..aku terpempan..
sudahlah aku ketinggalan selama setahun kemaskininya, dek kerana tidak diberitahu akan kewujudan site keduanya. aku sedikit marah.
..dan kini segalanya tamat. tatkala aku sedang terkial-kial mengimbas kembali cerita-ceriti kehidupan beliau. sedang aku berangan-angan membayangkan suka dukanya. waktu aku terhegeh-hegeh memahami tiap bait bahasa puitisnya.
dia benar-benar telah lari.
aku harap dia telah bertemu bidadari, penghuni syurga duniawi!
No comments:
Post a Comment