Treble clef

beli Quran jom!

Followers (thanks!!)

I support breast feeding!

I support breast feeding!

Sunday, February 27, 2011

Menyimpan, demi masa depan..

Dah ada anak 4, rasa-rasa cukup ke simpana? Sekarang anak dah mula bersekolah. Segala kelengkapan dan keperluan mesti di ambil kira. Kebarangkalian kerosakan dan kehilangan barang keperluan juga perlu dipertimbangkan. Mengeluh? Tak membawa ke mana. Hanya menambah tekanan di jiwa.

Tak mahu cerita banyak, kawan-kawan. Rasanya dan sepatutnya, semua sudah maklum, yang menyimpan itu perlu.

Andai anda seorang pelajar sekolah, mulalah menyimpan dengan berdikit-dikit berbelanja. Simpan 10sen atau 20sen sehari, sudah mencukupi sebagai permulaan.

Sekiranya anda pelajar universiti/ kolej, menyimpan itu paling perlu. Banyak yang perlu dilakukan, dibelanjakan dalam pembelajaran, kan? Mula menyimpan dari awal. RM1 ditabungkan, sudah membanggakan. Cuba, dik. Cuba. Dapat duit loan, tolak dulu untuk simpanan. RM30 sebulan, asingkan. OK?

Anda sudah mula berkerja? LAGI perlu menyimpan. Sebab segala macam perlu duit. Rasanya dah tak perlu ditunjukkan bagaimana. Sila..sila..sila mula menyimpan. Nanti nak sewa rumah, nak makan minum harian, nak bg mak ayah, sakit pening (kalau ada klinik panel pun, kalau sakit kritikal yg memerlukan rawatan pakar, masih ada hadnya untuk syarikat cover, tau). Tu belum masuk nak mula bercinta, nak dating2 dan sebagainya. Handphone? Kalau gaji cecah RM5k sebulan tanpa tanggungan pun, saya rasa BB atau Iphone tak perlu. MEMBAZIR.

Pendek kata, belanja ikut keperluan.

Anda nak laburkan simpanan? Lagi baik! Sila ke SINI!

Saya doakan yang terbaik, untuk anda! Doakan saya juga, ya!!

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Tudung-Online