Treble clef

beli Quran jom!

Followers (thanks!!)

I support breast feeding!

I support breast feeding!

Friday, September 5, 2008

sembang malam

malam tadi, lepas anak2 semua aku dah tidokan, aku sembang2 dengan laki aku sambil nonton tv. citer apa ntah aku pun tak hengat..dah kul 2.30am beb, mana nak ingat..mata pun dah malu-malu je nak terbukak luas. dok sembang2, dari cerita pasal aktiviti anak2 tetiba terkeluar cerita masa memula laki aku datang umah mak aku...

"jeng..jeng...jeng.................."

takde la 18sx maupun 18pl. otak kotor korang nih!! teruk!!

"ma, agaknya dulu kalau ma jumpa pa masa pa student lagi mesti ma tak nak kat papa, kan?"

"uik? apsal?"

"ye laa..papa dulu selekeh je..mama kan suka org yang kemas dan macho.."

"uhh..pompuan mana tak suka lelaki yang nampak kemas dan macho?"

perbualan terhenti..

"ma, masa pa memula nak datang umah mak dulu, apa la agaknya ma bagitau ayah, ek?"

"bgtau ayah? pasal papa nak datang bekfest?" laki aku angguk kepala.

"perghh...!! nak terkeluar segala macam isi perut di buatnya, tau..."

memang pun..

aku kenal laki aku secara tak sengaja. dia bekerja sbg pembantu teknik radio di UiTM (UFM 93.6fm). aku selalu jugak la jadik caller kat stesen nih. dan secara otomatik jadi pemanggil setia ruangan yang dikendali oleh satu dj nih. and one day, niat aku memang nak call dj yang aku kenal nih...

"alo romi..nak mintak lagu short skirt long jacket bleh?" aku main sergah jek..

lalu jawab suara di hujung talian, "err..salah orang ni. saya bukan romi, dia off hari ni."

oooppppssss!! sib baik dalam tepon. kot tak sure dia dapat tgk muka aku yang terkemaluan nih..

"op..sorry" kataku sambil kontrol keayuan suara..

dan dari situ bermula lah detik perkenalan...kitorang pun set date yang pertama; malam tu jugak. habis jek waktu keje (aku masa tu masih lagi bekerja di AmBank, Seksyen 16; skang dah pindah ke seksyen 15) kul 5.30 ptg, aku cepat2 tepon teksi.

"alo..aaa kemuncak awal. tlg antar teksi ke ambank 16, nak ke seksyen 9. tq.."

sampai je kat umah..aku rileks jap..ambik nafas, main2 jap dgn adik aku yang bongsu (masa tu dia br 5 thn, skrg dah 11 thn), gi mandi, maghrib dan terus siap tunggu dgn penuh kedebaran panggilan telepon dr dia...

trutt!! henpon aku bunyik.."hi..i dah dekat concorde ni, jap lagi i sampai."

"aa..okeh. i tunggu kat luar.." end call.

"mak, kakak pg dulu!"

"pegi mana pulak?" mak aku tanya.

"la, td kakak da cakap. nak kuar jap, gi makan." padahal aku takde cakap pon kat mak aku..

"ntah bila ko cakap ntah (kan aku dah kata!)..haa..balik cepat!"

aku pon bergegas ke luar. anxious gila babi!!! ye la..tak penah jumpa. dok bayang cemana la rupa dia..time ni teringat aku citer Ibu Mertuaku. time sarimah dok delay2 nak jumpa p. ramlee.. dapat bayangkan scene tersebut? keh keh keh...

agak2 dalam 5 minit aku tunggu kat luar, satu kereta wira sedan 1.6 berenti depan aku.

"Hi..Era?" aku angguk..

"jom..dah bole pegi?" dia tanya..

"ok.." pendek jek balasan aku..

dalam kereta aku nampak tag nama dia 'Zairi bin Zahar, assistant engineer'

'fuhhhh!! biar betul!!' getus aku.

"so..nak pegi mana ye?" soalnya

"eh, mana2 je lah. tak payah jejauh. dekat2 pon ok.." aku cakap.

"ok..kita gi kafe 13, ekk?"

aku setuju...sampai sana order lebih kurang, sembang2 dan after 1 hour, kitorang pon nak gerak balik. almaklum, first date kan..takkan nak lepak sampai pagi pulak.

tapi terus terang aku cakap, aku takde perasaan langsung kat dia masa tuh. tak suka tidak, suka pon tidak. nyampah tidak, jatuh hati pon tidak. kosong!!

but then date kitorang tidak berakhir di situ..esoknya date lagi, dia ambik aku balik keje. heh..jimat duit teksi aku, kan? lusa pon date lagi dan tulatnya (sunday) tu bermula lah kegabrahan hati aku.

tanpa ada rasa cinta, aku terima dia ni dalam hati aku. mungkin sebab dia baik dan takde melampaui batas dalam berkawan dgn aku. then aku cakap dgn dia, berani tak nak jumpa mak ayah aku ahad nanti..dia setuju. huih..kerek jugak kan? balik keje ari sabtu, aku bgtau mak aku yang kawan aku nak datang jumpa mak ayah.

mak aku tanya, "kawan apa pulak?" aku cakap, "kawan laaa...mak bgtau ayah ekk..?"

"laki ke pompuan?" mak aku tanya lagi, buat2 bengong.

"mak, kalau pompuan buat apa nak jupa dengan mak ayah pulak?"

mak aku sengih ada makna..(tak percaya agaknya, anak sulung dia yang debab ni ada matair)

that sunday morning (aku tak ingat tarikhnya) aku menanti dgn penuh gelabah. around 9a.m (laki aku ni mmg punctual orangnya) dia sampai. mak ayah aku baru balik jogging. bila aku nampak kelibat kereta dia kat luar rumah, aku terus bgtau mak aku.

"mak, dia dah sampai. panggil la ayah.." aku sound mak aku yg tgh sibuk buat cekodok spesel dia.

"lah..panggillah sendiri!" mak aku kata...ah, sudah!! mak tak bgtau ayah ke??

"yah..kawan kakak datang tu, nak jumpa ayah?"

"apehal pulak? ada apa? kawan mana pulak ni?" aduh!! ayah..ayah!!

"ala..kawan kakak laa...pegi la tgk.." mak cakap dgn senyum2 kambing.
(mak ni teruk aa..sama jek dgn ayah. buat2 tak tahu, buat2 gelabahkan aku!)

aku bagi lampu hijau kat dia, suh masuk.

bila aku nampak jek dia, hati aku luluh sekejap.

'hek enna..sempoi sangat pulak mamat ni. nak jumpa mak ayah aku, kemas la sikit. t-shirt dgn seluar trek jek. pakai selipar lak tuh' aku mula nak hantuk kepala kat dinding.

aku tengok bapak aku macam ok jek. salam..ajak masuk.

mak aku bagi satu kritikan pedas ala-ala Roslan Aziz dalam Malaysian Idol.

"macam koling!" mak aku cakap dgn loghat Mandahiling (mandailing) dia.

"emak...!! tak baik tau.." aku protes..

"apsal kakak ni cari keturunan jugak ni.." mak aku cakap sambil senyum2 bangga. ye la..keturunan dia la tuh..(tuk nyang aku dari India, tp mak aku putih mcm cina).

aku pun dgn penuh hati-hati, gi hantar cekodok untuk ayah aku dan si dia. aku dengar diorang dah mula nak sembang. 'macam baeekkk je nih' dlm hati ku bersuara.

tiba-tiba ayah aku bersuara...,

"kakak..ambik sos cili kat dapur!!"

uik? sos cili? bergegar umah aku (walaupun lantai marble, hehehe) dgn larian anak ku ke dapur mengambil sos cili yang di minta. sampai kat depan ayah nampak macam menahan ketawa jek.

dah setel bekfest, si dia pun berlalu kembali ke ofis (radio UiTM). aku dok ruang tamu dgn mak. ayah masuk, kunci pintu depan dan terus ketawa bila nampak kitorang (aku dgn mak la, sape lagi..adik2 aku? semua membuta, blom bangun).

"ada ke mintak sos. selamba betul!" ayah aku cakap. aku dgn mak pon sambut dgn ketawa jugak. lawak siot. aku ingat ayah nak marah sebab ajak kawan lelaki datang umah. tapi nampaknya kali ini berbeza.

(aku pernah di ugut untuk di tembak oleh ayah aku kalau aku bawak kawan lelaki balik umah)

seminggu lepas pertemuan dgn mak ayah aku, si dia bawa aku gi umah adik dia. dinner together, kira macam double date la (adik dia pompuan, masa tu dah dua thn kawen dan tua 2 tahun dari aku). disebabkan husband dia orang kelantan, jadi lauk malam tu adalah tomyam dan telur dadar. ada juga sambal belacan. sebab nak jaga hati, aku (masa tu panggil adik dia kakak, maklum aku muda dari dia) makan je la, tapi sikit. bila di tanya kenapa sikit je, aku jawab dah kenyang. tapi yang sebenarnya aku tak makan tom yam. hehehehe..sampai sekarang agaknya dia tak tahu aku tak makan tom yam. (ina, yong tak makan tom yam tau...;)

the next day, si dia ajak aku dinner dgn mak bapak dia pulak. perghh!! segalanya berlaku dengan begitu pantas dan lancar sekali, kan? mesti ada yang tak percaya. (both of our parents tak tahu yang kitorang baru jek berkawan). masa makan dgn mak abah dia, aku jadi macam kenpius sket. banyak siott lauk atas meja. bukannya ramai guest pon. aku sorang jek. family dia pon cuma berenam, termasuk menantu. takpelah, rezeki. tapi aku memang bukan jenis yang makan lauk banyak2. aku jenis yang makan satu jenis lauk je pd satu2 masa dan aku tidak pandai meratah lauk; aku tidak di ajar begitu. makanya, aku makan ala kadar jek lah. selesai makan, biasalah. dah tentu ada sembang2 dan tetiba mak dia tanya satu soalan maut....;

"jadi, dah kenal ni, bila nak kahwin?"


ehh!! aku jadi terpinga-pinga bodoh, lalu menjawab "takkan saya pulak. dia la.." sambil memuncung ke arah si dia yang tersenyum-senyum ala-ala seronok tapi mengada-ngada.

"elok lah cepat-cepat," kata mak dia lagi. aku cuma tersenyum kelat, terkulat-kulat.

pendek cerita (aku pun dah penat nak cerita), the next month, famili dia datang merisik, 3 bulan kemudian (oktober 2002) kami di tunangkan dan 31/05/2003 di masjid (aku lupa namanya) seksyen 16, Shah Alam;

"aku nikahkan akan dikau Zairi Bin Zahar dengan Eranee bt Rusli dengan mas kahwin 80 ringgit, tunai."

"aku terima nikah Eranee bt Rusli dengan mas kahwin 80 ringgit, tunai."


sekali lafaz! aku sah menjadi isteri si dia, sehingga ke hari ini dan di kurnia 3 cahaya mata comel2 dan bijak bestari!!


*************************************

3 comments:

manusia terlantar said...

Bagus cerita ni.. Macam cerita akak aku. Kenal kejap je terus khawin.

Bab yang paling best bila part abah ngan mak kamu balik jogging. Wahh! Part lain2 biasa je.

Haha..

Unknown said...

hahahaha....

begitulah rutin ibu bapak ku...

ko bila plak gorb? jemput tau...

manusia terlantar said...

Aku ? haih. Tunggu je la . Mungkin anak ko pun dah masuk U masuk tu. Haha.

Zaman sekarang sangat susah mahu cari pompuan baik. Lelaki pun sama.

Sangat susah. Tsk!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Tudung-Online