Treble clef

beli Quran jom!

Followers (thanks!!)

I support breast feeding!

I support breast feeding!

Monday, June 15, 2009

buah hati baru...


sungguh mengujakan...

sungguh juga mengejutkan...

selamat datang diucapkan kepada buah hati baru kami,

ZAHIN ERZA BIN ZAIRI

sepanjang proses kelahiran yang memakan masa 12 jam, aku dikejutkan dengan kelahiran hero, yang selama ini kujangkakan seorang heroin.

sungguh tidak disangka.

hilang sakit melawan maut selama 12 jam, apabila doktor menunjukkan si hensem ini. dalam pada mulut dan hidung aku masih dilitup oxigen mask, aku sempat tercungap menjerit seronok. Subhanallah...kuasaMu aku akui. linangan airmata menyambut si kecil. saat disorong keluar dari bilik bedah menuju ke wad, aku disambut dengan senyum lebar suami. keseronokan dan kebanggaan jelas terpancar pada wajah dan senyumnya. berseri-seri kelihatannya suami tercintaku. hadiah ulangtahun perkahwinan kami, agaknya. bukan dari kami sesama sendiri. tapi lebih bermakna, ianya dariNya untuk kami. saat menaipkan post ini juga aku tak putus digenangi airmata.

ayah aku cakap, "walau setinggi mana teknologi sekalipun, kuasa tuhan takkan dapat dilangkau walaupun seinci."

4 comments:

¿n0die? said...

yay pakwe!! :)

Ami said...

Selamat datang Zahin!
Tahniah akak dan abang!
Sy tumpang gembira dari sini.

eraerzarusli said...

hehe...nodie..nodie..

tq, Ami..bila nak jenguk akak ni? heh..

Nazzian Azhar said...

congrats babe! so cute la.. ada siket2 mcm muka baby aku lak..hehehe

There was an error in this gadget

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Tudung-Online