si manis lincah ini masih lagi 'little princess' ku. proses memahami keadaan yang dia sudah ada adik, dan bukan lagi si bongsu nampaknya berjalan baik. mungkin tidak selancar mana, tapi dia mula mengalah. sudah mula faham bahawa perhatian utama perlu diberi pada adik baru tatkala si adik dalam pangkuanku; menyusu. tidur malam juga lebih mudah. darling tidak lagi mendamba tangan aku spt dulu. sesekali sahaja, bila mengigau. dia sudah pandai menepuk-nepuk si adik, bilamana waktu tidur. "bb..shhh.." itulah kata2 dia, memujuk adik. bijak. sangat bijak. ada waktu tersentuh juga, bila melihat dia membawa diri. menyanyi-nyanyi sendiri di luar, menyepah-nyepah bekas makanan dan memanjat tangga. aku tahu, itu cuma sebahagian kerenah anak untuk menarik perhatian. dan perhatian aku bukan tidak tertarik padanya, cuma aku tidak endahkan sangat. aku tahu setiap gerak gerinya. itu juga adalah cara untuk aku memberi lenggok bahasa badan bahawa aku sibuk dengan adik dan dia perlu faham. tapi itu tidak bermaksud aku tidak melayan dia langsung. marah2, pasti ada. itu part of education. dan aku bersyukur, setakat ini semuanya baik.
anak lelaki sulung aku ini, sudah pandai membahasakan diri sebagai 'abang yad'. selalu bertanya pada aku, "ma, yad dah jadi abang, kan?". dan tiap pagi, dia akan mengadap si kecil. mencium-cium kepala baby, usik2 kening, mulut, pipi dsb. tersentuh? pastinya. cuma perlakuan dia itu aku perhati dari jauh. waktu aku sedang sarapan, atau mungkin sedang menyedia hidangan di atas meja makan.sekarang anak jantan ku yang seorang ini sedang dalam peralihan, mungkin. demam; on & off sejak aku balik dari hospital tempoh hari. sudah beberapa kali juga ke klinik. dan hari ini, akan ke klinik lagi. (gambar ini aku ambil secretly. ziyad tak perasan pun).
si kakak, orang yang paling rileks. ada juga demamnya tapi tak teruk mana. 2 hari juga ponteng sekolah. last monday, cikgu dia bgtau dia nangis kat sekolah. baru start schooling dah rindu mama dgn baby. hehehe...ye la kan..mama & baby balik ari sabtu, ari senin dalia dah sekolah. dua ari je dapat tgk baby fully. ni, gambar ni actually her 2nd attempt carrying Zahin. 1st time, around that time juga la, i was on the phone with my hubby and she suddenly appeared next to me with Zahin in her arms. nak tercampak telefon dibuatnya. terperanjat kejap. mementang adik tu kecik & ringan. tapi ciri2 seorang kakak dah nampak sangat pada dia. more responsible, alert and caring. aku bangga. bangga sangat dengan anak dara aku ni.
yang nyata, anak2 adalah nyawa aku. aku sayang mereka.
No comments:
Post a Comment