Treble clef

beli Quran jom!

Followers (thanks!!)

I support breast feeding!

I support breast feeding!
Showing posts with label Darling Dalili. Show all posts
Showing posts with label Darling Dalili. Show all posts

Wednesday, September 7, 2011

Aidilfitri 2011

Apa yang best? pada aku biasa-biasa aje. Even pada raya kedua, rasa sangat teruk dan tak best!

Apa nak buat, kan? Asalkan anak2 rasa seronok, sudah cukup. Mood nak update blog pun tak datang2. Sibuk? Tak juga. Raya cuma masak nasi himpit dan kari ayam. Mak mertua buatkan ketupat pulut dan kuah kacang Cocos. Pregnancy kali ni aku rasa lemah dan berat sangat. Tak banyak yang boleh aku buat. Mood  manjang tak ada.

Pra-raya pada aku seronok. Perasaan nak raya tu, seronok. Shopping baju anak2, beli langsir, sarung Klippan, kasut dan meja makan. Tengok muka anak2, yang kelihatan seronok walau puasa, menambah rasa ghairah nak beraya. hehehehe.

Aidilfitri kali ni juga mencatat sejarah tersendiri. Habis semua rumah pak2 & mak2 sedara belah mak aku yg kami kunjung! Cuma rumah Anjang je belum terjah, sbb dia balik Kelantan lama sgt. hahahah. Sekarang dah mula sibuk dengan urusan majlis kahwin adik aku, minggu depan. Hujung minggu ni mungkin bertandang lagi rumah mak, tgk2 dan bantu2 apa yg patut. (dengan keluhan berat) tak banyak juga yang aku boleh bantu. Anak2 sekolah, dan kecik2 lagi. Aku tak suka anak2 hingar bingar rumah mak. Nanti tak jadi apa. Elok2 boleh tolong2 siap itu ini, jadi kelam kabut dek anak2 kecik ni. Jadinya, aku cuma buat dan akan buat apa yang mak suruh aku buat. Nampak segala persiapan pun, dah hampir selesai. Minggu ni, my hubby akan siapkan wiring kat umah mak. He's the man! :) Last week before raya dah bertandang juga rumah mak (anak ponteng sekolah) sebab kena stay utk tunggu orang repair & servis aircond. dah banyak kali panggil orang buat, kata ayah, tp teruk gak. Makanya, hubby aku panggil this service company yang mmg trusted by him dan dah banyak kali pasang, servis & repair a/c rumah aku, studio dan ofis hubby. So far, ayah dan mak kata, OK.

Semalam, paling bahagia! My sweet darling Dalili took off her leg cast.. Now she can walk (even not properly; still adjusting, maybe) and this morning, she was riding her bicycle! You don't know how I felt, yesterday when they took off the cast, when we physio her to walk around, when we saw the blur face of her trying to adjusting her leg, when she cried of 'panic' pain, when we saw her skin shedding off, while I was cleaning it, and when I saw the redness of the itchy rashes that occurs due the long wrap. I tried not to cried. Was hard to hold back my tears. Luckily she didn't see but my hubby did!

Well, hoping that everything will be ok.

Wishing all Muslims, Salam Aidilfitri dan maaf zahir batin!


Tuesday, April 7, 2009

last weekend..

..was fun..sort of..

papa turned 33.

on friday night we went to SACC Mall, saje jalan2. aku ambik kesempatan pg cari bday card utk papa. last minute beb.. while i was browsing through so many cards, darling was with me, greeting everyone she saw with a big grin on her face. funny and cute. dalia and ziyad? with papa, looking for cheap cd's on sale nearby the memory lane store.





then we went to secret recipe. i thought of buying us a simple dinner (my savings were limited, though). with a bowl of a noodle, a plate of spaghetti bolognaise (shared between my dalia and ziyad), a plate of garden salad, a saucer of spring roll, 2 glasses of watermelon juice, and 2 plain water. last but not least, a slice of cake with a single candle on it. it was simple, but meaningful. though i didn't use all my savings (which was only 100, coz papa belanja separuh) it was a fun night. we decided to celebrate a little earlier for that night papa nak tido awal. he had plans for the next day, perhaps.

on saturday, the big day, we woke up early. i made special breakfast for papa. also got biscotti which i ordered few days earlier (and hid inside my almari pinggan mangkuk). well, unfortunately papa tak gemar sangat biscotti ni. luckily my kids love it. go to this site, you'll know how it looks like. dah siap mandi, kami keluar. at first papa tak cakap pun nak pegi mana. thought of heading to KL but the traffic made us change direction. we headed south. melalui KLIA, tgk hiruk pikuk kemeriahan F1, polis trafik merata sana sini. lalu belakang kompleks bunga raya, dapat tgk satu, dua bijik aeroplane nak landing, then menghala ke LCCT. cuci2 mata then terus ke simpang empat enstek. well, ke PD la tu..mana lagi. since we had quite heavy breakfast, we didn't stop for lunch. tgk air laut, jalan2 je.


around 4pm baru terasa lapar. but hell, we stopped banyak kali juga sebab dalia kejap2 kata nak berak, tapi tak berak. yad lak pantang kata nak gi toilet, mesti nak kencing..haru sungguh. then, we headed to Teluk Kemang. bukan nak tgk pantai ya..but we stop kat satu bus stop, to quench our thirst dengan fresh sugarcane juice. ooohhhh...sedap. layan nasi lemak, tauhu sumbat dan karipap. memang sedap...simple, murah dan sedap.

dalam perjalanan balik, subhanallah hujan lebat melanda. i said, i couldn't drive in heavy rain like that, even with my glasses. memang tak nampak!! kalau aku, sure dah cari port berenti, lepak sampai hujan reda. sib baik papa nampak. baru upgrade cermin mata la kata..risau juga. but then we stopped kejap. kat mana ntah, lupa lak nama hentiannya tu. we arrived home around 8pm. mandi, maghrib dan makan ringan2. around 9.30pm, anak2 dah lena. hehehe...

the next day, Sunday April 5.

bangun pagi, had breakfast at KFC. ha ha ha...

lepas zohor we headed to kl. as usual, papa won't stick around at home long. kids pun sama. selagi papa ada kat rumah, macam ada yang tak kena. terkinja-kinja sana sini.

straight to Pavilion. papa teringin nak makan teppanyaki. on the way, kids were asleep. so, kiranya bila sampai je Pavillion, depa dah fully recharged la. memang hyper. but we didn't go straight to teppanyaki. pusing2, jalan2, tgk F1 promo, tgk PDI models on a runaway etc. tak lupa juga, gi toilet..hehehe..sementara tunggu kakak, abg yad dan papa kat toilet, darling dgn mama main kejar2. of course mama takleh lelarian sangat. tapi, apa lah sangat larian darling nak compare dgn langkah mamanya, kan...dah penat kononnya, darling spot a chair and terus ajak nak duduk. since she was so cute and happy and beautiful that day, i managed to snap this:-


isn't she a beauty?



sesi berlarian selepas keluar toilet


dah puas cuci mata kat Pavillion, we headed to Putrajaya. kitorang memang suka ke Putrajaya. besides, my kids loves to jog. we went to this place called Pullmann. sumpah tak tahu apa kejadahnya tempat tu..hotel ke, apa ke. but behind it, ada swimming pool, open to public kot. ada tasik, leh boating etc. rasanya tempat sukan air la...sebab ada podium. cantik. tak ramai yang tahu lagi tempat ni, rasanya. except surely for Putrajayans...








overall, seeing and watching my loved ones happy, i'm happy too....

Happy Birthday, dear!! I love you.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Tudung-Online