Treble clef

beli Quran jom!

Followers (thanks!!)

I support breast feeding!

I support breast feeding!

Friday, December 12, 2008

panggilan Illahi

lebih kurang pukul 3 pagi tadi, Zul (kawan aku masa sekolah dulu) bagi sms.

bunyi lebih kurang begini:-

dukacita dimaklumkan bahawa ibu saya telah meninggal dunia di Mekah jam 7.08pm, Al-Fatihah...
aku terkejut jap. ye lah, arwahnya aku tak kenal sangat. sebab dia mmg cenggitu. masa sekolah dulu, aku dgn zul kira rapat jugak la. selalu jugak la calling2 tanya keje sekolah la, aktiviti koku la mcm2 je lagi lah. ada sekali tu aku call, arwahnya ni angkat. intro lebih kurang, aku cakap nak cakap dgn zul, mak dia replied:

"kenapa nak cakap dgn zul?"
"aaa? saya kawan sekolah dia, ada hal nak bincang."
"kawan sekolah? perempuan?"

aku dah sedikit hangin.

"ye la makcik. zul ada ke?"
"awak ni tak malu ke nak bercakap dengan budak lelaki?"

aik? aku dah macam nak marah...tapi tahan, sebab dia org tua.

"makcik, saya nak bincang hal sekolah je dgn zul. dia ada tak?"
"tak payah. tak malu budak perempuan nak berkawan-kawan dengan budak lelaki?"
"la, mak cik..kalau tak nak bagi zul berkawan dgn budak perempuan, jgn la hantar dia ke sekolah campur. masukkan sekolah budak lelaki je la, kan senang!" aku dah start nak ngamuk.
"eh..kurang ajar betul la budak ni!"
"aih..suka2 je cakap orang kurang ajar. dah lah!"

aku terus letak. bengang gila. pastuh, mampus aku malas nak call zul lagi. dia nak apa2, dia call aku.

zul pun paham mak dia cenggitu. takde la dia suh aku call lagi.

agak2, mak dia ingat ke insiden tu? dah bebesor nih, rasa bersalah plak tinggi suara dgn org tua cenggitu. tapi, masa raya dulu (ada la sekali aku pg umah zul, sebab dia buat openhouse) aku dah mintak mahap dah. mak dia tak kenal aku pun. err..bunyi cam nak sedapkan ati sendiri je, kan? hopefully mak dia takde simpan dendam la. aku pun tak tergerak nak tanya zul, mak dia ingat ke insiden tu..?

apapun, takziah untuk zul sekeluarga. he can be considered as one of my good friend. he married one of my good friend also (satu kelas beb). bila aku call zila (wife zul, classmate kami gak) tadi, dia masih lagi dalam sedu tangis. ye la..mak mertua beb. aku pun tak dapat nak tahan tangis. sebak juga. tapi aku comfortkan zila. aku bgtau dia, meninggal di sana satu kebahagiaan untuk si mati. lagipun, zila cakap, mmg mak zul tu dah wish nak hembuskan nafas di sana. Alhamdulillah la..permintaan arwah dikabulkan. yang pergi, tetap pergi. doakan sahaja. untuk zul dan zila, be strong. sekali lagi, Al-Fatihah........semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya..Amin.




**************************************************************************

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Tudung-Online