boys than girls. apa itu jaundice? tu..yang orang kata sakit kuning tu...orang tua2 akan nasihatkan supaya 'jemur' anak pepagi, masa matahari baru naik. but doctors tak bagi. newborn, they say, tak tahan dengan selaran matahari and that will lead to another disease pulak. and baby boleh dapat sunburned, walau pd cahaya awal matahari yang kita rasa tak panas mana pun. but, kalau kat spital pun, baby akan diletak bawah sinar UV. hanya pakai diaper dan mata baby akan ditutup dengan kapas. kesian, memang kesian. tapi kena kuat semangat kalau nak bayi cepat sembuh. jgn layan sangat perasaan tu. apatah lagi yang baru dapat first baby. relax, those are the actions taken to cure your baby. selalunya tak lama. and please, dalam rawatan UV tu, jgn berhenti juga breast feed. the more you breast feed, the sooner you can go home. masa ni, baby akan lost appetite untuk minum, but please, paksa dia. mesti..mesti dan mesti...the mothers also need proper nutrition. makan buah2an but not yang watery and cold. definitely not durian, ok!! small cut of papaya, 2 slices of RED apple, no watermelon, no any kinds of melon (angin, beb), no guava (sejuk, bad for your womb), and to be taken with your every meal.

meal...as a malay, tak perlu melantak gila2. bubur nasi (makan masa panas2) dengan ikan bilis yang digoreng tanpa minyak, dan tabur sket lada hitam yang ditumbuk halus. haa..itu aku la...kalau nak tukar selera sket, sesekali makan bubur dengan ikan bakar. ikan apa? ikan parang atau ikan terubuk. jangan sesekali makan ikan kembung, ya.. gatal beb. kang menggaru jek kang, seksa. kalau setakat nak garu2 badan takpe, but rasa gatal tu akan attack tempat jahitan. kalau beranak normal, jahit tang mana ekk? kalau gatal tang tu, tak ke naya? kalau baby baru baik jaundice, jgn kunyitkan ikan tu. and kurangkan garam coz para ibu masih boleh diserang high blood pressure. ok?!

apa yang perlu dibawa ke hospital utk keperluan baby? cukuplah beberapa pasang baju, napkin untuk bedung (sekarang dah ada jual kain bedung siap dah), barut baby dalam 4,5 helai, baby wipes, diaper dalam 10 keping, tuala serta mandian bayi. yang head-to-toe wash pun ok. lagi senang. bw juga baby oil/ lotion dan bedak. bedak hanya untuk muka bayi je ye. gunakan baby oil/ lotion untuk seluruh badan bayi. segala lipat2, celah kangkang, ketiak, leher dan bawah lutut. jgn di bedakkan. nanti bedak akan mengundang kerengsaan pd bahagian yang berlipat ni. kot diminyakkan pun, jgn byk sgt, nanti baby rimas dan kemudian bila berpeluh akan menyebabkan ruam. apapun, test dulu produk pd bayi. kalau sekali pakai then timbul ruam2, berhenti segera.

my kids, selama ni selesa sangat dengan produk pureen. since baru lahir. dari bedak, baby oil, wipes sampailah ke diapers. mudah, murah dan selesa. wangi pun wangi..

mamanya? mcm2 produk post natal digunakan. i use nona roguy untuk mencuci luka jahitan (normal delivery), lulur dan minyak urut. untuk bertungku, cuma guna cara konvensional. ambik batu sungai (in my case, it was my mom's..masa bertungku lepas lahirkan adik aku, 12 years ago), bakar atas dapur dan balut dengan kain. jgn terus guna, terbakar nanti. tunggu sejuk sikit or should i say, agak2 suam.

namun segalanya terletak pada kemahuan individu. kot mampu, nak guna cara mahal pun boleh. local spa ada menawarkan khidmat urut full package, lengkap dengan bertangas, bertungku dan lulur untuk ibu2 lepas bersalin. try tanya serenity spa. they do provide it. aku pernah cuba dan urutannya sangat selesa dan sedap.

ehh...cakap pasal urut, terasa nak berurut pulak. cukup dulu pasal preparation dsb ni..i'm no expert and this is totally based on my experience. maybe there are more which i didn't do but somebody did. it's good to know a few here and there, you know. knowledge is to be gained, not academically base only. life too, a knowledge to dig and learn.

all the best!

Tuesday, April 21, 2009

kisah dulu-dulu

masa sekolah rendah dulu, aku budak yang memang aktif.

dengan pelbagai aktiviti kokurikulum. persatuan bahasa, sukan padang dan balapan.

tapi, bila aku cakap dengan orang (time suai kenal sesama jiran atau sesama kenkawan sebilik masa dok itm dulu) sorang pun tak caya aku ni jenis bersukan. kambing betol laaa...

mementang aku nih berbadan besor..deme leh tak percayer. apa, org badan besor takleh berlari ke? ada medal tau untuk dipertontonkan. gi tgk dlm yearbook sekolah, ada listed tau nama aku.

tapi, bg mereka yang pernah aktif bersukan dulu, they know, just in a glance. and they believe. nak tau aku tipu ke tak, tanya la apa2 berkaitan. as a sprinter, sure tau sprint details, kan...100, 200 or even 400. 1500? tak larattttt...aku jenis cepat pancit...memang tak sesuai untuk last sprinter position dalam relay. haaa? tak paham? kan aku dah kata, aku sportsgirl dulu.

persatuan lak..aku hanya minat bahasa inggeris. lain2, tolak tepi. apatah lagi pasukan beruniform.

tapi masa sekolah menengah, dek kerana nak menambah kredit aku masuk je memana persatuan yang berkaitan. itupun sebab cikgu suh masuk, sebab kurang ahli.

tapi tak kisah sangat, sebab kredit sebagai editor majalah sekolah sudah memadai bagi aku..itu adalah title paling best dan yg paling aku idam2kan sepanjang aku bersekolah.

kiranya, dream come true la tu..aku siap peluk lagi cikgu tu depan kelas junior, sebab terlalu seronok. heh..klaka.

kenangan..byk yang best masa sekolah. rindu sangat masa sekolah.

ponteng lah, kena jerit dgn pengetua lah..lawak..lawak..

tapi aku bukan budak bodoh ya...jgn sesekali label aku setaraf dgn budak2 yang tak hargai masa sekolah dgn jadi bohsia dan merempit tu...

warning!!

perlu..perlu dan perlu sesangat!!!

perlu untuk bercuti.

dah terasa penat sangat.

tapi nanti pg bercuti pun penat juga.

aih...cemana nak buat nih?

Monday, April 20, 2009

bagaimana sebenarnya untuk mendidik anak?

orang kata, sayang anak tangan-tangankan...

tangan2kan yang macam mana ekk?

pada aku, it depends. tgk tahap kenakalan dan 'kebijakan' anak juga.

aku nak tekan kan di sini, bila budak tu nakal, dan tak reti duduk diam, maknanya akal dia sedang berfungsi hebat dan dia perlu menyalurkan curiosity dia dengan apa yang dia tahu gunakan. makanya, tu yang jadi barang pecah lah, tv rosak lah dsb. selain dari tangan kaki yang tak reti diam, mulut juga di ambil kira.

penat? sememangnya!! JADI, SEKIRANYA ANDA MEMPUNYAI ANAK YANG NAKAL, PUT A POSITIVE SET IN MIND, THAT THEY ARE ACTUALLY BRIGHT AND MAYBE GENIUS!

muehehheheheh...

anak2 aku pun nakal juga. but then, bila aku compare2, mereka sebenarnya tidak lah nakal yang tak bertempat. ada anak2 orang yang lagi nakal dan lagi tak makan saman.

apapun, hukum diri sendiri dulu, baru fikir hukuman sesuai untuk anak.

THIS WON'T AFFECT THE HYPERACTIVE KIDS.

coz hyperactive kids are normally has no feelings. they tend to do whatever they want to do, without thinking (accordingly; to kids ability, of course). how to recognise a hyper active kid? try to ask them something, or such a simple question (ask a 5 year old, ones) like what is his name? if he answers by sighing or just grinning and then flew off and continue playing around without answering you, that's the one. notice that they are not shy, its just the feature. they are all like that. basically.

bright kids? tend to talk almost all the time. but do notice they won't talk rubbish. they'll talk about what they did through out the day, at school, where they have been yesterday, or even last week. the inputs in their mind seems to be so much and too many, they can't even stop expressing and explaining. well, of course, the adults will get bored. tired to entertain and be 'entertained' by them. hahaha..this is common.

bukan nak cakap anak2 aku paling hebat di semesta ini, but i'm proud of them. tahap kebijakan dan kenakalan mereka, masih mampu aku tangani dan hadapi. they do make me cry and tired but then, they often make me laugh and sing along too..

nak kata tak pukul langsung, very the tipu one..cuma aku malas nak start memukul sebab aku sebenarnya amat sukar mengawal tindakan refleks yang negatif itu. jadinya, di rumah aku lebih hebat terjerit-jerit memarahi mereka. tapi..kalau dah sakit anak tekak aku ni menegah, tak dengar juga, hinggap juga libasan hanger ke kaki.

note: tolong pukul anak, kat kaki je ye...

ada org tegur aku kononnya aku pukul anak kat belakang sampai nak gugur jantung..bunyi memang ganas tapi yang memukul lebih arif. memang kat belakang tapi bukan exactly kat kws bahaya. i know what i'm doing. takkan aku beranakkan diorang susah2, nak membunuh pulak senang2, kan? i love my children but that does not grant me to 'kill' them.

mak ayah aku dulu lagi ganas. hantuk kepala kat dinding, libas dengan hanger, tali pinggang, baling bangku, backhand, siap nak bantai dengan kyu golf lagi. tu belum kira kena kurung dlm jamban la...apa la..elok je otak aku ni bergerak ha..boleh plak fikir yang aku tak nak buat anak2 aku mcm tu..tapi itu masa mak ayah aku masih panas. aku je kena. adik aku no 2 tu kurang. mungkin sebab aku yang paling 'hebat'. tu la hukuman pun hebat. adik2 lain? mampus tak merasa!! abih2 pun kena sepak je. alasan mak aku, malas dah..nanti naik darah tinggi la..apa la..

lantak!!

yang penting, ada akal sila guna sebaik mungkin. aku? takde terfikir lagi nak bantai anak dengan kayu golf atau hantuk kepala diorang kat dinding. cubit dan sepak? normal. piat telinga pun, biasa. semoga aku leh didik diorang lebih baik dan lebih sabar. insya Allah. doa2 lah...

muehehehehhehe!!

Wednesday, April 15, 2009

mari kenali aku...

first impression yang selalu aku terima...

sombong!

well, i am not, actually. cuma aku memang spesies tak suka senyum sebarangan pada orang yang aku tak kenal. kecuali kalau orang itu senyum terlebih dahulu pada aku dan aku tafsirkan senyuman itu sebagai satu senyuman ikhlas, sedekah mungkin, atau juga senyuman untuk memulakan perkenalan. biasanya ini berlaku di kawasan kejiranan aku, mahupun sewaktu menghantar anak ke sekolah, atau mungkin juga ke klinik buat check-up. waktu yang sesuai untuk bersuai kenal.


berlagak!

ni lagi satu. aku tak paham kenapa diorang leh bagi aku impression sebegitu. selalunya diorang akan cakap, 'mementang dok sek 9, berlagak!'
haih...umah tu umah mak bapak aku. bukan umah aku. apsal aku nak berlagak pulak, ekk? kalaulah aku ni jenis suka berlagak, takde maknanya aku nak berkawan dengan mereka2 yang bukan dari kawasan aku. tak mungkin juga aku nak duduk kat kapar sekarang ni, yang nyata bukan kawasan sehebat umah mak aku. takkan mungkin aku dulu cuma bersekolah di kawasan yang bukan elit. dan tak mungkin juga aku nak hantar anak aku ke sekolah tadika kemas je, kan?
uhh..aku pernah duduk kawasan umah murah la..pegi sekolah jalan kaki, ayah takde kete mewah, berniaga pakai lori je. mak gi keje naik bas. tak paham..tak paham..

macam bagus!

haih..ni pun sama. bagus kah aku? pd aku, orang yang label aku sebegini sememangnya rasa tergugat dan secara tidak langsung mengakui yang aku memang bagus. kahkahkah!

aku sangat down. adakala low self esteem. almost everytime, takde konfiden. cemana lak leh dilabel sebegini, ekk?

tapi...ye lah...mana pulak lah kita leh judge diri sendiri, ye tak? mungkin apa yang diorang nampak tu, ada pada diri aku. kot tak banyak, sikit. so..terima je lah.

but hell!! bila orang dah kenal aku, kenmain pulak pijak2 kepala aku. kenapa? sebab aku sebenarnya orang yang mudah mesra dan easy to adapt into any situation...that's why, mereka selalunya tanpa sedar (agaknya) terover dalam setiap tingkah dan perbualan dengan aku.

manusia..kelakar, kan?

dan sesungguhnya...

adakala aku terasa yang kawan2 sekolah (dulu laaa...) lebih memahami dan mengenali aku..

kemudian aku terasa mungkin juga adik2...

bila aku mempunyai seorang kawan baik (sayangnya hanya sementara, tidak ada kelangsungan keikhlasan dalam persahabatan lagi), dia lah tempat aku mencurah rasa segalanya.

tatkala aku bertemu suami kali pertama, perasaannya tidak dapat diteka.

selalunya, aku merasakan yang aku ni sangat komplikated. hanya aku yang faham diri aku, dan hanya aku yang sebenarnya mengenali diri sendiri.

kini, dan selepas peristiwa yang mengguris hati itu berlaku, pd aku yang amat rapat dan memahami (setidak-tidaknya mencuba) hanyalah suami aku.

aku cuma tidak menyangka, aku adalah bahan cerita (yang buruk2) tatkala mereka semua berkumpul sesekali.

aku cuma tidak menyangka, orang yang claim benar2 mengenali aku sanggup pula bercerita negatif tentang aku, depan yang lain2.

patah dan hancur hatiku, Tuhan saja yang tahu.

dulu, aku pernah ajukan soalan pada ustaz di sekolah aku;-

kalau kita buat org tua kita menangis, walau setitik airmata, kita berdosa...tapi bagaimana pula kalau org tua kita buat kita menangis, hampir setiap masa..apa pula hukumnya?
jawapannya;








sampai sekarang aku hanya dipaksa mengikut hukum logik.

terkadang...

bila membaca blog secara lawak..eh..rawak, aku pasti akan bumped into some blogs which the author is a malay and the postings in english.

aku tak nafikan, ramai yang berbahasa inggeris bagus. malah ada yang tersangat bagus. like elsa, jebon, to name a few. most of them, meski bagus berbahasa inggeris, kebanyakan tulisan mereka adalah dalam bahasa melayu. itupun aku kagumi. bahasa melayu yang indah, yang terkadang tidak terfikir dek akal aku yang skor A bahasa melayu SPM dulu. baca blog Ami, sumpah banyak perkataan yang dia gunakan, terpaksa aku rujuk pd kamus. itupun sekali sekala aku dapat bukak kamus, sebab kamus aku ada kat umah mak aku.

kagum..kagum..

belum tengok lagi blog syukri. yang terkadang pening aku membacanya dek penggunaan bahasa inggeris yang hebat. pendek kata, ilmu mereka ini sudah melebihi tahap kepantasan minda aku bergerak untuk mengaup sebanyak mungkin pengetahuan bahasa. aku tak mahu usia menjadi alasan untuk aku merendah diri dan menyerah kalah sahaja.

dari adik2 ini, aku belajar, sebenarnya. secara tak langsung. kalau bab bahasa, aku suka. tak kira bahasa mana pun, bahasa apa pun. cuma aku agak ketinggalan sikit dalam bahasa tamil. terlalu sedikit kosa katanya yang aku fahami. lebih hebat bahasa urdu ku dari bahasa tamil. begitu juga bahasa kantonisku, lebih bagus berbanding mandarinku.

kena minum banyak susu yang mengandungi lebih omega 3 dan DHA...

tapi, sesungguhnya!

aku menyampah gila baca blog orang melayu yang tak seberapa bahasa inggerisnya, menulis penuh bangga dengan tatabahasa yang tunggang langgang, dalam bahasa asing itu. dan bila aku tegur, dengan niat yang baik (setakat yang aku tahu la..aku pun bukan hebat sangat berbahasa inggeris, kan) boleh pula aku diperli, sebab aku cuma lulusan rendah, sedang si dia lulusan tinggi, ada degree dan kerja bagus, berbanding aku yang cuma 'work from home mom'.

sudahnya, lantak kau lah!!

Tuesday, April 14, 2009

a very good news is about to be announced...soon!

kalau takde aral, mungkin minggu depan..



hiks!! seronok!!





note: not about me having a baby yaaa....

Monday, April 13, 2009

favourite kaler aku adalah biru

ya betul...

yang berkaitan dengan biru, memang aku suka.

air pun generally warna biru, kan?

tapi sumpah, aku takut air.

sebab aku tak pandai berenang.

kalau anak2 aku pg tgk air tasik ke, laut ke, kolam ke, hatta tepi longkang sekalipun, aku akan mudah cuak...

takutnya, macam nak terberanak.

huh..memang ngeri.

tapi, setakat air paip atau air hujan ke, yang sesket tu..ok la lagi...melampau la kalau itupun takut, kan...poyo namanya...

err...kaler tema baju raya tahun ni pun, biru kot...kehkehkeh...

Saturday, April 11, 2009

budak zaman sekarang...(err..dulu pun sama kot..)

gambar diambil dari dalam kereta aku, depan sekolah tabika Dalia.

hebat kan?

yang aku terfikir, bagaimana mungkin seseorang ibu atau bapa itu, meletakkan tanggungjawab seberat ini pada anak (sulung, mungkin) yang baru mencecah usia 13 tahun? ambik adik berumur 5 tahun balik sekolah, satu hal..yang bawak adik kecik lagi tu..kes apa plak? dengan tak pakai helmet, sah2 takde lesen, tu belum tengok (aku dah..) cara pemanduan pulak..sesungguhnya, sebagai seseorang yang dah bergelar ibu dan juga kakak, aku risau dan amat alert bab2 cenggini. kalaulah jadi sesuatu hal yang tidak disangka...yang bakal meragut nyawa..apalah perasaan yang boleh diluah agaknya, ya?

menyesal? mungkin sudah terlambat...

kepulangan yang dinanti..

aicheh tajuk...sentimental...

hari ni, 11-4-2009 papa sudah terbang pulang ke sandakan. melawat kampung halaman. besides, papa dah lama suarakan nak balik kampung dia, since dah lama tak jejak dah. bayangkan dari tahun 1992 his family moved to semenanjung, till now only papa berkesempatan nak balik. but, disebabkan oleh tight budget, papa balik hanya dengan mami (his mom). mami of course, berperanan as a tour guide. kehkehkeh..

papa dijadual pulang on wednesday, 15-4-2009. abah (his dad) juga jadi drebar, pi hantaq airport, ambik mai balik. disebabkan flight balik tu nanti lewat, rasanya takde la aku suh budak2 berjaga. dalia pun sekolah the next day. aku je la nanti yang menunggu.

hopefully papa dapat lepas rindu di sandakan sana. lagipun, nenek dia tak sihat. papa risau juga, kot tak dan nak balik tengok nenek dia. tu yang aku decide, setuju je dia balik this time dgn mami. dah nak masuk 6 tahun kawen, sekalipun aku tak pernah jejak lagi ke sabah. papa kata, nak balik the whole family oktober nanti. bergantung pada keadaan kewangan la jugak. kalau ada rezeki dan takde aral, maknanya oktober nanti kami balik sabah dengan orang baru...hehehe..

insya Allah.

semoga murah rezeki.

kalau boleh nak bayar hutang (to the one and only pemiutang) dulu. biar senyap. kot tak nanti, gi bercuti pun ada plak orang yang question. bukan aku hutang dgn dia. macam aku pakai duit dia...macam aku gi bercuti tu makan masa 2,3 malam kat hotel mewah. padahal aku gi pagi, balik petang.

uhh..hijau sungguh..

Thursday, April 9, 2009

mms yang aku terima...




terkejut?

selasa lepas aku terima mms dari adik aku no 3. mesejnya berbunyi:-

nina eksiden..kui kui..

the minute i saw the pic i was shocked.

terus aku call dia. the accident occurred in the morning but the msg received in the afternoon.

luckily she was ok. not badly hurt. but bruises all over. permitted a two-day MC by the doctor.

when i was convinced by her that she's ok, i feel a little relieved. forwarded the pic to my
hubby. he too, called in shock. then it was my turn to convince him that my sister was ok.

nina..nina..sib baik takde apa2...

Tuesday, April 7, 2009

last weekend..

..was fun..sort of..

papa turned 33.

on friday night we went to SACC Mall, saje jalan2. aku ambik kesempatan pg cari bday card utk papa. last minute beb.. while i was browsing through so many cards, darling was with me, greeting everyone she saw with a big grin on her face. funny and cute. dalia and ziyad? with papa, looking for cheap cd's on sale nearby the memory lane store.





then we went to secret recipe. i thought of buying us a simple dinner (my savings were limited, though). with a bowl of a noodle, a plate of spaghetti bolognaise (shared between my dalia and ziyad), a plate of garden salad, a saucer of spring roll, 2 glasses of watermelon juice, and 2 plain water. last but not least, a slice of cake with a single candle on it. it was simple, but meaningful. though i didn't use all my savings (which was only 100, coz papa belanja separuh) it was a fun night. we decided to celebrate a little earlier for that night papa nak tido awal. he had plans for the next day, perhaps.

on saturday, the big day, we woke up early. i made special breakfast for papa. also got biscotti which i ordered few days earlier (and hid inside my almari pinggan mangkuk). well, unfortunately papa tak gemar sangat biscotti ni. luckily my kids love it. go to this site, you'll know how it looks like. dah siap mandi, kami keluar. at first papa tak cakap pun nak pegi mana. thought of heading to KL but the traffic made us change direction. we headed south. melalui KLIA, tgk hiruk pikuk kemeriahan F1, polis trafik merata sana sini. lalu belakang kompleks bunga raya, dapat tgk satu, dua bijik aeroplane nak landing, then menghala ke LCCT. cuci2 mata then terus ke simpang empat enstek. well, ke PD la tu..mana lagi. since we had quite heavy breakfast, we didn't stop for lunch. tgk air laut, jalan2 je.


around 4pm baru terasa lapar. but hell, we stopped banyak kali juga sebab dalia kejap2 kata nak berak, tapi tak berak. yad lak pantang kata nak gi toilet, mesti nak kencing..haru sungguh. then, we headed to Teluk Kemang. bukan nak tgk pantai ya..but we stop kat satu bus stop, to quench our thirst dengan fresh sugarcane juice. ooohhhh...sedap. layan nasi lemak, tauhu sumbat dan karipap. memang sedap...simple, murah dan sedap.

dalam perjalanan balik, subhanallah hujan lebat melanda. i said, i couldn't drive in heavy rain like that, even with my glasses. memang tak nampak!! kalau aku, sure dah cari port berenti, lepak sampai hujan reda. sib baik papa nampak. baru upgrade cermin mata la kata..risau juga. but then we stopped kejap. kat mana ntah, lupa lak nama hentiannya tu. we arrived home around 8pm. mandi, maghrib dan makan ringan2. around 9.30pm, anak2 dah lena. hehehe...

the next day, Sunday April 5.

bangun pagi, had breakfast at KFC. ha ha ha...

lepas zohor we headed to kl. as usual, papa won't stick around at home long. kids pun sama. selagi papa ada kat rumah, macam ada yang tak kena. terkinja-kinja sana sini.

straight to Pavilion. papa teringin nak makan teppanyaki. on the way, kids were asleep. so, kiranya bila sampai je Pavillion, depa dah fully recharged la. memang hyper. but we didn't go straight to teppanyaki. pusing2, jalan2, tgk F1 promo, tgk PDI models on a runaway etc. tak lupa juga, gi toilet..hehehe..sementara tunggu kakak, abg yad dan papa kat toilet, darling dgn mama main kejar2. of course mama takleh lelarian sangat. tapi, apa lah sangat larian darling nak compare dgn langkah mamanya, kan...dah penat kononnya, darling spot a chair and terus ajak nak duduk. since she was so cute and happy and beautiful that day, i managed to snap this:-


isn't she a beauty?



sesi berlarian selepas keluar toilet


dah puas cuci mata kat Pavillion, we headed to Putrajaya. kitorang memang suka ke Putrajaya. besides, my kids loves to jog. we went to this place called Pullmann. sumpah tak tahu apa kejadahnya tempat tu..hotel ke, apa ke. but behind it, ada swimming pool, open to public kot. ada tasik, leh boating etc. rasanya tempat sukan air la...sebab ada podium. cantik. tak ramai yang tahu lagi tempat ni, rasanya. except surely for Putrajayans...








overall, seeing and watching my loved ones happy, i'm happy too....

Happy Birthday, dear!! I love you.

Thursday, April 2, 2009

this coming saturday..

my hubby will turn 33.

if only i can surprise him with big celebration.

been 6 years, since we celebrated his bday, grandly.

one day, i hope...one day...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Tudung-Online