Treble clef

beli Quran jom!

Followers (thanks!!)

I support breast feeding!

I support breast feeding!

Monday, August 3, 2009

perubahan yang kelihatan..

ziyad dah ok sket. kalau sebelum ni sejak ada zahin, dia asyik merengek dan mengamuk tak tentu pasal, sekaran dah kurang. masih juga lagi ada hanger yang patah (hanger lama, dah reput pun) bila dia buat hal. tapi terima kasih banyak pada rancangan Wanita Hari Ini yang mana memaparkan topik berkaitan anak2. professor itu amat membantu dalam hal aku mengurus kerenah anak setiap hari.

caranya? patut dah lama praktik. cume sejak ada zahin, aku macam lebih banyak perhatian pada si kecik. mungkin anak2 terasa diabai. dan ekspresi kekecewaan atau mungkin iri hati mereka dilepaskan dengan cara masing2, yang menambah stress aku dalam berhadapan dengan mereka.

dan dalam seminggu ni, aku dah banyak sabar. bila yad mengamuk, aku peluk dan redakan kemarahan dia. secara tak langsung, aku juga reda. sayu hati aku bila suatu ptg, sewaktu aku sedang sibuk dengan zahin, yad memandang aku dengan pandangan yang seolah penuh persoalan dan amarah. namun matanya menunjukkan kesayuan. bila selesai aku susukan zahin dan uruskan dia, aku tanya ziyad, kenapa pandang aku begitu. apa sebabnya dia mengamuk, memberontak. dan jawapan dia amat menusuk hati aku. aku jadi pilu.

"yad rindu mama.."

dan itu juga pencetus aku untuk jadi lebih terbuka dan lebih sabar dengan kerenah anak2. meski tekanannya amat tinggi, aku cuba. aku mau jadi ibu yang baik dan hebat pd pandangan anak2 aku. peduli pada tanggapan dan pandangan orang lain. keluarga aku lebih penting.

1 comment:

There was an error in this gadget

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Tudung-Online