Hari bapa disambut hampir seluruh dunia pada Ahad ketiga bulan Jun setiap tahun.
Menurut Wikipedia: The first observance of Father's Day actually took place in Fairmont, West Virginia on July 5, 1908. It was organized by Mrs. Grace Golden Clayton, who wanted to celebrate the lives of the 210 fathers who had been lost in the Monongah Mining disaster several months earlier in Monongah, West Virginia, on December 6, 1907. (baca lebih lanjut; klik sini)
Tapi tak semua manusia di dunia ni menjadikan HANYA hari itu sahaja istimewa buat bapa2 mereka. Kerana bapa, seperti juga ibu, amat istimewa SETIAP HARI. Cumanya, tarikh tersebut diadakan sebagai satu ingatan sejagat, agar mereka yang alpa dan leka dengan kehidupan sendiri, setidak-tidaknya tersedar akan kealpaan mereka yang mungkin terlalu sibuk hingga terlepas pandang ibu atau bapa sendiri. Setidaknya juga, apabila rakan-rakan dan manusia sekeliling sibuk-sibuk dengan sambutan hari istimewa ini, mereka yang 'terlupa' ini akan terkenang semula (harapnya perkara yang indah2 sahaja) tentang kedua orang tua.
As for me, I love my dad very much. He's my idol. Walau dia agak konservatif, dia terbaik. Dia tak banyak cakap sangat, tapi setiap butir kata-katanya amat bernas dan setiap luahan nasihatnya, amat bermakna. Dia tak garang, tapi kadang-kadang bila naik angin, berbirat juga kena 'hanger' atau tali pinggang. Antara adik beradik aku, rasanya aku lah yang paling banyak kena kot. Anak paling sulung, paling besar dan paling degil. :D Teringat pula tatkala dia memukul aku teruk kerana ponteng sekolah. Hahaha.. Harapnya anak-anak aku takkan ada yang mengaut perangai buruk aku. Mohon simpang, Ya Allah!
Selamat hari bapa juga untuk Abah; pak mentua aku. Coolest father in law! :)
Tak lupa juga, bapa kepada anak-anakku; suami tercinta. I love you. :)
Terima kasih, Ayah..atas semua kenangan, pengajaran dan didikan hidup yang diberikan. Kakak sayang Ayah!
No comments:
Post a Comment