Treble clef

beli Quran jom!

Followers (thanks!!)

I support breast feeding!

I support breast feeding!

Tuesday, December 2, 2008

Dalam keadaan marah yang agak terkawal ini

note: aku sedang marah dan sedaya upaya mengawalnya, sekarang ini. and those who is related to my HUBBY, kindly be away..your feelings might get hurt. but kalau nak buat tauladan, nak perbaiki apa yang kurang, banyakkanlah sabar.


how can people say, 'once you married a man, you are married to his family too' ?

aku masih lagi dalam keadaan separuh sedar kot. aku paham bila org cakap pasal tanggungjawab isteri pd suami. seorang pompuan tu kalau dah kawin, no 1 ialah ALLAH, kedua suami, ketiga ibu dan bapa mertua, keempat baru mak bapak kita. itu bab tanggungjawab. aku dah paham..paham sangat2. mak ayah aku pun, awal2 lagi itulah yang diorang pesan. yang aku masih lagi tak paham ialah, bila org cakap 'ko dah kawen ngan dia, maknanya ko kawen jugak la dgn kuarga dia'..

ada yang bijak nak tolong ungkaikan persoalan ni?

kalau maksudnya, famili dia dah jadi famili aku, persoalan ini plak timbul..

- mak bapak dia, jadi mak bapak aku?
  • memang takkan sama dgn mak bapak sendiri kan? tapi aku tetap hormat, walau status menantu dgn mertua mmg hakikatnya takkan sama dgn title anak dan mak. kadang2 aku rasa lagi mesra plak dgn mertua berbanding mak ayah aku sendiri. apsal? nanti aku citer.
- adik beradik dia, jadi adik beradik aku?
  • heh..ini lagi satu. since aku kawen dgn anak sulong kuarga, makanya secara tak langsung aku menantu paling tua, walau adik ipar aku lagi tua dr aku. i don't mind la nak panggil akak ke, atau era je ke or apa2 ke as long as ianya panggilan yang sedap didengar dan nampak hormatnya, kan? setakat ni, hal tu takde masalah.
  • kalau adik dia jadi adik aku, maknanya aku bleh la tegur kalau ada yang tak kena, kan? tapi ni tak bleh laaaa....setakat tarik muka (walau aku tak tegur silap salah) aku leh buat do no jek, tapi kadang2 ada sikap agak 'kurang sopan' dgn aku, itu aku tak boleh terima. kalu adik aku, aku sembur je. abih, di mana adikmu, adikku jua ni diguna pakai?
ni aku nak citer sket pasal mak ayah aku.

diorang maybe not the perfect parents in the world but they are great/ awesome to me. they taught me a lot of things which i do not see it in either my friend's or in laws. of course la, they are MY parents, kan? others can't just barge in. though many of may parents 'behaviour' that i couldn't agree with but they are just perfect to me.

what are their behaviour that i couldn't agree in? (sikit je pun..)

  1. they seldom or should i say, rarely visit me (err..their grandchildren) or come to my house, even on weekends. what more to leave my children occasionally with them.
  2. i understand that they are working. but sometimes, having an arguments with my hubby regarding this matter is killing me. so, which side should i be? parents? hubby? i can't just agree with my hubby when the fact is i know my parents' situation, right? ntah, never tried pun. kalau tanya pun dgn mak, nanti dia cakap 'alah kak, ayah kan tak suka budak2 bising2. kakak bukan tak paham.' but angah said, he had once left his son at mum's and he told me it was all ok. what was my reaction? of course ada sedikit panassssssss.. why angah bleh, and aku tak bleh? sebab aku anak banyak? angah sorang je? or mungkin sebab anak angah tu waris direct ayah? penyambung legacy? and mine are not? kalau ikut sensitif hati aku nih, tuhan jek yang tahu what will happen.
  3. sejak aku kawen, ayah jarang gila nak sembang dgn aku. kalau aku pg umah dia pun, takde nak tegur2 atau apa. mcm aku ni orang asing pulak dlm rumah tu. kalau dgn angah, kenmain lagi. kalau ada zue (adik ipar aku) bleh pulak dia bertegur sapa. aku ada buat salah ke? menyampah dah ke dia dgn aku? kalau aku dah kawen, maka aku bukan anak dia lagi ke? nak je aku suh adik aku tanya dia. tapi kang..aku takut kalau aku pg umah ayah nanti, dia langsung tak nak pandang aku.itu mungkin ok lagi, tapi kalau sampai dgn anak2 aku pun dia tak nak tegur nanti, cemana? nampak mcm aku cemburu dgn adik2 aku kan? mungkin kot. ntah..salah sendiri kot.
  4. tapi, kalau aku sesak duit, they never turned me down. aku je yang malu nak mintak. but kalau keperluan tu besar (riban2) mmg aku mintak dgn diorang. since hutang dgn ayah masih ada lagi rm1200, mungkin sebab tu ayah tak nak sembang dgn aku kot.
mungkin ada byk lagi tapi aku tak nampak dah. yang listed cuma benda yang aku bebetul terasa jek.


adik-adik aku?

  • they are the best, i must say.
  • mendengar kata, rajin dan tak suka nyusahkan orang.
  • kawan2 aku semua puji adik2 aku.
  • they are pretty too.
  • understanding dan tak kurang ajar.
  • angah, sebab dia yang paling rapat dgn aku (jarak umo sethn je) maka dgn dia la paling tak ngam kot. but nowadays, dia la yang selalu tolong2 kakak dia, jenguk2 kakak dia nih kat umah. kalau aku nak balik dr umah mak, dan dia ada, dia tanpa banyak soal akan setuju je kalau kakak dia mintak hantarkan balik. kalau aku takde duit, sikit2 dia hulur jugak kat kakak dia nih.
  • nina, paling rajin. mmg dari kecik, dia paling rajin. paling diam dan paling suka buat hal sendiri. mak pun selalu harap dia balik hujung minggu untuk tolong kemas dan mop rumah. since aku dan angah dah kawen, dia kena take over urusan jaga adik2. and she did well.
  • kak chik plak, yang paling creative. tapi kadang2 ada blur jugak. suka memberontak juga dia nih. tapi pemberontakan yang tak nyata. dia simpan dalam. well, like me, sesket. aku penah tegur dia sekali dulu, sebab kunci pintu masa dia sembahyang kat bilik bawah (bilik tamu, which i use kalau aku bertandang umah mak) and my stuff were in that room. aku baru lepas mandikan anak2 aku and all the children things are locked, inside. tetiba aku hangin..(ye aa, nak solat je pun kunci pintu berbagai. kang anak2 aku terkencing bersepah kang, kan naya.) takde la marah ke apa ke, aku membebel je la, dgn nada agak tinggi. dia terasa kot, takde nak cakap2 dgn aku pastuh, sampai aku balik. tah dia ingat ke tak scene nih. pelupa pun ye jugak budak nih. but she's a nice kid. adik aku paling bijak.
  • edry. uhh..ni yang paling malas kot. heh, mak aku kata 'dia kan bongsu...'. manja lelebih. selalu la kena marah dgn nina dan kak chik. tak tau la kot penah kena tampar dgn ayah atau mak. atau mungkin kena seligi dgn angah. tapi, dia masih mendengar kata, walau mengambil masa (suh buat something kul 2, kul 2.30 baru buat. tu pun kalau dah naik suara). kalau aku kat umah mak, ada nina dgn kak chik, mmg riuh la dgr suara diorang marah2 adik. suh itu tak buat lagi, suh ini tak buat jugak. terhegeh-hegeh! nina pun dah jadi mcm mak, dah pandai bebelkan adik. kakchik pun kena jugak, kot..dan adik aku yg kecik tapi besor nih, sampai sekarang tak reti naik beskal lagi. bila nak blajo ntah. asyik main ps2 jek. tak pun layan dvd jek keje dia.
  • yang nyata, aku rasa la kitorang ada satu persamaan. mungkin edry tak termasuk lagi coz perasaan dia belum berevolusi. if we get angry, we tend to be quiet, instead of talking to each other. agaknya la..itu yang aku perasan. aku nak tanya la kat adik2 aku, what are good memories they have, with me?

my hubby?

well, he IS a nice person. kot tak, takde la aku kawen dgn dia, ye tak? tapi tipula kalau semuanya nice about him. takkan la aku takde marah sikit pun dgn dia atau apa2 pelakuan dia. pernah jugak aku suarakan kat sini, kan? but kalau semua yang remeh temeh pun nak cakap, itu namanya nak membuka pekung di dada. mak aku cakap, hal2 dlm kain takleh citer kat orang. so, aku takde la nak citer hal dalam kain. cuma hal yang berkait dgn perasaan yang sedikit sebanyak mengganggu emosi harian aku.

tadi aku sms laki aku, bgtau dia nak cari cleaner kemas rumah. dia cakap ok, tgk budget and inform dia dulu sebelum setuju. cari punya cari, survey punya survey, takde yang nak buat kat area kapar ni. aku pun bgtau la dia. dia pun kata 'apa nak buat, dah tak diterima.' then aku sms adik ipar aku, asking whether my other adik ipar and their girl cousin (currently here, cuti sekolah) would like to come over and help me this saturday with laundry (lipat kain) while i do other chores. asked her to come along too, so that she can help me to look after my children while i'm spring cleaning since she may have to bring her child too. then she replied, 'sabtu ni kan ada kenduri kat umah seblah ni. jeri tak bgtau ke?' so i said 'oh sorry, yong lupa. ada jeri bgtau. takpelah. yong kelupaan' something like that lah. i cc'd my hubby the same sms and then my hubby called, asking about the answer from his sis. i told him what she said and do you know what my hubby replied? 'dah tu, nak buat mcm mana. sori lah, pa tak boleh nak tolong mama.'

tak boleh nak tolong????
  • dah berpuluh kali aku suh dia ckp dgn aci cleaner uitm tu, yang selalu dia panggil nak cuci studio tu dtg, tlg AKU kemas2 umah, tak jugak dia ckp dgn aci tuh. dia plak buat conclusion sendiri; takut aci tak larat lah, apa lah. aku bukan nak suh aci tu buat semua, aku mintak dia tolong aku.
  • statement tak logik!! cuti la sehari dua, TOLONG aku kemas2 umah, tak boleh? tak..dia tak betah kat umah. anak2 bising. rimas. dok studio bleh plak, buat recording sampai 2, 3 pagi. kang aku tegur kang, dia kata nak cari duit lebih. tu keje. mmg laaaa...aku paham la tu keje. umah kena jaga jugak, kan? ni kan rumah dia juga..anak2, bukan anak2 dia? cuti banyak lagi, ada lebih 10 hari lagi. bukan leh carry fwd pon. sayang sangat dgn cuti dia. sayang sgt dgn keje dan bisnes dia. memang..ma paham semua tu untuk kitorang juga. tapi jgn la pandang material je. dok sibuk nafkah zahir je, batin cemana? bukan la mintak nafkah batin tu, nak puaskan nafsu je. hati dan perasaan kena jaga juga., itu pun kategori batin juga. suh buat housewarming, panggil org baca doa selamat, tak juga buat2. alasan? tak cukup duit. kalau takde niat nya, cemana nak dtg duitnya? tu la kalau balik rumah, selalu la nak marah2. cuba kira, dalam seminggu, brp kali balik rumah dgn perasaan ceria? yang negatif selalu tak ingat..yang positif je selalu tersemat dalam kepala tu.
  • aku ada buat flyers, nak cari pembantu rumah sambilan, bayar ikut jam kerja. mungkin ada makcik2 atau akak2 area rumah murah kawasan aku ni yang nak cari side income. mungkin itu satu kerja yang mudah. tapi flyers tu dok terpenyek dlm drawer aku. setuju, dia setuju. tapi suh iklankan, tak buat.
  • duit gaji/ bisnes dia, aku suh asingkan bulan2. bagi aku sket, untuk simpanan anak2, untuk contingency moment. dah lama aku mintak, tak juga buat2. kadang2 ada lah bagi. tapi tak dan sampai bulan depannya, dah mintak. aku tak suka dia meminjam dgn mak abah dia, atau nak suh aku pinjam dgn mak ayah aku. dia kalau dapat duit, tak reti nak trace berapa perbelanjaan dia. nanti bila sampai aku mintak, nak beli brg dapur ke, apa ke, baru tersedar duit dah takde. dia kalau dpt big pymnt, he'll spend big. mmg kadang2 aku ambik kesempatan, ajak gi belanja brg dapur sampai 3, 4 ratus. tapi ada pekdahnya, kan? by the time dia dah takde duit, takde la anak2 pun sampai takde susu, takde pempes nak guna, kan? kadang2 aku malas nak bising. sebab aku rasa aku takde hak. itu duit dia, kan..aku tak keje. tapi bila fikir2 balik, yang eventually ianya akan nyusahkan aku dan anak2, aku kena juga bising. tp kalau nak bising dgn benda yang sama berulangkali, fed up juga, kan???
  • aku suka sorok2 duit. mana yang aku dapat, baki dari belanja brg dapur atau baki dari yang aku pinjam dari adik aku (tp adik aku tak penah mintak balik, selalu halalkan je) aku suka simpan. sikit2, aku buat modal beli brooch. bila ada hasil rm100++, pada aku sangat bermakna. pada dia, 100++ tu mcm 1000++. kalau aku ajak pg beli brg dapur kang, dia kata pakai duit mama ke? kalau aku cakap pakai duit dia, dia suh bayar duit minyak. kang nak makan kang, suh aku jugak belanja. tu la aku cakap, duit seratus aku, dia anggap macam seribu. duit dia sepuluh ribu, seribu pun susah nak bagi kat aku. aku selalu pikir pasal dia, sebab tu aku suka sorok2 duit. supaya at least, kalau dia takde duit tol atau duit minyak atau mungkin duit belanja makan time keje, aku leh bagi sikit2. tapi aku selalu rasa yang dia tak ingat kat aku bila dapat duit. aku dah byk kali cakap, dpt duit 1st sekali, bg kat kuarga laaa...then baru pikir pasal lain2. bila dia dpt pymnt, dia selalu jugak la pg bayar zakat. itu aku suka tapi yang tak syoknya, dia mcm lupa pada kuarga. aku rasa lebih afdhal kalau duit dia tu, darpd 300 gi bayar zakat, bg mak dia 100, bagi aku 50, dan anak2 50 sorang lagi besar pahala kot. utamakan keluarga la dulu, kan? tak bagi mak aku takpe lah..mak aku tu berkerja. dia tak mintak duit anak2 dia. dia tau anak2 dia cemana.
  • kalau pa baca nih, ma mintak maaf ye kalau pa terasa hati. ma kena luahkan juga. ma rasa ada kekurangan pada surrounding kita. bab zakat tu, bab doa selamat pd rumah kita, pa timbang2 lah. ma bukan takut ada gangguan jin ke setan ke kat umah ni, tapi ma nak keberkatan dalam rumahtangga kita. tu yang paling utama. kalau boleh, ma nak buat bacaan Yaasin yang kasturi anjurkan tu kat umah kita. tu pun tanda kita bersyukur juga kan? syukur pd tuhan sebab bagi peluang kita duduk rumah sendiri..dapat besarkan anak2 depan mata kepala sendiri, dalam laman kita sendiri. ma bukan nak lepas marah pada papa, tp ma nak keselesaan hati mama. ini je caranya; luahan rasa.

adik2 ipar?

malas rasanya nak cakap. bukan tak pernah terasa hati, selalu. rasa kurang dihormati, selalu. aku bukan nak ungkit but bantuan yang diberi pun, selalu. bukan nak mintak balasan but selalu di buat tak tahu. aku tak reti tau nak mintak2 ni, sebab aku bukan begitu. and my background bukan dari yang suka mintak2. but bila sometimes aku hint2, asking for favours or other sort of help, macam2 alasan aku terima. at least, do it for the sake of their bro yang dah banyak tolong diorang la, kan? untuk abg diorang yang sanggup bertekak dgn bapak sendiri, backing adik. untuk abg diorang yang dah banyak bg segala macam perkakas rumah (walau 2nd hand) pd adik, sampai rumah dia nampak complete, walhal rumah kitorang plak mcm tak siap, masih lagi duk bilik bawah, bersempit lima beranak. ahhh..kalau cerita, bikin tensi!!
pinjam tag nabil;

lu pikir la sendiri!!!

2 comments:

Eireen Camelia said...

jangan terasa ok kakak... tp baik kakchik ckp ape benda yg ptt ckp drpd kakak tak tau kan.. bkan semua salah kakak, tp ada la satu dua yg ayah mak tak senang..

1. jarang lawat kakak. setau kakchik, lawat angah boleh kata sekali, atau lngsung takpenah. ayah ngan mak penah ckp kt kakchik, nnt ble kawen takpayah jenguk mak ayah selalu. kdg2 diorg ade ckp jgk kt kakchik diorg nk gi holiday tp tanak bwk kakchik sbb nk privacy.

tp kakchik tak terasa pun.

why?

sbb diorg sgt mahukan PRIVACY. diorg nak usia tua ni kalau bleh bedua-duaan aje. so ur not alone. dgn kakchik pun die ckp cmtu. so its not a big thing fr me.

2. psl anak die tnggl kt umah, tu kakchik tak igt. tp mngkin sbb anak die tu sorang, so tak penat menjaganya.

penat tak semstinya tak suke, kakak.

yela, klu kakak perasan ada 1, 2 part yg mak tegur psl anak2 kakak.. i think u shud take it seriously a bit. kdg2 yad suka sgt jerit, lps tu non stop eating, n sumtimes nangis aje selalu.. bnda2 mcm ni merimaskan mak ayah. lpas ni jgn lak tak dtg umah haha. kakak kena phm kakchik kena ckp jugak klu tak smpai bile pun kakak tak fhm kenapa mak ayah cmtu.

especially psl makan2. mak sbnrnye klu bleh nak kakak suapkan anak2 makan like she did to all of us till we're 7 yrs old kan?

n kdg2 kan kak, akak dtg lewat mlm sgt. bkan tak boleh, tp yela bdk2 kecik kan mmg bising, ramai pulak tu.

n ada skali tu kakchik igt, masa tu dah lewat mlm tp abg zairi ngan anak2 kakak still tekan2 piano.

can u understand what i mean?

ssh nk ckp benda ni dgn cara elok without hurting ur feelings but kakchik kena ckp. bnda2 kecik cmni, eventho KECIK, bt lama2 boleh jd besar.

nk tau why angah always 'terselamat'?

cuz dia sgt jarang bwk eirfan dtg umah. SANGAT JARANG. bleh kata sebulan skali. sbb tu, apa2 behaviour kak zue ke, eirfan ke, angah ke yg kurang disenangi, kdg2 bleh telupa cmtu je.

kakchik still ingat kak zue kdg2 dtg umah mak tak masak air. mak pulak yg kena buatkan air. mknenye, ble dtg jgn la ingat diri tu tetamu. tak boleh. emak tak pnah wat cmtu kat pulau. this is all bout common sense.

3. psl hutang, haha tak tau la pulak kan. tp rasanya ayah pnah sembang kt sapa eh, lupe plak. dia ckp 'anak, tak kira la lelaki ke perempuan, kalau PINJAM duit kat emak dia akan ganti. tp kalau PINJAM kat ayah, kita anggap jela kita bagi dia. jgn harap apa2 ganti.'

kakchik pun agak terasa. tp bila realize its true. i think it serves me right. ble kakchik pnjam duit mak kakchik sedaya upaya ganti. tp ayah, hehehe.. harapan la.

ni kakak jgn sensitif k.. tp kakchik igt psl bnda ni. psl pnjam memnjam duit, ada skali tu masa kakak still hutang dgn mak or ayah, tp leh afford bli new hp. mak agak terasa sikit.

pada mak, dia tak kempunan pun dkt duit anak2. cuma dia nak anak2 train dri masing2 utk sedaya upaya beri mak ayah duit. klu nk ikutkan die lagi kaya dr kte semua (haha betul ape!), tp sbb die nk kita semua pupuk rasa tnggjwb dlm diri.

ok bout bad things da setel. now good things.. igt mak ayah tak ckp ke good things inside kakak?

1. kakak dilahirkan as org yg kuat. sbb tu byk dugaan. sbb Allah tau kakak boleh handle. and tak mati pun handle dugaan2 ni.

2. kakak ape pun bleh buat, especially apa2 in English and nak buat komplen psl company tu ini. kenapa tak refer angah? well, angah punye english not as good as you.

3. kakak bornly paling bijak. sbb mak pnah ckp masa kakak umur kecik lagi da pandai nyanyi kt pagar sorg2 lagu ape tah. tp mak still igt.

4. kakak nasib baik dpt husbang mcm abg zairi. abg zairi org yg gigih. ayah dlu takut kot2 kakak dpt kt org yg salah. tp skarang ayah ckp ayah syukur, kakak jumpa org mcm abg zairi yg sungguh2 cari makan. baik buruk habit lain cerita. tp yg penting abg zairi ada plan ttg future dia. ayah sndri ckp dia takkan bg kakak kawen klu tak jmpe yg terbaik.

and believe me, abg zairi ialah yg terbaik utk kakak.

why?

sbb ayah yg pilih.

and yes indeed, ur the most emotional person among us all. HAHA.

kalau ikutkan kakak describe psl ktorg adik bradik, kakchik lgsung tak puas hati dgn kakak describe yg lg sorg tu.

eventho its true, tp bg kakchik itu satu pembohongan besar. ada udang di sebalik mee.

actlly semua org describe bnda yg sama psl dia bt kakchik je tau buruknya dia. hina. terhina.

klu kakak nak tau smpai skang kakchik tanak pegang pun dia. bersentuhan dgn dia buat kakchik rasa jijik. raya pun kakchik tak salam dia. kakchik taknak.

but dia sgt baik. mmg baik. tp ntah. kakchik benci jugak.

mmg kakchik rebel. mak ayah pun maybe label kakchik kurang ajar or rebel, tak macam dia. TAPI ATLEAST kakchik jujur. tak menipu. tak memalukan mak bapak. kakchik pemalas, yes MEMANG. sbb kakchik buat bnda tu bila ikut keikhlasan. bkan buat bnda baik semata2 nak tutup bnda buruk.

tapi kakchik rileks je kak. tak emo2 pun. kakchik tau Tuhan tu syg kakchik. die bg dugaan camni, biar kakchik sedar. ikutkan sbnrnye, sbb tula kakchik takde bf. taknak pun sbnrnye. bleh kata rasa rimas, jijik. kdg2 pikir tanak kahwin pun ada. nak dktkan dri dgn Allah je. tp yela umur br 17 nak pikir ke situ. mana boleh kan? haha.

whatever it is, luv u...

Unknown said...

chik, nak cerita buruk baik adik2, kakak tak suka. bukan kakak tak tau apa dia buat (u told me) but i'm trying to give her a chance to stand anew. ingat kakak tak risau ke dia duduk jejauh tu tak buat apa2? dia mmg rajin, itu hakikat but kakak tak cakap kak chik malas, kan? kalau ikutkan, masa dok umah dulu, kakak pun malas juga. kakak lebih suka keje sampai lewat malam je. maybe dia rajin sebab nak tutup rasa bersalah dia pada 'rumah' tu. dia takut pada bayang2 dia sendiri. biar aje. one day, let's hope, she'll realize.

kakak tak terasa pun. kakak mmg emo..ha ha..

kakak pun tau la chik anak2 kakak mmg havoc. but then, malam je masa yang ada untuk pg umah mak. kalau ikut hati, mmg malas nak pg umah mak dgn budak2 ni. kakak tau ayah mak rimas. kakak pun rimas tau tak..

suapkan? u see it for yourself la..how stubborn he is. dalia ok lagi..kat umah ni ntah apa jadah perkataan tah keluar kakak marahkan dia (of course i didn't mean any of it). sampai hujung jalan sana pun leh dgr suara kakak jeit pekik kat dia. tension..tau. kot kakak ngadu pd abg zairi, dia akan terus plak belasah budak tu bila balik keje. tu yang malas tu. kita ngadu nak tenangkan hati, dia balik bikin aku susah hati lagi.

hutang ayah..mmg nak bayar. selalu kakak ingatkan abang zairi, jgn lupa hutang ayah tu. tu pun bab yang kakak geram juga dgn dia. kalau pinjam dr mak abah dia, segera dia bayar balik. kalau dr mak ayah kita, lama betul amik masa. kang cakap kang..terasa, gaduh plak. beli hp baru tu, pakai credit card dia. tp selang few days pastuh, kan kakak bayar hutang mak...ye la..kakak paham. kalau kakak dlm situasi tu pun, kakak terasa juga. sama juga dgn adik abg zairi la. takde duit, mintak pinjam..ada duit sikit, tukar sport rim keta baru la..beli meja makan la. hutang mintak tangguh2 plak. sudahnya, abg zairi ko halalkan je. bukan nak ngungkit, tp geram. so, mintak maaf dgn mak ye. bgtau ayah, duit dia kakak mesti bayar balik. kakak pinjam, bukan mintak.

bout good things? no comment. can't really read them coz tears filling my eyes..

salah ke kakak emosi? kakak rasa terasing la..kakak rasa kosong, sepi, jauh dari civilisation. faham tak? can u feel what i felt here? i used to be so up to date, dressed up and now? kain batik only beb..segalanya berubah mendadak dlm hidup kakak. i feel down, unmotivated. i want to start my mandarin class, since last year. now december already, still takde apa2. dah takde rasa lagi dah..tau tak..tu la, beranak je keje. remember what mak said masa open house aritu? yang dia kata patutnya dia pun ada more children than what she has now? kakak rasa dia cuma nak jaga hati kakak. dia tak nak kakak terasa dia akan samakan kakak dgn mak lang atau pak itam yang byk anak bersepah tapi perangai ntah apa2 ntah. maybe mak tak nak doakan kakak yang bukan2, that's why dia cakap camtu. honestly, kakak juga rasa malu. from city girl, jadi org klang yang beranak setahun satu. sapa kakak nak salahkan? pd sapa kakak nak ngadu?

dah, tak nak beratkan kepala budak kecik cam kak chik nih. hehe..

apa2 pun, i do love u too..u are more mature that u look..jgn kembang dan perasan plak! ngehhhhh!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Tudung-Online