Treble clef

beli Quran jom!

Followers (thanks!!)

I support breast feeding!

I support breast feeding!

Friday, May 22, 2009

apa nak post ekk?

sumpah tak tau nak post apa...

malam ni aku di rumah je dgn darling. dalia dan ziyad ikut tok ki dan wan ke tesco.

papa ada recording (sorganina & ezlynn).

mak yong (kakak sulung mak aku) jemput ke rumah dia, sebab ada kenduri sikit. mak aku kata dia nak ke Mekah, tunai umrah. ini ntah kali ke berapa, aku pun tak ingat. aku tak sampai hati pulak nak cakap tak dpt dtg. Insya Allah je yang mampu aku tuturkan. lagipun aku tak larat.

inipun aku lega sangat sebab dalia & ziyad ikut grandparent diorang. ada waktu diorang berjalan, bersia-siar. dan ada ruang untuk aku rehat sikit.

lately, aku perasan anak2 makin berubah. mungkin sebab dah terasa sangat kemunculan adik baru.

dalia, dah 5 malam berturut2 kencing malam. 5 hari juga aku mencuci tilam. masalahnya dia tak terasa pulak tu. selalunya dia akan bangun untuk pi kencing. 1st night dia terkencing, sampai pagi dia tak terasa. aku yang terbau hancing. bila tanya, 'kakak kencing ke?' dia jawab 'tak'. aih.. aritu lagi best. dah bangun, nak mandi pi sekolah. sementara tunggu aku solat subuh, dia lena kejap kat sofa. selesai solat aku kejutkan dia untuk mandi. dia bangun sambil ngadu kat aku, 'basah ma, kerusi ni..' ehh?? aku tengok sofa..aku tengok dia..aku tanya dia kencing ke. bersungguh dia kata dia tak kencing. bila check seluar, soheh! basah lencun. adoihhhhh!! pepagi butaaa...anak dara aku ni...bayangkan perasaan aku time tu..nak marah pun, tak tau apa nak cakap...papa kata mungkin sebab dia baru baik demam panas aritu. sistem dalam badan dia belum recover. mungkin juga. tapi sumpah, aku risau. kalau malam ni pun dia terkencing lagi, esok aku bawak dia gi klinik.

ziyad, yang tembam dan taff (ikut kata dia la..) tu, dah takde selera makan. kalau sebelum ni, dia makan tak ingat, sekarang baru 2, 3 suap dah tak nak. even makanan favorite dia (roti canai dgn kari) pun dia tak lalu. risau, memang risau. kalau dulu dia suka makan sosej rebus cicah mayonis, sekarang dia dah tak pandang. tapi mayonis dia suka pulak! pening juga memikirkannya.

dalili? ouh...si darling ini makin lincah. makin pandai pulak melawan tu. menjeling, jangan cakap la. sudah pandai juga memilih makanan. sudah bijak nak makan lauk je, nasik tak nak. kena main politik kalau nak suapkan dia makan. tunjuk lauk dulu, tp suap nasik. hehehhee...suka buli abang yad dia..yes..buli abang dia. sangat sayang dengan kakak dia. kalau ambik kakak balik sekolah, once kakak masuk dalam kereta dia akan panggil kakak dia, 'kakakkk...kakakkkkk!' dengan suara yang amatlah nyaringnya. pastuh nanti dia salam dan cium tangan kakak dia. hiks! comel, kan? she's only 20months old, yet so adorably clever! tu belum lagi mintak kiss dengan papa tiap kali papa nak pg keje..'aa..kish..' tu la sebutan dia..

aritu aku sembang2 dgn papa..aku ckp, syukur sangat anak2 comel dan bijak. papa balas dengan senyuman. 'anak kita, kan', papa cakap. tu lah..syukur tak terhingga.

terima kasih Ya Allah..

1 comment:

¿n0die? said...

darling darling darling..
iskh iskh iskh.
geget kang!
hahaha

There was an error in this gadget

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Tudung-Online