Treble clef

beli Quran jom!

Followers (thanks!!)

I support breast feeding!

I support breast feeding!

Wednesday, June 29, 2011

Review: Lampin Pakai Buang & Tuala Wanita



I'm a mother, therefor I'm of course, a woman. (Gila kau, takkan lelaki bleh beranak plak, kan? hehe)

Atas sebab diatas, review ini aku bentangkan, based on experience being  mother for 7 years and a woman for err.. 20 years (from the first day of menstruation, of course!)

Lampin pakai buang (diapers):-

aku pakai Mamy Poko, since the first baby. Paling sesuai untuk anak2 aku. Harga mungkin mahal sedikit, tapi tahan up to ten hours, dan bontot baby tak merah2 atau melecet. Tapi kalau anak berak-berak, mmg ralat la sebab mahal, kan. Aku dah cuba hampir semua jenama (maklum, nak jimat dan compare harga) but Mamy Poko is still the best. Ikut juga kesesuaian baby kalian la. takde la pulak aku nak paksa2 pakai Mamy Poko. aku pernah beli Pet Pet, Drypers, Pampers, Huggies dan Pureen, and to my surprise, besides Mamy Poko tu, yang kedua elok utk anak2 aku ialah Pureen. Followed by HUggies, PetPet, Drypers dan last sekali Pampers. Even masa bersalin kat PPUM (twice; 2006 & 2009) mereka sediakan Pureen diapers as complimentary. Drypers dan Pampers aku beli sekali jek. Dedua tak abih pakai sebab bontot anak merah dan timbul ruam walau baru 2 jam pakai. Takkan baby kencing sangat heavy dlm masa 2 jam, kan? Makanya, aku sedekahkan je pada taska berdekatan. kot2 la ada baby yang serasi kat situ.Cloth Diaper? Hmm... aku sokong penggunaannya tapi untuk mama yg huru-hara dgn anak2 yg berderet ni, adalah tidak praktikal untuk aku. Aku malas nak membasuhnya dengan kerap. Tapi aku rekemen sangat untuk mereka2 yang diluar sana. Harga pun berpatutan. Tapi jgn la beli satu.. sekurangnya beli la 3, 4 buat stok.

Tuala wanita:-

Sekarang ni, aku lebih selesa dengan Libresse. Mesti sebab terpengaruh dengan Adibah Noor. Maklum, saiz dia dengan aku, hampir sama! :)) Tapi juga sebab Yuna. Aku suka dia. Comel dan sopan. Walau dia bela kuku yang mana aku rasa tidak sesuai untuk seorang gadis bertudung. Ok..ok..lari topik!  Aku suka libresse sebab ianya adalah seperti yang digembar-gemburkan. Selesa, pakai yang overnight wing semalaman (nama pun overnight, ye dak? hehehe) mmg tak bocor, dan aku bleh jadi sewel kalau emergency dan takde libresse dlm stok!! Arrggghhhhhh!!!!!!!

Mula-mula aku datang haid, aku pakai Sanita je. Of course, mak aku punya. Masa tu Sanita lah paling glamer, paling popular. Kalau beli kat kedai cina, mesti kena bungkus dengan surat khabar lama. Kenapa ye? Menjaga sensitiviti tu namanya.. :) Sekarang? Sukahati lah nak beli jenama apa, takde nak bungkus2 nya! hehehehe. Bila aku meningkat remaja (ewwaaahhh!) mula guna kotex. Terpengaruh dengan makcik aku, yang duk menumpang free kat umah mak ayah aku. (hahahahahha). Lama juga aku guna kotex. Sebab aku tak arif dan tak berapa tahu sgt pasaran  tuala wanita, aku pakai apa yang wanita di rumah aku pakai. Bila aku sudah di ITM, aku pakai sanita balik. Sebab kat Jengka, itu yg murah. hahahaha.. Then, bila dah mula bekerja dan aku berkawan dgn seseorang yg lebih dewasa sket dari aku, aku pakai Laurier. Daya serapan memang superb! Tapi aku tak suka. Sebab nak membasuhnya leceh dek kerana biji2 yang macam gel tu. Wanita Islam, pad tu lepas pakai kena cuci bersih ya. Bukan main buang je. Sebab tu sekarang Laurier pun dah keluarkan tuala wanita yang mudah dicuci. Kemudian aku mencuba-cuba pelbagai jenama mengikut kemampuan kewangan dan keselesaan aku. Bila dah kawen, aku pow la hubby beli yang paling mahal aku pernah beli, SOFY. Selesa memang selesa tapi tak cukup panjang untuk aku. hahaha. Aku kan besar! Then Intimate keluar. Try. Ok la. And then bila iklan Libresse yg ada Adibah Noor dan buah tembikai itu muncul, aku sudah jatuh hati! Yeah..iklan memang perlu kreativiti. Sampai sekarang aku stick dgn Libresse. Dari segi ranking (keselesaan dan harga berpatutan), aku letak Libresse no 1, followed by Intimate, Sofy, Kotex dan Laurier. Masa aku dalam pantang dan lepas bersalin, aku selesa dengan maternity pad Pureen. Terbaikkkk!!!! Libresse tak nak keluarkan maternity pad ke? ;)

So, next time, aku review susu formula bayi pulak, ya.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Tudung-Online