Ok..ok. Bukan Jus Mate 5. Memandangkan aku adalah testimoni sah dan pengguna berjaya Jus Mate 5, ia tidak bermakna aku nak promo terus-terusan produk tersebut. Harganya mahal, RM200 sekotak yang cuma ada 20 sachets. Tak semua mampu. Lagipun, untuk mendapat keserasian, berat ideal dan membentuk disiplin, satu kotak tidak cukup. Paling kurang 3 kotak. Maka dengan itu, aku nak kongsi satu, dua benda yang aku buat, yang secara tidak sedar, membantu aku mengawal berat badan tanpa bantuan Jus Mate 5 tu.
Cara yang paling mudah dan murah aku buat ialah:-
- minum air kosong bebanyak. Bila terasa lapar, aku minum air. Lapar je, minum air. Perut kembung? Tak ada lah! Kencing banyak je. Itu lagi bagus. Buang lemak tu, tau.
- buat kerja rumah. agak2 terasa lapar tu kan, padahal baru lepas melantak nasi lemak untuk sarapan, pergi basuh pinggan ke, sapu laman ke, cabut rumput kat pasu bunga ke atau gosok baju. Aku selalunya, akan makan berat waktu pagi, sewaktu aku membasuh kain. Kenapa? Sebab aku kalau basuh kain, minimum 3 trip! So, sila kagum dengan aku sebab melapik perut (kononnya!) dengan tenaga dari karbohidrat dan kalori yang banyak, sebagai bekalan untuk dibakar sewaktu proses menyidai kain tu nanti. Bijak? Takdenye! itu cuma praktikal yang menjadi secara kebetulan. Sila ambil perhatian: nasi lemak sebungkus RM1 tu lebih baik dari nasi goreng telur mata, ya!!
- kalau ada anak-anak yang sedang membesar, time makan, makan sekali dan suapkan anak. Anak tu nanti makan banyak, sebab seronok mak dia suapkan, jadi kita makan ala kadar je, sebab penat & lenguh menyuap anak tu. hehehe. berkesan, beb! tak percaya, sila cuba.
- kalau mulut terasa gatal nak mengunyah, kunyah la kekacang. roasted almond (bukan dgn coklat yer..hehehe) best! atau kalau dapat pistachio pun bagus. nak minum, minum air kosong. kalau nak yang berperisa, minum susu rendah lemak. kalau nak yang berkarbonat, 100plus je. :)
- last but not least, gula-gula penyah bau nafas yang minty, hacks ke, peppermint ke, polo ke, eclipse ke. kalau boleh yang sugarless. keep it handy. buat stok.
Yang paling penting ye kawan2, disiplin. Rokok, silalah berhenti. Kopi, teh, hadkan ke 1 atau dua cawan je sehari.
Dah setahun aku tak minum Jusmate5 (sebab mahal dan aku belum ada 5 figure income..hahahaha) berat tak naik mendadak. 8 bulan pertama, masih maintain. Then, aku dah mula buat baking biz, haaaa.. mula dah.. now aku bertambah 4kg. Chehhhh!!!!
No comments:
Post a Comment