Treble clef

beli Quran jom!

Followers (thanks!!)

I support breast feeding!

I support breast feeding!

Wednesday, December 3, 2008

respon pada "dalam keadaan marah yang agak terkawal"

adik aku respon, kenmain panjangnya. aku pun dah respon balik kat dia. luah perasaan lagi. bila adik aku respon secara detail cenggitu, aku rasa terharu. aku tak marah pun, terasa pun tidak. sebab apa? sebab apa yang dia bgtau tu betul belaka. cemana aku nak buat ekk? bab anak2 aku bising2, laki aku dok ting-tong piano dah tgh2 malam, anak jantan aku yang paling sibuk, asyik nak makan dan suka buat hal? mungkin satu je caranya..aku datang umah mak dgn budak2 sekejap je. one hour je kot, sekadar melawat. takpe..aku korbankan rasa boring aku dok terperap kat umah ni. rela, aku rela. daripada buat mak ayah aku gila babi tak selesa. secara tak langsung, aku juga tak membebankan laki aku nanti, nak ngantor, ngambik kitorang. kalau dia ada recording, aku dok umah je lah dgn budak2. kot ada jamming pun, aku rela dok umah jugak. aku akan cuba! takpe, biar aku makan hati..aku kan kuat..esok aku minum milo banyak2. biar senang nak berak!

pernah tgk rancangan 'surviving motherhood'? kat astro discovery home and health? memula aku tgk sebab nak ambik teladan, pastuh sumpah aku tak nak tgk lagi. diorang (western laa..) komplen susah jadi mak, jadi surirumah. kepala bapak dia susah. bleh kuar2, lepak2 dgn kawan2 minum kopi sambil bawak anak2 jenjalan, camtu tak leh survive? laki belikan keta sebijik, lengkap dgn car seat untuk anak yang canggih. umah selesa, ada bilik khas untuk laundry, bilik khas untuk baby (standard la, mat salleh). cenggitu pun diorang leh komplen lagi? sangat tidak bersyukur, kan? aku benci. siap nangis2 la, ngadu ketidakselesaan. meh sini datang umah aku, layan anak2 aku dgn umah aku yang tak berapa nak besor dan lengkap ni. tgk leh tahan tak sehari? kot sejam je dah nak lari? benci betul aku laaaa...

berbalik pada respon posting aku semalam...

adik aku tu ada jugak bgtau good things to be known by me. aku replied 'no comment' sebab aku dah terlalu syahdu. mmg airmata aku mengalir deras. aku rindu saat2 itu. saat2 di mana artikel aku kuar paper, ayah bgtau 'td ayah ada terbaca dlm paper la kak, mcm kakak punya artikel la..' 'ha? ye ke? dah kuar? ayah beli tak paper nya?' 'takde pulak ayah beli, ayah baca masa makan kat kedai tadi..' chehhh..walau begitu, aku seronok. ayah tau apa kelebihan aku dan dia sentiasa sokong aku. dulu la. tak tau la pulak cemana perasaan dia bila lepaskan aku kawen dulu, kan?
ayah, kalau la kakak dapat tau apa sebenarnya dlm hati ayah, ttg kakak..

mak? dia selalu cakap direct je dgn aku. walau muka aku akan berubah, aku tetap terima. dulu pun aku bukan banyak sangat luang masa sembang dgn mak. banyak masa aku habiskan dengan berkerja. lepas itm dulu, aku keje cybercafe, 10pg 10mlm, pastuh ada era shoppe plak kat alam sentral, pun sampai 10mlm. dah tuh, aku ikut ayah kulu kilir jd kontraktor plak. takde la jadi real kontraktor but rasa juga la turn naik tangga parking lot klia tuh, time ayah buat kontrak landscape kat sana. rasa juga turun naik uitm, pejabat pendidikan negeri, beli dan hantar tender. aku jugak rajin beb, berniaga. aku mmg otak bisnes. mungkin ayah setuju kot dgn aku bab ni. aku very enthusiastic bila berniaga. aku pernah berniaga kat sabak bernam, kuala selangor, jual mutiara sabah. pastuh dah habis semua stok mutiara dijual aku nganggur. then ada kekosongan kat jabatan pertanian, aku gi interview. lama gak aku tunggu, tak dapat2 jawapan. aku apply ambank jugak, memandangkan dah banyak duit dan beras mak bapak aku habiskan kat umah. tu belum kira duit minyak kete lagi..uhhh...ampunilah anak mu ini mak ayah..dua minggu lepas tu aku apply ambank, aku diterima. dua hari lepas tu plak, dpt surat jabatan pertanian, pun diterima. tapi jabatan pertanian, gaji kerani starting 600, ambank 950, baik aku ambik ambank. sudahnya, ambank la tpt aku. mak ayah tak tau pun kot aku diterima kat jabatan pertanian tu. jauh siot, kalau aku accept tah cemana nak support duit minyak ulang alik kl-shah alam dgn gaji 600 tu? kena plak kang aku nyewa area situ. malas!! aku tak suka dok nyewa2 nih..tak selesa.

respon laki aku? dia baca semalam, sebab mmg dr semalam aku mandom. bila dia balik, aku dah siap posting dan dia ternampak tab blogger nih kat pc. mungkin dia dah saspek aku tulis blog. dia tak banyak sangat cakap dgn aku la..sebab aku malas nak cakap kot. semalam dia balik, peluk aku, cakap lebih kurang aku gi dapur. dia online (bc blog aku la tu) pastuh dia off pc. masuk bilik, tido kejap. katanya kul nam karang nak pg pasar, beli lauk. aku diam je, tak cakap apa2. kul nam aku mandikan budak2, sesambil masak nasik. si kecik plak, tak dan bukak baju, dah menonong masuk bilik air. hangin betul aku! bila aku bising2, membebel, laki aku bangun. time tu dah kul 6.30ptg. siap anak2 aku mandi, siap aku maghrib tp lom mandi lagi, laki aku balik. bawak ayam, ikan tongkol, ikan kembung dan sebagainya. aku tidokan si kecik, sambil layan detective conan, sementara laki aku cuci ayam, ikan semua. kecik dah tido, aku punya turn plak masak. laki aku gi mandi, solat maghrib dekat kul 8. mlm tadi aku yang memang terer masak ni, masak nasi kuning (resipi mak mertua) dgn sambal ikan tongkol dan ayam goreng. laki aku kata..'ma, sedap.' aku angguk je.

pagi ni, aku tgh sibuk basuh pinggan, laki aku peluk aku lagi. dia kata, 'semalam ma marah betul dgn papa, dalam blog..' aku jawab, 'takde lah marah, geram je'. tapi semua takat tu je. kalau dulu, dia akan cuba buat mcm2, nak tenangkan aku. sekarang dah takde dah. asal dia tgk aku dah reda, dia pun buat mcm biasa. aku? malas nak cakap dah..emosi sorang2 lah..

hari ni, aku malas nak masak, mood illek.

laki aku sms kata nak makan pizza. ok lah, walaupun aku dah jemu dgn pizza.
tgk la nanti, kot ada selera aku, makanlah. takde, aku makan roti je lah.


*************************************************************************

No comments:

There was an error in this gadget

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Tudung-Online