Semakin hampir hari raya, rasa makin celaru pulak. time ni lah teringat semua yang pernah kita buat masa muda2 dulu. cemana sambut raya dengan famili. sibuk sana, sibuk sini. malam raya gi Kompleks PKNS, cari baju ke, tudung ke, handbag ke..kan? paling syok mestila time sembahyang raya. teringat dulu pg satu famili ke Masjid Negeri tu. sekarang dah kawen, boleh mengenang je la. agaknya, cenggini kot mak ayah rasa masa baru bina keluarga dulu.
Raya tahun ni, kalau ikut turn, sebelah mertua aku. tp diorang balik sabah pulak, makanya aku di shah alam je, sbb mak ayah aku bermastautin di bandaraya itu. bila jiran2 aku tanya, 'raya balik mana?' aku akan jawab, 'takde mana. shah alam dgn kapar je.' sambil senyum sempoi campur kelat. sempoi sebab takde payah nak bersiap-siap nak packing ke apa ke. pakai baju raya siap2, pagi raya di rumah aku, lepas solat dan bermaafan dgn suami, baru kami pergi umah mak atau mami. dah tuh, tgk lah..ikut la kemana mak atau mami nak pg. habis2 pun, balik kg ayah di pulau indah dan kalau mood ayah baik, dapat balik kg mak di slim river. kalau belah mami pulak, since famili dia masih di sabah, paling kuat pun pg umah sepupu dia di banting dan mungkin balik kg abah di rantau, n9. kemudian? selebihnya dah tentu dok melepak je kat umah sambil layan tv yang sibuk menayangkan banyak cerita2 best sempena raya. my neighbourhood? tak ramai yang stay around. mostly balik kampung. rasa macam dah jadi tanggungjawab pulak dok tengok2 kan rumah jenjiran. lagipun, tetiap kali raya, LAKI AKU KEJE! ngehhh!! bukan la keje mende pun sampai takleh nak balik beraya. cuma kerja dia sebagai pembantu teknik Radio UiTM memerlukan dia sentiasa ada untuk memastikan kesinambungan dan kelancaran siaran radio tu. DJ? sumpah tak dak! kalau org lain mungkin hangin gak kot. tapi mungkin sebab aku memang orang bandar, jadi takde terasa sangat la nak feeling2 dan syahdu2 time raya. raya pun memang takde nak sibuk2 ke mana-mana. seminggu lepas raya, baru aku tuntut dgn laki aku, untuk spend masa sepenuhnya, beraya umah sedara mara atau jiran tetangga. ye laa..time ni la laki aku plak nak cuti2 malaysia, kan? dah tentu minggu pertama raya tu org lain sibuk bersuka ria beraya tak ingat dunia, laki aku gak kena standby, kot2 radio out ke, kena lightning ke apa ke..tapi itu pun banyak yang tak paham. bila laki aku claim o.t time raya, ada je yang bunyik. nak je flying kick mulut yang macam *tuuuuttt** tu. takpe, nak raya ni..tak baik memarah..heheheh..
ok..nak buat apa2 yang patut. esok pepagi, laki aku nak gi antar adik ipar aku gi airport. nak balik sabah. pak mentua aku tersilap booking ticket. depa dah pg pagi tadi, adik ipar aku tertinggal, abah salah booking date. abah..abah..esok malam lak, plannya konon2 laki aku nak buat barbeque. kawan baik aku zul dan zila nak datang antar kuih yang aku pesan, leh lelepak sambil sembang2. malam ni laki aku last buat show kat sacc mall, ada Nabil raja lawak. esok? hmm..nak gi ikea, nak gi beli barang2 dapur, nak beli daging, ayam dan sebagainya untuk raya nanti. raya masak apa? hmm..cadangnya nak buat kari daging, rendang ayam dan nasi minyak. kalau rajin, nak buat roti jala jugak. phew!! best kan?
selamat hari raya semua!
maaf zahir batin!
No comments:
Post a Comment