since a week ago..anak2 dan aku berganti-ganti demam.
now dalia dah 2 hari kebah..Alhamdulillah.
ziyad masih lemah, demam kuat. tak nak makan, tak ada selera. dah seminggu dia begitu. makan kena paksa. ubat lagi la...memang kena paksa. terkincit dalam seluar, almost everyday. muntah2 tiap kali makan, tak terkira. pg klinik, dah dua kali. petang ni, nak pg lagi. disebabkan dia lah, aku bentan. aku 'angkat' dia keluar, waktu dia muntah tatkala sedang duduk di sofa. aku tak mahu laki aku bising2 dan marah2 kalau yad muntahkan sofa, jadi aku yang dalam pantang beranak cesar ini (konon2 terasa kuat) terus angkat yad keluar tanpa banyak bunyi. sudahnya, padan muka aku.
now darling pulak dah menunjukkan tanda2 demam. walau tahap keaktifan dia tidak menurun, badan dia mula panas dan mata sudah nampak kuyunya. jangan la demam teruk..aku tak larat nanti dengan rengekan dia.
harapnya si kecil zahin takde apa2. berat ujianNya ni.
No comments:
Post a Comment