- bila aku komen status mereka di FB, mereka tak balas balik. sedangkan komen2 orang lain selepas aku, satu-satu mereka balas.
- bila berjumpa, mereka dingin.
- bila aku berjenaka, mereka sekadar kelat terkulat-kulat muka.
- bila aku hantar pesanan, jwpnnya ringkas seringkasnya; "oklah kot"
- bila aku tgk wall mereka di FB, berbalas-balas komen dgn rancaknya mereka.
- mereka bincang2 soal kahwin, tanpa aku disertakan dalam perbincangan.
- mereka wujud selepas aku, dari induk yang sama.
- mereka aku usung ke sana ke mari waktu kecil.
- mereka selalu luah rasa pada aku
- bila mereka berbalah, aku tpt mereka mengadu.
- bila mereka bermasalah, akulah yang di cari dulu.
aku sayang mereka. aku selalu perhatikan mereka. aku ikuti perkembangan mereka. mungkin mereka sudah tidak lagi perlukan aku. aku kena mula terima pertimbangan itu.
mampukah aku?
1 comment:
bos sy pernah berkata..
Kalau kita ada 100 org kawan/saudara, 50 drpd mereka tidak mahu berkawan dgn kita..kita masih ada 50 lagi yang mahu berkawan dengan kita. Pergilah pada mereka yang mahu berkawan dgn kita.
lebihkurang cam tu lah...
so? u choose...
sy pun kdg2 org buat begitu tapi... buat bodoh ajer dan ingat selalu kita ada suami dan anak2 yg sgt menghargai kita.
am i rite?
peace with love... :)
Post a Comment