Treble clef

beli Quran jom!

Followers (thanks!!)

I support breast feeding!

I support breast feeding!

Friday, July 3, 2009

marriage..a need? a must? or a lust breaker/ controller?

perkahwinan, dalam Islam adalah satu ibadah.

perkahwinan kerana Yang Satu itu lebih barakah.

apsal aku sibuk cerita bab kawen ni ek? aku tersinggah (aichehhh) kat sini, bila aku refresh cbox aku. dan si dia ini bercerita bab kawen. saja la konon, nak kongsi pengalaman..(sibuk la tu namanya, kan?

aku dah 6 tahun kahwin dan aku rasa syukur sangat. bukan nak kata aku baik sangat but marriage saved me from being off the path. pun bukan aku nak kata yang aku liar sangat, tidak. bukan juga nak kata aku tak pernah berpacaran, pegang2 tangan, tgk wayang, peluk2, liuk lentok kepala ke bahu si anu sekian-sekian..

aku ditemukan dengan suami secara kebetulan (some of u must have read it here). kami tak bercinta pun. dating? ada la sikit. selebihnya, cuma 'tugasan' dia ambil aku balik kerja dan hantar ke rumah. sure la ada pg makan dulu sebelum balik. aku pun balik keje, kot tak lepas maghrib, tak sah. ayah aku pun, sikit2 suh zairi (my hubby). aku suh ayah hantar ke mana2, dia sebut, "zairi kan ada. suh la dia hantarkan.." padahal kitorang lom kawen pun lagi..percaya betul bapak aku kat budak laki nih. hehehhe...yang pasti, laki aku nih baik. dia takde nak gatal2 sangat. lurus pun ye juga. sebab tu agaknya bapak aku restu.

jadinya, perkahwinan itu sebenarnya indah. memang akan ada asam garam, kerenah, tergigit lidah dan tergesel gigi, tarik2 muka dan muncung2 bibir tapi semuanya akan jadi kenangan terbaik.

tipulah kalau aku kata sepanjang 6 tahun ni aku takde bertekak atau berasa hati dengan suami. tapi, nak tak nak kena tabah. memang kebanyakannya simpan je dalam hati tapi suami aku jenis straight forward. dia nak jugak explain dan di explained ttg apa yang menyebabkan aku marah atau tak puas hati. sumpah, aku tak cerita semua. biarlah mana yang perlu, aku sbg isteri simpan buat tauladan dan kenangan diri sendiri.

pendek kata, kahwin atas niat yang betul akan merubah diri anda. ujian akan tetap datang dan menimpa. dari situ kita akan menilai diri dan kematangan berfikir. ujian diberi olehNya, menuntut kita supaya berfikir waras dalam membuat keputusan. mungkin kita akan diuji dengan diberi rezeki melimpah, dengan tujuan agar kita menimbang, mana lebih penting, keluarga atau mengejar rezeki itu. kalau kita memilih rezeki, dan keluarga rasa terabai, kalah lah kita dan gagal lah kita dalam ujianNya itu. ujian inilah yang ramai manusia gagal.

jadi, pertimbangan kita amat penting dalam membuat sesuatu keputusan. nak kawen, atas dasar apa, kena fikir betul2. dah sanggup pikul tanggungjawab atau sekadar nak merasa duduk di atas pelamin, dapat hadiah dan diarak dengan kompang etc.

tepuk dada, tanya iman!!

2 comments:

Unknown said...

tai ka ho!

thanks for visiting my blog. and yours is beautiful eventhough i couldnt understand the hanzi writing.

tui pu chi. wo chen de pu ming pan. tan she, wo xie xie ni.

¿n0die? said...

perghhhh!
mcm ustazah pon ye gak ;D

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Tudung-Online