I support breast feeding!
Thursday, February 3, 2011
Gōngxǐ fācái..Xīnnián kuàilè!!
Selamat Tahun Baru Cina!
Tahun ini mengikut kalendar lunar kaum cina, adalah tahun arnab. Mengikut feng shui mereka, arnab melambangkan tuah dan membawa unsur kayu. Kayu secara simboliknya membawa maksud kekayaan, kemakmuran dan kesihatan.
Seperti kebiasaan, Tahun Baru Cina dan bunga api (mercun) bagai tak dapat di pisahkan. Namun tahun ni, rasanya agak kurang kemeriahan tersebut. Mungkin kerana tempias ekonomi yang tak menentu. Pemegang dan pendominasi ekonomi ini juga terasa bebannya.
Malam tadi, dentuman bunga api/ mercun hanya seketika dan tidak menyeluruh. Seoah-olah sang naga sedang dalam mood malas dan tidak mahu berlawan menghembus api gahnya. Selalunya, kalau di kawasan rumah aku ni (jalan kapar, meru, klang dan sekitar), percikan bunga api dan dentuman mercun bersahut-sahutan dan berlawan-lawanan dari segenap ceruk kawasan. Tapi tahun ni tak ada. Hmm.. tak dapat nak jamu mata seenaknya! Tak apa, kita doakan yang terbaik sahaja untuk setiap kaum di negara tercinta ini. Tidak kira apa agama mereka!
Semoga semuanya aman!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
hmmm betul lah...tak dengar bunyi mercun pun. bunga api pun sekali imbas jer...
kan..kan..kan?
kurang meriah rasanya.. :(
Post a Comment