Maaf..
Hati aku sedang sakit. Bermacam-macam beban dalam hati ini dan ia semakin memberat.
CAH suruh aku senyum. Senyum itu mudah, kawan. Tapi maaf..senyuman pahit ini sangat mudah terkesan. Bibir ini bagai terkunci untuk melakarnya.
Kata orang, 'berat mata memandang, berat lagi bahu memikulnya'.
Maaf..
Mata aku yang memandang. Bahu aku yang memikul. Hati aku yang bergalang. Jiwa aku yang terpukul.
Ya Allahhhh!!
'Aku kuat..aku kuat..aku kuatttt!!'
Maaf..kerana entry aku selepas 20 Februari, sangat bergelumang emosi!
No comments:
Post a Comment