BUKAN kerana Valentine. Aku tak sambut valentine. Siapa dia untuk di raikan? Dah tu suka-suka pulak orang kita memanipulasi dan menukar nama sambutannya menjadi Hari Kekasih. ewwwaaahhhh!!
hahahaha! aku dulu pun jahil juga. tipulah kalau aku tak dapat kuntuman bunga dan himpunan coklat pada tarikh 'keramat' itu. ehh? apsal tak percaya? sebab aku takde iras model, maka aku tak layak dpt bunga, coklat bagai laa? kehkehkeh.. lantakkkk!
Kenapa bulan Februari menjadi bulan cinta aku?
Kerana 14 Februari, tarikh lahir anak lelaki sulung aku. Setelah sekian lama aku melupakan tarikh sambutan Valentine itu, sejak tahun 2006, 14 Februari menjadi tarikh yang ditunggu-tunggu! Yup.. I'm counting days to 14 Feb now. Hari itu jatuh pada hari Isnin. Hari bersekolah. Ziyad mesti happy sebab akan ada sambutan di sekolah. Aku tunggu bayaran komisen dari TM (streamyx, fixed line dan UniFi yg aku selalu promo tu..) untuk menyediakan goodie bags untuk anak2 di sekolah tabika tempat Ziyad belajar. Mujur aku boleh buat kek sendiri. Budget wise, I have decided to bake the cake myself. Mungkin takde apa-apa hiasan atas kek. mungkin juga hanya plain chocolate ganache. Yang pasti, akan ada kek untuk Ziyad bawa ke sekolah!!
Bulan Februari juga adalah bulan kelahiran aku. Kurang seminggu dari tarikh kelahiran Ziyad, adalah hari lahir aku. Dah dewasa. Dah bergelar ibu. Dah kurang excitement nya! :) Sekali dulu dapat jambangan bunga ros biru (blue is my fav!), dapat juga jambangan bunga lili (2006, dalam pantang kelahiran ziyad), dapat henpon (twice!) dan dapat anak (hahahahaha) adalah pemberian terbaik dari suami. Kalaupun dia hanya memberikan ciuman (yang dia tak pernah lupa tiap tahun) sudah cukup membuat aku terharu!
Februari tiap tahun, adalah bulan kegemaran aku!
(p/s: aku share hari lahir dengan Mukhlis Nor - aLi!! bang, bila la nak sambut sesama nih? plan asyik la tersasar.. :P)
4 comments:
Wow! sy pun suka Februari...pun bukan sebab Valentine..say No No No to Valentine..
peace with love...
wow!! welcome aboard february lovers! hahahahahaha...
peace, with love too!
valentine2, rugi duet bercinta lebih2 hari tu. semua mahal. tak praktikal. saya pilih 15 feb la..
muhsin: betul! betul! betul!
ehhh..15 feb ni cuti kan? jgn gi dating tau.. pg ikut perarakan maulidur rasul..
pergghhhh! dah lama akak (akak ke?) tak pegi!
Post a Comment