Treble clef

beli Quran jom!

Followers (thanks!!)

I support breast feeding!

I support breast feeding!

Friday, June 17, 2011

Review: Antara 'Supermarket' dan 'Hypermarket'

Supermarket = pasaraya, Hypermarket = pasaraya besar (errkk! ye ke?)

Sepanjang hidup berumahtangga, rasanya sudah tidak terkira aku berkunjung ke pasaraya dan pasaraya besar untuk membeli belah barang keperluan rumah.

Aku membesar dengan kunjungan lebih menjurus ke hypermarket. Bila sudah berumahtangga, aku belajar untuk membanding harga dengan berjimat cermat dalam berbelanja. Justeru, pasaraya seperti Econsave, 99 Speedmart, Big Supermart dan lain2 yang tak ternama sering juga menjadi tempat singgahan selain dari Giant, Carrefour, Tesco dan Makro (dulu).

Aku sebenarnya tidak gemar sangat ke kedai2 runcit dan pasaraya kerana keadaannya agak tidak menyenangkan mata memandang dan kaki memijak. Bukan berlagak, bukan sebab aku anak orang kaya, bukan sebab aku mengada-ngada. Aku tak biasa. Malah tidak dibiasakan. Pun begitu, tidak semua kedai runcit aku tidak jejak. Kalau bersih dan lantai tidak berlendir, susunan barang teratur, aku dengan besar hati melangkah masuk.



Aku pernah ke pasaraya Econsave dan ternampak anak2 tikus bergugusan jatuh dari guni2 beras yang diangkut dari stor ke tempat 'display'. Apakah itu tidak menjijikkan? Tu belum lagi dikira lantai yang berlendir dan ikan yang mula busuk dan ayam yang lebam. Halal? Entah laa.

Baru-baru ini berkesempatan berkunjung ke Pasaraya Segi yang besar gedabak di Jalan Kapar. Konon, teruja dengan harga murah yang sering diuar-uarkan. Lagi pula, tempatnya kelihatan besar dan baru, maka aku hanya mempunyai tanggapan baik2 sahaja. Tatkala melangkah masuk, tanggapan aku mula pudar sedikit demi sedikit. Dengan keadaan barangan yang terhad dan berhabuk, hati mula berubah. Namun, mengenangkan dah alang-alang sampai, beli juga beberapa barang keperluan. Dek kerana cuai, aku terbeli juga sebotol Mayonnes bersaiz sederhana yang sudah tamat tempoh! Lebih malang, aku menyedarinya hanya pagi tadi, sewaktu sedang menyiapkan sarapan pagi kegemaran suami; chicken mayo sandwich. Alangkah kecewanya rasa hati! Kesian cik suami.. :)

Rasanya, lebih elok ke 99. Walau barang tak semua ada seperti di 'hypermarket', keadaannya bersih. Dan kini ada tempat kunjungan baru, yg usai dilawati malam tadi; My Mydin.

2 comments:

Shafiq Zainal said...

suka g tesco...hehe

Unknown said...

hi uncle!!! hehehe..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Tudung-Online