Kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan!
Begitulah umpamanya. Tak malu agaknya, ya. Kejar 'glamour'. Konon beramal sedangkan tersirat agenda tertentu. Kalau orang kita yang minta sumbangan (tak kira atas dasar dan sebab apa sekalipun) memang sangat payah nak beri, kan? Sindiketlah, penipulah macam2 lagi. Mana pergi kepercayaan pada gerak hati (instinct), perasaan istimewa yang Allah beri? Mana pergi kepercayaan kepada Qada' dan Qadar Allah? Kalau niat kita baik, insyaAllah, tuhan melindungi kita. Kalau yang kita beri derma atau sumbangan itu menipu dan tak benar, serahkan sahaja pada yang Esa. Dia maha berkuasa!
Itu yang berlaku pada kita-kita insan biasa. Yang tak tersenarai dalam dunia yang 'glamour'. Kasihan, kasihan pada diri kita sendiri kerana berada dalam situasi ini.
Mohon kasihan juga pada Hamba Allah ini. Dia perlukan bantuan untuk jantungnya. Mungkin dia pernah buat kesilapan dan menjerumuskan diri sendiri ke dalam permasalahan yang ditanggungnya kini, tapi siapa kita untuk memberi hukuman? Allah lebih berhak!
No comments:
Post a Comment