I support breast feeding!
Monday, February 7, 2011
Bukit Cherakah = Taman Pertanian Bukit Cahaya Sri Alam = Taman Botani Negara Shah Alam
Kali terakhir aku jejak kaki ialah pada 16 tahun yang lepas. Masa itu memang keadaan amat menenangkan. Trip bersama rakan-rakan (kami berlima sahaja!) sekelas aku yang berbangsa cina. Sempat naik jambatan gantung, pusing-pusing jalan berliku (maze) dan panjat2 ke anjung tinjau.
Tempat tu pun masih elok dan terjaga. Berbanding keadaan terbaru, Sabtu lepas. Dulu, rumah 4 musimnya sangat menarik. Dulu, sawah padinya terjaga rapi. Walau tidak saujana mata memandang, setidak-tidaknya boleh tahu bagaimana rupa padi, bendang dan petak sawah. Sekarang, sangat tidak memuaskan. Sangat kurang penyeliaan. Too many flaws, to be exact. Jambatan gantung pun dah tak boleh lalu. Ini cuma di sebelah kanan (pintu masuk). Sabtu lepas, tak sempat nak explore kesemua bahagian.
Akan aku suruh adik aku jadi reporter dan fotografer tidak bertauliah apabila mereka berkampung di sana lagi, 12 hb Februari ini, sempena Hari Keluarga LHDN caw. Petaling Jaya, tempat kerja mak aku.
Tungguuuuuu!! :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
apsal teruk sgt rupanyer...ingat dulu masa sekolah ada kem motivasi etc kat sana. memang best la. sawah padi pun terjaga. semua facilities dia pun elok2. sayangnye jd mcm ni ;-(
tu la pasal, Ti.. aku pun kecewa.
Post a Comment