Treble clef

beli Quran jom!

Followers (thanks!!)

I support breast feeding!

I support breast feeding!

Sunday, September 21, 2008

Kelmarin, semalam dan mungkin hari ini..

kelmarin

aku agak kegelabahan. sebab apa? keesokannya bday dalia. dan disebabkan buat kat umah mentua aku, gelabah jadi double!! apsal? biasa laaaa...umah mentua beb. segala macam plan aku buat. nak beli itu, ini, apa nak prepare. budak2 nak pakai baju apa. apa nak bawak. urrghhh!! leh migraine!!

semalam

ingatkan nak keluar awal sikit. tapi BAPAK budak2 ni lak bangun lambat. takpe..kitorang get ready je.. tapi, dekat2 kul 12 tgh hari baru keluar. papa kata takleh lama, kul 3 nak pg SACC, nak get ready untuk NITRUS punya show kul 4. muka aku? mandom gila!! dok dalam keta jek. pg antar bj dalia jap kat bkt kapar to be altered, singgah kejap kat tesco beli kek, kul 2.30 balik. budak2? macam orang gila, sebab sekejap je jenjalan. aku dah pesan dah, keluar la pagi sket. spend masa berhemah. plan journey. tapi tak nak ambik port. tau la bz..aduih..aku tatau apa nak cakap. tambah migrain kepala aku. nak marah2 kang, laki aku. tak cakap kang, dia sound aku lak..apsal tak cakap. sudahnya? diam jek la.

dalam kul 6, papa balik. budak2 baru bangun tido. memain jap kat luar. pa kata kul 6.40 leh pg umah mami. dia masuk bilik, katanya nak babam kejap. kul 6.15 aku suh bebudak mandi. sesambil aku gorengkan nugget untuk diorang, aku mandikan. kul 6.40 bebudak dah siap. pa lom bgn lagi. aku suh bebudak makan, dekat kul 7 br papa bangun. dan2 tu jugak hp dia bunyik, 'umah mami' tertera on screen. sudahnya...siap sederas mungkin, terus cabutssssss..

hari ni

konon2 nak ajak pg beli barang kat Tesco Setia Alam yang baru bukak tuh. semlm dah cakap dgn papa, nak ganti balik waktu jenjalan yang sekejap sangat semalam. lepas sahur, semua tido. siap terlepas Subuh. qadak time zuhur. ziyad pepagi dah kena marah. nakal siot budak ni. degil dan tak nak dengar kata. menjelang kul 12, pa bangun. budak2 dah lama siap mandi. dah siap sarapan pagi. dah pun minum susu. aku tgh online, cari peluang income baru. Ziyad buat hal lagi. disebabkan papa dah bangun, ziyad kena pelangkung! aku dah kata, diorang dua memang tak ngam. sebelum teruk, aku tangkap dulu yad. tp dlm pujuk2 dan selamatkan dia dr kena hentam, aku cubit2 juga. geram!! tak lama pastuh, ziyad tersengguk. bila aku tegur, dia dtg kat aku, mintak masukkan dalam buai. papa dia herdik. nangis lagi yad.. sudahnya, aku dukung la dia, masukkan dalam buai. dlm 15 minit, yad tido. setengah jam pastu dia bangun. sekejap gila!!
papa dah siap mandi. aku ingat nak ajak gi tesco dah ni, sekali dia cakap nak gi studio. buat mixing. aku? mandom la lagi!! geram, sakit hati, marah semua ada! aku bukan nak ajak gi tesco tu nak jenjalan ke hapa ke..aku nak beli barang dapur. nak beli beras, susu anak, puting botol anak. urggh!!! bukan nak cuci mata ke, nak jumpa kenkawan ke, sanak sdara ke! aku tau dia ada keje, tp yang buat aku marah gila, tak tau nak budget masa! tadi sblm keluar pa kata kot mlm ni leh pg, sebab budak nak recording blom bg kata putus, jd ke tak. pastu tadi pa call, mlm ni konpom ada recording kul 9.30. aku? takde la marah sangat, sebab masa dia cakap tadi pun, aku dah agak yang dia mesti akan ada recording. sudahnya, aku sms je la apa barang nak beli. suh dia beli sendiri. harapan aku dah punah dah. dan aku sudah hilang mood. dia mesti dapat detect aku suda takde mood sebab bila dia call, aku mcm layan tak layan je. aku malas nak cakap. hanya apa yg perlu je. sepuluh patah dia bunyi, dekat 2 patah je aku reply. aku malas dah nak banyak cakap. bila aku cakap kang, dia kata dia keje, nak cari duit untuk keluarga. itu aku paham laaa...sebab tu aku selalu terasa nak cakap kat dia:-

'kadang2 ma rasa, pa susah nak luangkan masa dgn kitorang sebab kitorang tak datangkan income apa2 pd papa..nyusahkan je ada..'

bukan tak pernah luahkan, tapi lebih baik pendam. sebab kalau aku luah, sakit hati aku jd bertambah. dan aku akan bertambah marah. kalau aku marah? kebarangkalian aku untuk meninggi suara amatlah besar. aku tak nak kumpul dosa dengan suami. tp kadang2 aku terfikir juga, mana keistimewaan aku sebagai isteri? memang aku sayang dia, dia laki aku. dan aku tau dia sayang aku sebab aku bini dia, mak kpd 3 org anak2 dia. tapi sebagai manusia biasa, aku pun ada hati dan perasaan juga. aku tau dia sibuk bekerja. aku tau dia penat bekerja. aku juga penat jadi surirumah sepenuh masa. aku diminta memahami dia, sebab dia suami aku. aku dok tunggang langgang kat umah dgn anak2 dan mcm2 lagi, sape nak memahami aku? budak2 buat hal 24/7, aku cuma ngadu 1/24 je. sekadar nak lepas rasa. sebab aku tak nak nyesakkan hati, kepala dan perasaan dia. tidak fahamkah aku dgn situasi dia? aku cuba sedaya upaya tak nak memarah anak kalau dia ada dirumah, sebab tak nak dia sakit kepala dan buat alasan nak ke opis sebab rimas nak dok umah. itupun aku dikira tak memahami dia ke? aku tak mintak emas permata, barang hadiah memahal gila. aku nak masa..masa untuk diluangkan bersama dan masa untuk dihargai sebagai manusia yang bergelar isteri dan mama. itu je!!


kesimpulannya; hari ni mood aku sangatlah mandom!!

4 comments:

manusia terlantar said...

errr... tak tahu nak komen pe.. Hal rumah tangga.. aku pun takda tangga lagi .. apatah lagi rumah.. Sabar je la.. Isteri yang bersabar ni tuhan tunjuk hikmahnya..

Ur husband band NITRUS???

DAmm!! Im really love their song! Serius! kim salam kat dia.. huhu.. (Dia main ape ek? gitar? voc?)

eraerzarusli said...

aku hari2 sabar beb. kalau tak dah lama aku lari2 anak bersama anak2.
*sambil tarik nafas panjang2*

uhhh..bukan laa..husband aku cuma sound engineer untuk NITRUS. dan bebudak Nitrus tu pun dah mcm sedara mara jek. laki aku ngam aa dgn diorang semua, but aku rapat dgn bassist dia je..yang lenlain tak close sangat. keh keh keh..

minat diorang ekk? gi sacc mall, sepanjang Ramadhan ni kul 5.30pm - 7pm. leh jumpa diorang..

Eireen Camelia said...

err kak, nitrus tu sape kak? adehhh

eraerzarusli said...

aduh!!! tak tau chik? dengar fly fm, selalu ada lagu diorang.
tu laaaa...layan lagu2 luar jek, lagu tempatan di anaktirikan..kih kih kih..
pg search kat facebook, ada page diorang, leh dengar lagu sekali.

There was an error in this gadget

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Tudung-Online