Treble clef

beli Quran jom!

Followers (thanks!!)

I support breast feeding!

I support breast feeding!

Monday, June 15, 2009

siapa sangka, post ke 100 ku merupakan perkhabaran tentang hadirnya si kecil...

aku pun tak sangka jugak...

sebenarnya aku mengharapkan kelahiran kali ini secara normal.

setelah tiga kali di reject oleh hospital putrajaya (jgn pg sanalah, sombong dah diorang ni) aku dan suami gamble ke PPUM, jam 3 pagi Rabu 10 Jun.

setibanya di sana, tentunya ada sedikit 'habuan' dilempar. maklum, main redah je. mujur aku pernah bersalin di sini, maka aku ada rekod serba sedikit. TAPI, aku tidak direject. malah dilayan dengan baik dan mesra sekali. aku dapat nama manja di PPUM, diberi oleh para doktor yang menerima dan melayan aku. what is it? 'unbooked case patient'.

sepanjang rabu itu, aku dipantau. dan kemudian di masukkan ke wad anti natal. keesokan paginya, doktor yang memeriksa aku mengatakan yang aku perlu di bawa ke wad bersalin. force labour adalah keperluan, kerana aku sudah kekurangan air ketuban. (sebab ini telah aku beritahu dengan para doktor dan petugas di wad bersalin putrajaya, tapi diorang tak ambik port pun). bila aku beritahu doktor yang aku mahu normal delivery, they looked hesitated. well, maybe concern is the better word to be chosen. since aku ada history cesar sebelum ini (si darling la..sape lagi) dan jaraknya tidak terlalu jauh, diorang mencadangkan agar aku terus setuju untuk cesar sekali lagi. risikonya? telah diberitahu dengan jelas dan nyata oleh mereka. namun aku ingin berusaha juga secara normal. mak aku cakap,
pasrah pd tuhan hanya apabila kamu sudah berusaha sedaya upaya.
aku setuju. err..aku memang begitu kot. disebabkan keputusan aku itu, doktor mencadangkan agar aku diberi drip, masuk air agar memudahkan proses kelahiran. dengan harapan aku mampu dan kuat menghadapi kelahiran normal. dengan keyakinan juga yang aku boleh, atas sejarah dua kelahiran normal yang pertama. doktor kata, peratus kejayaan adalah 80%.

menjelang 9 pagi, Khamis, 11 Jun..aku di bawa ke wad bersalin. sempat aku telefon dan beritahu pada suami perkembangan terbaru ini. saat aku terbaring di katil wad bersalin, dipasang CTG untuk memantau pergerakan jantung janin, di pasang drip dan sebagainya, jam di dinding tepat menunjukkan pukul 9 pagi.

seorang demi seorang doktor (pelatih, tetap dan pakar) menjenguk aku. dari yang tempatan, berbangsa melayu, cina dan india, hinggalah ke antarabangsa, arab dan kaukasia (mat salleh).
sepuluh doktor yang masuk, sepuluh kali juga aku di tanya soalan yang sama.

12 tgh hari,

bukaan hanya 2cm. doktor bertanya samada aku masih mahu bertahan dengan keputusan aku. dan aku tegas.

bila kesakitan sudah mula kerap menjengah, doktor bertanyakan samada aku mahu epidural, ubat tahan sakit. aku refused. tak nak. besides, thrillnya nanti akan kurang bila mana kesakitan untuk melahirkan itu tak terasa dek kesan epidural itu. lagipun, kalau tak terasa sakit, mcm mana nak meneran?

menjelang 4 ptg, bukaan baru 3cm. ya allah, lambat betul. doktor bagi aku masa sampai pukul 7. untuk pantauan pergerakan bayi dan bukaan rahim.

6ptg, doktor pakar menjenguk. masa diberi hingga jam 10 malam. bukaan masih 3cm. sakit? demi Allah, tak tergambar dan tak terucap. aku cuma mampu menyebut namaNya. jam 7.30, aku kalah dengan kesakitan dan ubat tahan sakit diberi. namun, BUKAN epidural. anaesthetician, Doktor Azman memeriksa tulang belakang aku. dan menurut beliau, epidural terlalu kuat dan bahaya untuk aku yang pernah menjalani pembedahan tulang belakang. aku disuntik ubat tahan sakit yang aku lupa nak tanya namanya. namun hanya seketika berjaya membuat aku lupa akan kesakitan. jam 8.30 aku dikejutkan dengan sakit yang memuncak dan juga gerakan dari doktor. katanya keputusan CTG aku tidak memuaskan. risau dengan keadaan baby dalam kandungan yang semakin lemah pergerakan jantungnya, aku tiada pilihan lain selain emergency cesar. aku dipersiapkan untuk ke operation theater (o.t) dengan begitu pantas. doktor arab ni (doktor khaty namanya), siap dari pagi menunggu aku. dengan tangan lembut dan genggaman kemas, beliau memberitahu, "don't worry, i'll go with you". tersentuh? sangat2!!
borang kebenaran untuk dibedah aku tandatangan. disorong ke o.t dengan ditemani doktor khaty, doktor jega, doktor azman, doktor aida dan seorang lagi doktor yang aku lupa namanya.

sambil2 dipersiapkan, aku bersembang dalam separa sedar dengan doktor azman. untuk menyuntik ubat kebas pada tulang belakang aku (part of procedure), doktor membuat pemeriksaan rapi terakhir. beliau menyatakan, sekiranya aku terasa sakit dan prosedur ini tidak boleh dan tidak berjaya dilakukan, aku akan diberi bius sepenuhnya. bila segalanya nampak ok dan smooth, aku melihat perut aku di sapu apa benda ntah yang warna kuning tu, melalui lampu bilik bedah yang dihala ke perut aku. memandangkan aku masih ada kesan ubat tahan sakit dan masih dalam keadaan mengantuk ya amat, aku mamai2 melihat diri digodek. saat bayi dikeluarkan, dan tangisan kedengaran, aku cepat2 bertanya jantinanya. namun para doktor hanya menambah gusar dan golakan perasaan aku. 'nanti ya..nanti kita tunjuk kat ibu dia..' aku hanya mendengar tangisan anak dari atas katil bedah. seketika kemudian, anak ditunjukkan pada aku. diperlihatkan mukanya, sungguh comel dan aku sangkakan benar imbasan doktor; perempuan. kemudian bila ditunjukkan jantinanya, aku hampir terpekik; tak sangka. lelaki!!!
sungguh, aku lupa sakit yang melanda sejak pagi.

sampai di wad, setelah segalanya disediakan, buah hati baru disorong kpd aku. tak tergambar rasanya kegembiraan aku dan suami. disebabkan aku masih lemah dan sedated, anak dijaga sepenuhnya oleh para jururawat. sesekali dibawa pd aku untuk disusukan. namun, mungkin kesan sedatif juga ada pada anak aku, dia hanya tidur. aku hanya menitikkan susu padanya. maklum, susu awal yang kaya dengan kolostrum amat penting untuk bayi. namun aku amat bersyukur. meski begitu keadaannya, aku dan anak alhamdulillah, sihat.

kami dibenar pulang pada sabtu lepas. itupun aku cepat2 suruh suami urus apa yang patut. sebab anak sudah dikesan terlihat sedikit kuning. kesian dengan anak2 yang bertiga di rumah, aku menolak untuk baby diambil darah dan bertegas mahu pulang. dengan janji bahawa sekiranya melarat, aku akan segera kembali ke hospital. mujur, hingga hari ini, si kecil hensem ini (kot tak hensem pd orang lain pun, aku pedulik hapa..anak aku kan, hensem la pada mata aku..hehehe) segar, sihat, kemerahan dan aktif; menyusu dan melalak. Alhamdulillah!!!!


note: nak tahu kosnya? kelahiran secara pembedahan di PPUM? aku agak beruntung kerana suami adalah pegawai kerajaan. jadi, dengan surat jaminan, kos keseluruhan yang perlu kami bayar, adalah RM33.00. tak percaya? percayalah...

4 comments:

Ami said...

Drama habis..mmg drama.

¿n0die? said...

syabas betey! syabas!
*tepuk tgn sambil berdiri.

hoyyeaahhh tonyyyyyy ;p

Elsa Soraya Othman said...

besarnye sacrifice seorang ibu :D tahniah lagi sekali kak. psst, dia memang hensem. kecik kecik dah nampak muke chomel die :D

da dapat dua pasang skrg ek, complete & contended.

Unknown said...

Ami;
drama ekk? mengalaminya sendiri jek dah terasa menang award..kehkehkeh..



Nodie;
haih...tak abih lagi dgn tony..tak mau..tak mauuuuu!!! hehehehe


Elsa Soraya;
betul sue..hargailah ibu. at least pd pahit maung dia menghadapi maut masa nak beranakkan kita tu, kan..tak kisah la mcm mana sekalipun dia..sang ibu tetap yang terbaik untuk anak2. jgn dilupa..

hensem kan? aichehh..kembang kempis hidung akak nih..dua pasang dah, syukur sangat!!! tak sangka betul..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Tudung-Online