Treble clef

beli Quran jom!

Followers (thanks!!)

I support breast feeding!

I support breast feeding!

Saturday, June 27, 2009

rekaan semata-mata?

kata orang tua2, kalau masa mengandung minum susu atau soya bebanyak, anak akan jadi putih melepak. betul ke? masa aku mengandung, baik yang no 1 sampailah yang no 4 baru2 ni, mak mentua aku bising kalau aku makan kicap atau minum kopi bebanyak. aiseh, dah itu feveret aku. even makan kari pun mesti nak campur kicap? aaa?? tak sedap? gila ah...cuba try test tengok...sedap gila...kari dgn kicap, masak lemak dgn kicap, sardin dgn kicap, semuanya sedap belaka. kopi? just name it, baik 'o' atau susu, creamer atau susu skim, sedap sangat.

tengok anak2 aku yang keluar...samada mood aku masa ngandung suka minum soya, ataupun kopi, hasilnya tetap sama. sebenarnya, aku tak pernah suka minum soya masa aku ngandung. ada sekali dua aku minum, tapi bukan gila2 teguk 4, 5 karton. nak dapat 4 kotak 250ml seminggu pun susah. tak masuk beb. aku lebih suka kopi. pg mcd, kopi. pg DD pun kopi. pg kedai mamak pun kopi jugak aku mintak. abih camno? anak aku, elok yo kuar. takdo plak ghoman eh cam koling ko, hitam logam ko. elok2 yo lah kighonyo.

jadinya, tak botul la kan bondo2 nih semuo, kan? kicap pun, kalau nak diikutkan, dari kacang soya jugak, kan? takde la salah kalau makan kicap masa ngandung, kan? tapi sebenarnya apa yg org2 tua pesan tu, ada baiknya. mungkin dia tak nak kita baham kafein banyak sangat dalam kopi tu, kan. maksimum dalam satu hari, cuma 3 cawan kopi. itu untuk normal person. kalau addict, mau lebih 8 cawan. hehehehe...bab kicap tu..lantakkan je lah. mungkin org2 tua tak nak nanti kot dah suka sangat makan kicap, nanti lepas bersalin pun teringin juga kicap. tak boleh!! nanti luka jahitan lambat baik dan akan ada kesan hitam.

tapi benda yang betul2 kena kawal dan jaga masa mengandung ialah gula dan garam. why? sebab ia akan membahayakan nyawa. bukan saja nyawa kita, tp juga anak dalam kandungan. satu petua yang paling mujarab mak ayah aku bg yang aku terlupa nak ikut dan depa dok ingatkan kat aku masa aku dah bersalin si Zahin; minum ayaq nyioq (air kelapa) bebanyak masa masuk trimester ke tiga dan banyak lagi masa 2, 3 hari nak bersalin. sure baby senang keluar dan ibu dan anak akan sentiasa sihat. insya allah....

No comments:

There was an error in this gadget

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Tudung-Online