Treble clef

beli Quran jom!

Followers (thanks!!)

I support breast feeding!

I support breast feeding!

Monday, May 18, 2009

minggu yang penuh mendebarkan...

Ahad, 10 Mei..

balik dari PD semalamnya, darling tiba2 demam. mula2 hanya 37.4 darjah celcius, menjelang zuhur naik ke 38.6 pulak. lepas solat, kami bergegas ke shah alam, menuju ke klinik panel papa. kami ke seksyen 3, klinik tutup, ke seksyen 2 tutup juga, ke seksyen 23, pun tutup. aih...sudahnya kami hanya ke farmasi, beli panadol syrup dan cool fever. mujur darling kuat. dia cepat kebah. dan dia takde merengek sepanjang perjalanan, mahupun sewaktu pergi atau pun balik.

Isnin, Selasa, Rabu, berikutnya...

nampaknya semua ok. cuma aku..mujur anak2 tak ada banyak ragam. darling pun dah cergas berlari..err, dia demam ke tak demam ke, memang lincah. berebut basikal (walau tak pandai lagi main beskal tuh), panjat2 tempat sidai kain aku, ke hulu ke hilir, keluar masuk rumah...tak boleh duduk diam.

Khamis, 4 pagi.

papa kejutkan aku. katanya dalia demam kuat. aku bingkas. tak mahu peristiwa itu berulang lagi. kejutkan dalia, bagi dia makan panadol syrup, lap badan dia dengan kain basah dan biar dia tidur. lepas subuh, check lagi dalia. masih panas tapi tak kuat sangat. aku sms cikgu dia, bgtau dalia demam dan tak dpt dtg sekolah. aku check dalili, ok. check ziyad..ahh sudahhh..dia pun mula dedar. bila yad bangun around 8am, badan dia makin panas. aku bagi juga panadol syrup tu. bila semua dah bangun, kami bersiap. aku panggil maid datang untuk kemas2 dan lap2 umah mana yang patut. then keluar jap gi sarapan. tinggal maid tu kat umah (dia adalah maid yang sama aku panggil since 2 mths ago, for almost every week). lepas sarapan, balik. demam anak2 dah reda. but after lunch (dalia cuma makan capatti; itupun tak abih..maid dah balik), aku bagi juga panadol tu. just in case, coz papa keje. put them to sleep, aku buat keje umah. petang, around 3pm, dalia meracau dalam tidur. yad pulak merengek-rengek. aik? aku check diorang. OMG! panas nya...i woke them up. biar dalili tido lagi, she was ok. aku suh dalia ngan yad bukak baju, seluar. tinggal seluar dalam je. aku lap seluruh badan diorang. bagi diorang minum air banyak. btw, panadol tu dah abih. aku pecahkan panadol dewasa, larutkan dalam air. paksa juga diorang minum. dalia muntah. yad selamba. at 4pm, aku bg sms kat papa, suh balik, urgent. anak2 demam sangat kuat. yad dah tak boleh bukak mata. both of them reached almost 40 degress. aku sangat risau. tak berhenti lapkan badan diorang dengan kain basah. around that time juga, terima sms dari nodie. mau datang katanya. aku cepat2 reply, suh dia kenselkan niatnya coz my children demam kuat. luckily she understood. dia kirim jek thru my hubby. heh..aku suh dia kejar my hubby yang still kat uitm..thanks nodie!! papa sampai umah, bagi aku kiriman ekspress nodie. aku ngadap jap. then aku siapkan anak2. nak ke klinik. sampai ke klinik, tutup pulak. sebab nak maghrib. kitorang shoot ke uitm jap, solat maghrib di Pusat Islam. lepas solat yad kata nak kencing. haih...kat pusat islam tu, toilet nya kat bawah. last2 papa bawak ke tepi longkang je. aku baru keluar. tgk je dua lelaki dalam hidup aku tu kat tepi longkang, aku dah terdetik, 'basah seluar yad ni kang..' dan tepat sangkaan aku. yad tak sempat cangkung dengan betul dan segalanya terlepas...mujur aku memang ada sediakan baju spare budak2 ni dalam kereta. dan mujur juga papa bawak matrix, bukan juara (coz bj spare aku sediakan dalam matrix je, juara kereta kerja papa). dah selesai urus ziyad, kami pi makan sat. since kfc kat sect 2 tu baru bukak dan besar bagak pulak tu..anak2 memang takkan buat pilihan lain, sure kfc. aku order nasi ayam set, sepinggan. kongsi 4 beranak. yad makan boleh tahan. tapi ada riak tidak selesa. dalia makan cuma 3 suap nasi, dan melantak whipped potato (fav. dia!) dalili, makan apa saja. papa, makan ayam. dan aku suapkan juga nasi, occasionally. cepat2 makan, gi klinik baharudin. yad masih tinggi suhu badannya, doktor siap bagi ubat anal. dengan syarat jgn campur dgn ubat makan (means, kalau dah makan ubat demam, jgn sumbat lagi ubat bontot, nanti overdose). dah selesai, kami ke petronas dekat area tesco xtra dan stadium tu. papa beli air, aku bagi budak2 makan ubat. aku suh diorang berehat. pa pg beli sandwich DD (dunkin donuts). selesai papa makan, dalia kata nak berak pulak. aku baru nak gi beli iced latte. pa suh aku gi beli air dulu. then baru urskan dalia. mujur semuanya setel smoothly.

pusing2 kejap. saja ambik angin. anak2 kejap je dah lena. mungkin sebab ubat. sampai rumah, setting tempat tido, angkut anak2 & lena!

Jumaat, 15 Mei...

dalia masih tidak bersekolah. bangun, aku bagi susu. dalam masih dedar tu, diorang main basikal jugak. then aku ajak mandi. lepas tu pa ajak sarapan. lately memang banyak makan luar. aku tak larat dah. aku dah terasa sedikit lain. tak tau knp. lepas sarapan aku bagi anak2 makan ubat. makin reda demam diorang. cuma yad masih kuyu mata dia. mungkin kesan demam kuat semalamnya. menjelang kul 11, aku dah terasa sakit. berkerut-kerut aku menahan. papa urut2 perut aku. masih tak reda. aku ajak papa ke klinik. papa kata ok. aku uruskan anak2 kejap. nak itu nak ini. papa kata tinggalkan anak2 rumah mami. dalam menahan sakit, aku buatkan capatti dan bologna utk anak2. dah itu depa mintak. aku siapkan juga baju2 dan bekal susu untuk diorang di rumah wan nya nanti. sungguh, aku benar2 terasa sakit. dan2 tu jugak, papa pun pening kepala. mungkin sebab cuaca sekarang, bapak panas! lepas mandi, papa terlena kejap. aku plak gi mandi (2nd time, panas beb). budak2 tgh tgk tv. papa dah bgtau diorang, nak pg umah wan sebab mama nak gi klinik. diorang tak banyak cakap. once in the car, aku cium2 diorang. berbekalkan capatti dan bologna di tangan, they left me at home and off to their grandma's (papa's side). aku di rumah, bersiap apa yang patut. papa call, tanya aku cemana. aku cakap sakit on off. pa nak gi solat jumaat dulu, aku kata ok. aku rehat lagi. dengan mata pedih dan perut kencang menegang. lepas jumaat, pa hangkut semua beg yang aku dah sediakan untuk aku dan baby di hospital. kami ke Soraya, tutup pulak. doktor tak ada. berfikir seketika. aku tak nak terus ke hospital, sebab tak nak di tahan. maklum, anak2 ada 3 yang menanti. aku risau. tapi, sebab takde pilihan lain, kami shoot juga ke putrajaya. check punya check, bukaan sudah 1 cm. namun tidak membolehkan aku ditahan. aku ditanya samada nak stay atau balik. pantas aku cakap aku nak balik. selesai, aku ajak papa gi makan jap..aku lapar. papa call mami, bgtau keadaan dan kemudian kami ke OU. hajat nak cari sedikit lagi barang keperluan baby yg belum lengkap. tp kemudian mami call, bgtau yang anak2 aku kembali demam kuat. jantung berdegup tak menentu. mami kata dah bagi ubat adani. aku lupa bekalkan ubat diorang. huh..apa la..bengang juga dengan diri sendiri. lepas maghrib, terus ke rumah mami. sampai je, dalia terus tanya 'baby dah keluar ke?'..pertanyaan dia buat aku yang bergerak macam siput ni ketawa kecil. papa jawab, belum lagi. dah ambil anak2, kami balik. aku bagi diorang makan ubat dan kemudian tidur. aku mmg keletihan dan sungguh senak.

sabtu..

tak banyak cerita. breakfast, pg umah mami kejap hanta pulut kuning dan puding (anniversary mami). yad sibuk nak tinggal dgn wan. lantak. kami gi pusing2 tgk airport subang yang belum siap sgt dan pg lunch. dalia tak nak makan sangat. then back to mami's ambik yad. lepas zohor papa tido kejap dgn anak2. kemudian off ke office. 2 kali aku masak bubur, hangus! bodoh..bodoh sangat rasanya. ntah knp, fikiran melayang dan tak menentu. tu yang sampai hangus tu. last2 aku masakkan papa bubur dengan periuk nasi elektrik. tp jadi nasi lembik. papa balik, solat maghrib dan masak lauk. dia 'sekolahkan' aku kejap dan kemudian peluk aku dgn kasih sayang. sebab tu agaknya aku sewel. aku perlukan dia.. dah makan, aku bagi anak2 makan ubat. sebab aku keletihan, aku masuk tidur awal. aku dan lili lena dalam kul 10.30pm. yad ngan yaya layan terminator dgn papa. ntah pukul berapa diorang masuk tido, aku pun tak tau.

Ahad..

since mami ajak dtg lunch (sempena anniversary dia dan kebetulan ada kakak ipar abah dan anak2 mau dtg bertandang), kami agak relax. aku buat simple breakfast utk anak2. kebetulan org sebelah pulangkan bekas, bagi mee goreng. dah siap semua, kami keluar. since it was only 11am, papa ajak jalan2 dulu. dekat kul 1 kitorang sampai umah mami. then tetamu sampai. makan2, sembang2, solat, tgk gmbar2 etc. tetamu balik around 3. kitorang lepak2 jap, then papa ajak gerak. mami pun nak rehat. nak tido katanya, semalam tak cukup tido. kami ke arah KL. saja jalan2. dalia dgn yad nampak seronok. sebab dah petang, dan lepas waktu nap diorang yg biasa, aku paksa diorang tido gak. yad ngan lili sekejap je dah lena. dalia masih sibuk menyanyi-nyanyi. bila kebetulan papa terima call, dan radio diperlahankan, aku paksa dalia tido. menyusur ke KL, pusing ke sg besi. konon2 nak jenguk muzium tudm, dah kat dalam pulak. papa malas, nak kena tinggal ic lah apa lah agaknya kat pos pengawal tu, kitorang pusing balik. then headed to damansara. singgah kat courts, ushar2 dan beli satu barang. singgah bentley, yad dgn laju menuju ke drum sites. dia memang ada gaya main dram! even the promoter tu pun nampak. masa tgh layan yad main dram, ada dengar bunyi gig kat tkt atas. papa tanya budak2, nak tgk tak..budak2 kata ok. but bila sampai atas, it was too loud. tak sampai 5 minit, kitorang keluar. dalia ajak gi burger king. but mata dia nampak merah. masa tgk2 katil budak kat tkt 3 courts, dalia mengadu sakit kepala. mesti sebab muzik yg terlalu kuat tadi. papa peluk dia, picit2 kepala dia. sempat juga dia testing katil2 yang ada kat situ. yad siap cakap, 'selesa!' hehe..kejap jek lepak ushar2 katil, kami terus keluar. dalia nampak tak selesa. singgah jap makan kat burger king. dia cuma sempat gigit sesuap burger (yang aku dah keluarkan sayur2 dan mayonisnya). milo pun dia takde selera nak minum. aku picit2 kepala dia. dalam kereta tadi dah letak minyak angin sikit. bila papa dah selesai makan, dali papa pangku. tak dan 5 minit, dalia muntah di pangkuan papa. aku agak pelik sebab papa tak melenting. lately dia banyak sabar. lama dah aku perhati. papa bawak dalia ke washing area. uruskan dalia, dan baju serta kasut papa yang terkena sedikit muntah dalia. dan2 tu jugak yad pulak kata nak kencing. aih..td baru kencing. pun papa tak melenting, tak marah2. aku ingat aku yang nak bawak yad ke toilet, to avoid papa dari marah2, tp papa pulak yang tanpa byk ckp, bawakan. dalam kelegaan perasaan, aku tetap wonder. dah selesai, kami terus balik. sampai rumah, rushed bersihkan diri dan anak2, maghrib dan uruskan ntah apa2 lagi di rumah yang patut. papa yang banyak buat. dan dia tak bising2 pun. tak macam kebiasaannya dia. sambil2 layan mentor, papa layan facebook kejap. dia runsing about the next day training kat RTM. i know. he did mention it to me. aku siapkan tempat tido anak2. dalia dah terlepek kat kerusi depan tv. aku dah bagi dia ubat dan sedikit air Yaasin yang abah buat untuk kami anak beranak. aku bg sms kat cikgu dalia, beritahu yang dalia masih belum sihat sepenuhnya dan kemungkinan besar akan ponteng lagi sekolah esoknya. aku lapkan badan dalia, bagi dia cool off. belum pukul 10, aku panggil anak2 masuk tido. mungkin sebab demam, dalia cepat terlena. menjelang pukul 11, aku suruh papa pun tido, sebab nanti nak bangun awal, nak ke RTM. dek kerana si ziyad dgn darling tak tido lagi, sibuk meraba aku atas bawah, papa suh aku switch place kejap dgn dia. biar dia tidokan yang berdua tu. darling still juga mencari tangan papa (dah biasa tidur kat tangan aku, tercium-cium mcm kucing hidu ikan, raba2 tgn aku dari ketiak sampai hujung jari ntah apahal ntah..). yad yang mmg tak brp ngam dgn papa kejap dah berlayar. haih..boleh pulak...!! darling pun tak ambil masa lama. but, by the time papa suh switch back, aku dah terlelap. dia peluk dan kejutkan aku perlahan. tak tahan aircond direct katanya..ye lah.. aku pun naik balik ke tpt aku. dan si darling, mcm ada bau aku yang dia bleh trace plak, terus beralih landing kat tangan aku. heh..!

2 comments:

Ami said...

Kalau sy lah kak, kelam kabut abis tu. Semua plak tu dan² tak sihat.
Err, abg tu kerja RTM? Selalu ada urusan dgn mubari ke eh?

eraerzarusli said...

Ami

itulah kekuatan yang dikurnia Tuhan pd seorang yang bergelar ibu, kot...

Abang keje UiTM la..dia ke RTM jadi trainer. bab2 teknikal audio dan video..kira kena ngajar la tu..occasionally aje..kalau RTM panggil, dia pegi la..

There was an error in this gadget

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Tudung-Online