Cuti 4 hari, rasa sangat puas.
Khamis, pg jogging2, jalan2 area Banting, Sepang, Putrajaya. Elok nak konon2 beriadah kat Putrajaya sana, hujan la pulak.. Sempat la anak2 dan suami seround dua kot. Aku tak dpt join, sbb tgh nyusukan si kecik. Tunggu dalam kereta je. Dah rugged2 ber sport shoes bagai.. haihhh!!
Jumaat, siap basuh kain 2 trip. Pagi, mcm biasa mmg havoc di rumah. 4 mulut murai ni memang hingar! Nak bangun lambat? Sori beb! kehkehkeh.. around 11.30am sepupu papa call, sesat katanya.. dari Pilah (she's sabahan, studied at UiTM Kuala Pilah) nak ke Seri Petaling. Tah macam mana boleh tersangkut di Shah Alam pulak. Papa kata 'kamu tunggu saja di sana (tesco) ya. Nanti lepas solat Jumaat lah abang datang.' Apa lagi.. kami pun bergegas bersiap. Pg lunch dulu, lepak Pusat Islam sementara papa solat dan terus ke tesco. Mulanya nak bawak sepupu ni pg umah mak aku kat sek 9 sana lepak2 sementara papa meeting dgn dakmie (penyanyi lagu tema citer adamaya tv3 tu..hehehehe), tapi di sebabkan sepupu ni mahu segera ke seri petaling, menjemput abahnya yg dtg dr sabah, maka kami membantu dengan menunjukkan jalan keluar dari shah alam menuju ke jalan besar. followed by her and separated di NKVE sana selepas memberi 'bekal' panduan jalan dan diberi pandangan seribu kerisauan oleh si sepupu ni tadi. kehkehkeh.. orang sabah menempuh jalan di semenanjung for the first time, memang cuak!!! Tapi Alhamdulillah, selamat semuanya. Terus kami lepak2 kejap di rumah mak aku, mak masak cekodok, belasah cekodok, sebelum Asar kami keluar. takde plan nak ke mana. papa memang begitu. sudahnya, kami ke genting! bukan nak main2 or bermalam pun. cuma ambil angin. that's us. jalan2 begitu pun sudah cukup memuaskan hati anak-anak. :) sampai rumah around 8. gegas2 mandi dan solat. around 9 papa keluar, memenuhi undangan walimah adik kenalannya. Kami? tido seawal jam 10! big journey, the next day!
Sabtu, dah siap basuh sekolah anak2. 4 pasang! disebabkan kami belum shopping barang2 dapur, kami kerap makan di luar. from bfast to dinner. simple2 aje. roti canai pun takde hal! terus headed to shah alam. yup..shah alam. kami ke Taman Botani Negara or well known as Taman Pertanian Malaysia Bukit Cahaya Sri Alam or Bukit Cherakah. haaa... anak2 nak sangat jogging masuk hutan (kononnya), maka kami dedahkan mereka dengan alam di sana. hehehe.. seronok, memang seronok. Penat, tak sangat. Walau ada ketika kena mendukung si kecik. dah lepas zohor, budak2 dah tak nak explore lagi. kepenatan la tu. kami pun decide to call it a day. dah mkn2, minum2 lepas lelah dan refill tenaga, kami shoot ke PD pulak. Memang jalan2 sakan! Seronok tengok muka budak2 keseronokan. Ye lah.. jarang2 sangat jalan sakan macam ni. Papa sibuk! Malamnya, anak2 kepenatan dan tido sangat mudah. Sesekali masing2 seolah-olah mengambil giliran untuk mengganggu tidur aku; dengan igauan mereka! kejap2 ada yg ketawa, kejap2 merengek, kejap2 gaduh dsb. adoiiii lahh!! banyak kerenah betul diorang ni. sangat mencabar kewibawaan, kesabaran dan kewarasan akal aku tau.
Ahad, hari santai di rumah. Ziyad kena siapkan kerja sekolah. Papa kena ke studio menyiapkan mastering dan mixing dia. dan Ahad memang boring kalau takde ke mana-mana!
2 comments:
hambuih3x...ini memang betul2 jalan2 makan hangin...
seronok tengok wajah anak2 yg happy, kan? :)
peace with love..
hahaha... jarang2 dpt cuti sakan, Zai..
Post a Comment