Treble clef

beli Quran jom!

Followers (thanks!!)

I support breast feeding!

I support breast feeding!

Wednesday, December 31, 2008

New Year, New Beginning?

Selamat tahun baru, beb!!

bila tiba tahun baru, soalan lazim yang pasti ditanya, pastinya tentang azam baru, kan? macam dah takde soalan lain. semua orang pun, aku rasa memang nak berubah from bad to good. cumanya, bila dah selalu sangat azam tu tak menjadi, masing2 dah malas dah nak penat2 pecah kepala mereka azam tiap kali masuk tahun baru.

aku pun sama. tergolong juga dalam kelompok itu. cuma, sekarang dah berkeluarga, dan anak2 makin membesar dan bertambah, aku hanya fikirkan kebajikan mereka. tiap tahun juga begitu.

tapi 2009 ini permulaan cabaran baru. Dalia akan bersekolah! walaupun dia baru nak masuk 5 tahun, rasa berdebar-debar plak. cukup berdebar. Dalia relax je. penuh dengan keceriaan. cemana nanti dia sekolah ekk..? makan, minum. nak kencing, nak ok-okk. bleh ke dia survive nanti. cemana nak tinggalkan dia kat sekolah nanti? ok ke dia? tu yang buat aku berdebar tu.

aku call mak, tanya pasal kasut sekolah. mak cakap, apsal la nak berbagai-bagai (sambil ketawa). Dalia kan kecik lagi. baru 5 tahun, tadika je. pakai kasut raya pun boleh. haa..kan.. aku dah cakap juga dgn zairi, tak yah la pening kepala cari kasut sekolah. dia nak jugak. maklum, excited. takpe lah..anak pertama kan. mak pun ceria je bila dengar aku cerita macam mana excited nya kitorang gi beli barang2 sekolah Dalia. macam mana excited nya Dalia bila dapat semua peralatan sekolah dia. macam mana reaksi dan kerenah Dalia menggayakan semua barang2 sekolah dia bila kitorang dah sampai rumah.

sepanjang 6 minit setengah sembang dgn mak, kami ketawa je. aku cakap dgn mak, agaknya dulu pun mak mcm ni jugak, excited nak beli macam2 kelengkapan anak (aku la tu). mak ketawa. mak kata, rakam la dgn video cam. nanti ada juga benda nak di tengok, takde la rakam dalam ingatan je. masa ni aku ada sedikit sebak dan mata mula bergenang. nasib baik dalam fon, maka mak tak boleh nampak. aku macam terasa-rasa keexcitedan waktu itu. mungkin mak pun bergenang mata kot, dok mengenang kembali. yang nyata, aku seronok. aku excited.

dan sepanjang hari semalam, aku banyak perhati Dalia. 'anak dah besar. makin bijak, makin cantik, makin bertanggungjawab', getus hati aku. dan sepanjang malam tadi, aku tak lekang dari tersenyum dengan kerenah Dalia. bila dia lena, aku rasa macam tak puas nak kucup dia, nak peluk dia. agaknya, macam ni ke yang mak aku rasa dulu?


2 comments:

illya syaheera said...

Yaya leh survive nye!! mcm Yaya ni...
=D

eraerzarusli said...

ye la kot..as a mother, i do scared. tapi mengharap juga yang dia leh berdikari. risau, takkan tak risau..dari lahir depan mata sampai besar, tetiba nak kena tinggalkan dia kat satu tempat asing pulak..

but anyway, thanks!! hehehe..

There was an error in this gadget

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Tudung-Online