Treble clef

beli Quran jom!

Followers (thanks!!)

I support breast feeding!

I support breast feeding!

Tuesday, June 21, 2011

Bersih..Islam Itu Indah. Sama-sama jadikan tauladan.

Assalamualaikum w.m.b.t.

Bersih. Nilai utama yang dititikberatkan dalam Islam kerana Islam itu indah, maka kebersihan dijadikan landasan. Bersih hati, jiwa, akal dan fikiran. Maka bersihlah juga persekitaran dan kehidupan.

Sekian lama rasanya aku menjadi pemerhati tak bertauliah, akan mereka yang menggelar diri mereka imam, bilal, ustaz dan ustazah, yang kadangkala apa yang dibuat kadangkala bercanggah. Kasihan pada kami yang tak berapa kuat iman dan tak berapa tinggi pengetahuan, menerima bulat-bulat setiap apa yang ditunjukkan.  Bertanggungjawablah dengan tindakan anda. Kalaupun tak malu dengan kawan, jiran mahupun ahli keluarga, yang hanya manusia biasa, mohon kalian malulah dengan Allah.

Ehh...ehhh!! Perhimpunan 'bersih'?


Tak ada kena mengena! Aku bukan mempromosi perhimpunan huru-hara yang tak berfaedah itu. Berhimpun untuk buat perkara yang sia-sia. Nanti segala caci maki, kata-kata kesat dan cerca nista, semua keluar. Yang malang dan sedihnya, ianya bakal diucapkan oleh seorang muslim, kepada saudara muslimnya yang lain.

Aku bercakap tentang ustaz/ ustazah yang mengajar mengaji dari rumah, yang rumahnya tidak bersih penuh sampah.

Aku bercakap tentang pak imam, yang memimpin solat jemaah, yang berserban berkopiah berjubah, tetapi kotornya pakaian, kaki, selipar, Nauzubillah!

Pun juga tentang mereka yang bertudung litup labuh dan berpurdah, tapi malangnya perangai tak semenggah. Bercakap tentang mahmudah, keluarga yang menuju Jannah tapi rumah tak berjaga bersepah, anak-anak pun tak dihirau akan perihal sekolah!

Astaghfirullah!

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Tudung-Online