Orang kata, ibu mengandung tak baik duduk di muka pintu,
nanti anak susah nak keluar.
Orang kata, anak dara tak elok menyanyi-nyanyi di dapur,
nanti dapat suami tua.
Orang kata, maghrib jangan main-main di luar,
nanti kena sorok hantu tetek. (Hahaha!)
Orang kata, jangan makan bontot ayam (tongkeng)
nanti mulut tak reti diam, bercakap jek keje nye.
Orang kata, leher ayam pun tak boleh makan,
nanti kepala teleng (senget).
Orang kata lagi..
Ehhhh!!Macam-macam lah orang kata...
dah tentu lah orang yang berkata-kata, kan?
dah tentu lah orang yang berkata-kata, kan?
Takkan kucing ke, burung ke, kerusi ke, pintu ke pulak, kan?
Terpulang pada individu untuk menilai.
Hakikatnya, setiap dari apa yang diperkata itu adalah merupakan satu peringatan.
Orang kita ni kan degil. Kalau bercakap lemah lembut, susah nak ikut. Kena ada sedikit unsur ugut.
Betul? Sila angkat kening.. hehehe.
Tapi ada satu kata-kata orang yang aku suka.
...kalau ada burung buat sarang di rumah,Mak pun pernah pesan begitu. Ye ke? Ye la kot, kan?
itu tandanya murah rezeki...
(bab yang baik2, sure suka, kan..?kan?)
Kenapa agaknya aku suka, ya?
Sebab si kelicap ini sedang sibuk menyepahkan rumah aku dengan segala macam daun-daun kering, untuk membuat sarang. Bagus si hensem ni. Rasanya dah tiba musim mengawan kot. Sebab si jantan sibuk buat sarang untuk memikat si betina. Selalunya, mereka berdua riuh berkicau di untaian lampu lip-lap rumah aku ni. Sejak seminggu lepas, aku tengok ada 'si ketiga' turut serta memeriah suasana. Hmmm.. persaingan sihat, nampaknya? ;)
Berapa lama lah agaknya nak menyiapkan sarang ye? Tak sabar pulak menunggu.
Macam manalah rupanya nanti, sarang itu.
No comments:
Post a Comment