Treble clef

beli Quran jom!

Followers (thanks!!)

I support breast feeding!

I support breast feeding!

Thursday, June 18, 2009

malam buat perangai..

malam tadi, konon2 nak try test bersiar-siar dengan semua (di ulang, SEMUA) ahli keluarga aku. meaning, dgn aku yang baru tak sampai seminggu dalam pantang, hubby dan 4 org angkatan tentera berlainan pangkat.

aichehhh...

memula dah nampak ketidakbestan suasananya.

darling, soheh tak mau duduk belakang dgn kakak dan abang yad dia. terpaksa aku mengalah. aku duk belakang, bersama baby di pangkuan dan dalia. dengan harapan si darling akan diam di belakang juga. ziyad, jadi 'orang besar' duduk kat depan dengan papa dia. kembang kuncup agaknya hidung dia.

round2 (nenaon) kejap, dalia dah mula batuk2. kebetulan, sepanjang hari semalam dia demam. darling memang tak reti duk diam. 'pang' sekali kat pipi, meraung kejap, baru nak dok terkepit kat aku. then dalia cakap dia lapar. gi kedai mamak kat sect. 3. aku order roti naan. dalia makan nasi dengan papa. banyak juga dia makan, berselera nampaknya. ziyad yang nampak low. nak makan ayam bunyi2 tapi seakan takde selera. darling? uhhhh...bikin gerammmm jek. dok cicah2 naan aku dalam kari, tapi tak makan pun. hisap kari jek...rotinya tak makan. main2 la tu. 'pang' lagi sekali. aku plak bagi. bukan kuat pun..tp sebab sakit hati..mau dekat setengah jam tak abih melalak. geram..tersangat la geram. papa lak kenmain lagi rileknya. sabor betul nih. ajaib..ajaib.

dah siap makan, hangkut budak2 dalam kete. darling dah meraung2. papa gi bayar, bawak baby. time ni aku cubit2 si darling. sambil mulut membebel. sambung lagi nangis dia. papa duk pujuk2, ajak dok depan kat riba, dia tak mau. dok melekat kat bawah ketiak aku. tapi tak lama..lepas tol sg rasah, dia tertidur. baekkkk punya tido, sampai pagi.

dah sampai umah, ziyad plak. ntah apa kenanya. berak kat luar (sebab nak tunggu tutup pintu kete), tak mau kat dalam. dah setel, suh masuk tido, ngadu sakit telinga pulak. ada la sejam lebih kot dia tido, dekat kul 3 bangun, merengek mengada. tak abih lagi sakit telinga dia. dah pujuk bebaik pun, merempannya lain macam. 'pang' juga kena, dengan papa. dua tiga das, sampai meraung. papa bawak gi toilet, suh buang kahak. dah tuh, terus2an dia merengek, apa kes aku tak tau. aku tarik dia keluar, kul 3.30. aku 'pang' kan jugak sekali, bila aku tanya dia sebenarnya nak apa tapi tak di jawab. aku letak minyak kat telinga dia, aku korek, bersihkan. aku bagi dia minum susu coklat lagi. dah reda raung rengek dia, aku ajak masuk bilik tido. aku ingatkan dah setel dah. tak jugakkkkk! baru nak terlayang lepas susukan zahin, dia mula lagi. dok komplen sakit sangat telinga dia. papa cakap dia ngada2 je tuh. nak kat mama je sebenarnya. aku pun rasa mcm tu tapi aku diselubungi perasaan geram dan tandatanya. apa kes tetiba plak, kan? laju je mulut aku membebel 'korang ni bg tanda mama dah nak mati dah ke??!!' aku tengok papa, dia masih lagu tu, maintain rilek. aih...tu pun buat aku wondering jugak. tapi..dah sampai kul 6.30pagi, yad tak tido2, dok merengek jek..kena juga lagi dua, tiga das. this time papa dah tak tahan agaknya. melayang yad dibuatnya. ngantuk pun satu sebab jugak, kan...yang aku heran, bila kena 'pang' takde pulak dia komplen sakit telinga. kan memang sah ngada2 namanya tu. sudahnya, papa paksa dia tido kat sofa depan. aku dah bawak baby keluar. susukan, salin pempes. baby dah tido, dalia bangun nak kencing pulak. aku cakap kat dia, pi mandi terus lah. nak gi sekolah. aku siapkan dalia, mandikan dia, buatkan bekal dan sarapan dia. ikat rambut dia. dia rilek jek. yad dah terjaga. tetap merengek juga. dekat kul 7.30, dalia nak ambik kunci, nak bukak grill. tetiba yad marah, 'tepi la kak..kan yad kencing ni..' aik? bingkas aku rasa seluar dia. check sofa, tak basah..siot budak ni. dah alang2 basah seluar (kencing pun tak rasa, nampak sangat dah ngantuk gila...sapa tak geram???) aku suh dia pi mandi. papa uruskan. takde pulak marah2. aku yang tensi gila dgn budak ni. dah siap mandi dia dok menenggek depan aku. mintak simpati la konon. papa nak siap2 nak hantar dalia sekolah. darling dah bangun. cool jek dia. sengih2. aku suh ziyad pakai baju cepat2. tak pulak dia & darling sibuk nak ikut papa hantar kakak gi sekolah. dok babai2, canteeekkkk je. then aku tengok muka dia yang mandom tuh, aku rasa ada yang tak kena. aku rasa leher dia, rasa dahi dia. sah! demam. setakat kul 11.21pagi ni, dia dok terlepek tido. aku dah bagi ubat demam. takde pulak komplen sakit telinga. tu la, demam mintak sendiri. ntah apa kena budak berdua ni.

kadang2, aku sakit kepala fikir konsekuensi nya. petanda apa2 ke..aku yang tengah dalam nifas ni, banyak setan yang mengelilingi dan aku selalu mudah berada dalam keadaan marah. kuat la semangat hendaknya.

ujian kah??

3 comments:

¿n0die? said...

seram gile bace entry ni :(

Unknown said...

aisehhh...takde apapun...

'pang' tu bukan kuat pun...rilek ye..tarik nafas...hehehe

Unknown said...
This comment has been removed by the author.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Tudung-Online