Treble clef

beli Quran jom!

Followers (thanks!!)

I support breast feeding!

I support breast feeding!

Friday, July 24, 2009

kalau dah mengantuk, jangan dilawan mata tu..

kalau laki aku ngantuk, time driving..dia akan berenti jap utk lelapkan mata dalam 10, 15 minit. berenti kat tpt yang selamat la, kan..bukan kat tgh2 traffic light ke, jalan besar ke, roundabout ke.

kalau aku ngantuk? eh..aku tido la. itupun kalau anak2 aku tak buat hal, tak meragam. biasanya aku tido dalam sejam. kalau anak2 aku masih segar bugar berlarian, aku akan tido duduk la jawabnya..cukup dlm 5 minit.

kalau dalia ngantuk? dia akan mula mengarut. masam muka tanpa sebab. hal kecik pun leh buat dia marah2 merajuk. sesungguhnya, ianya menjengkelkan.

kalau ziyad mengantuk? astaga...lagi tension. kemengarutannya akan berada di luar kawalan. kalau dia tgh main, tp mengantuk, dia akan marah2 gila babi pd mainan dia sekiranya tak dapat buat ikut kehendak hati dia (padahal dah ngantuk, kan..nak cucuk2 ke, nak tingkat2 blok ke, sure tak berapa nak nampak, kan?). kalau dia nak berak, tp mata ngantuk gila..pun dia akan marah2 jugak. marah knp? marahkan apa? marah sebab nak naik duduk kat toilet seat tu tergelincir ke..marah sebab air tak penuh ke, marah sebab tak ada aku temankan dia. kalau hajat tak lepas, tp dah duduk kat toilet? gila ampunnnnnnnn..dia lagi marahhhhh.. siap tendang2 pintu marahkan si 'anu' tak nak keluar. kehkehkeh. tak tau cemana aku nak ceritakan kat sini. lawak gila + annoying. oh..kes ni berlaku sebentar tadi.

kalau darling plak mengantuk? ya allah. dia akan langgar semua benda depan dia, sambil lalu. sah2 terhantuk ke, tersadung ke. dah tuh, meraung tak hingat. jalan lurus pun boleh jatuh tergolek. er..kes ni pun berlaku tadi.

zahin? err..masa ni memang dia kerap tido. tido jek..

anak aku yang bertiga tu, kalau dah ngantuk susah sangat nak tido. suka lawan mata dan aku plak terpaksa menahan telinga dan jiwa dengan kerenah mereka. sumpah..sebab yang kecik pun akan buat diorang menangis meraung mcm orang tak betul.

sangat tensi.

nota: saat ini, yad tgh meraung nak topeng serigala yang dalia sedang pakai (dalia buat di sekolah.) dalia? tgh berak, dgn topeng serigala dia tu la.. darling? tgh nyibuk kat sebelah aku. zahin? tido dgn ensem sekali tanpa mengira suasana bising disekelilingnya. aku? satgi nak bangun, hambat yad dgn hanger. ciao!

1 comment:

¿n0die? said...

sabtu 25julai.
jadual sy arini dari kul 7am, pegi umah pengantin lelaki then grak masjid al-falah subang utk amek gmbr nikah.

kul 12 rushing blk kije kat tuition.

balik kul 4.30 mandi2 sat then tros grak balik g umah pengantin lelaki utk wedding ceremony belah pompuan lak kat tropicana club house.

skarang, 12.04 bru pulang n lepas melantak mcd.

kepenatan yg melampaw today terubat bile bace post yg SUMPAH LAWAK gile bagi sy gelak xboley bla! hahahahhahahah!!

ok chiow. nk tido. sok kenduri umah mmber lak nak kne snap snap.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Tudung-Online