Treble clef

beli Quran jom!

Followers (thanks!!)

I support breast feeding!

I support breast feeding!

Sunday, May 24, 2009

sesungguhnya hati aku sangat sayu...

aku rindu sebenarnya untuk ke sana.

anak2 juga selalu mengajak ke sana.

setiap kali anak bersuara untuk ke sana, aku terluka.

setiap kali kami bersiar-siar dan jejak laluan yang biasa kami lalu ke sana, aku kecewa.

setiap kali anak2 menyebut nama2 mereka di sana, aku tersayat derita.

aku penat menangis dalam hati.

beban ini aku rasakan sangat berat.

look at what you have done.

to me..

and worst, to my children.


suami mungkin terkesan kekecewaan aku. dia selalu juga cuba menghiburkan aku. tapi aku tahu, dia juga menyimpan rasa terluka itu. tempias itu terasa juga padanya.

aku takut aku lebih terluka, jika ke sana.

aku takut suamiku lebih terasa, jika ke sana.

dan aku lebih takut, bila kehadiran aku dan anak2 hanya 'menyusahkan' mereka.

maka kami akan dipandang seperti melukut di tepi gantang.

kerana tuduhan dan labelan itu telah terlempar dan dilekat di dahi kami, oleh mereka di sana.

sekarang, khabarkan pada aku..patutkah aku tidak merasa terluka? patutkah aku tidak memendam rasa dan menangis merintih dalam jiwa?

letakkan dirimu di situasi aku..sedikit sebanyak, mungkin akan terasa pilu.

10 comments:

¿n0die? said...

akak,
sy rase sy taw ape akak rase. mungkin xsame ape yg sy fhm dgn ape yg akak rasekan..

tp sy cube utk rase ape yg akak rase sbb, selepas ber-ym dengan akak tempoh hari (sehari sebelum kite jumpe), akak tiba2 msg sy.

sy terkejut dgn msg akak tu. sbb akak btaw akak nk rest sakit pinggang. tp, bile dpt msg tu.. sy taw. akak benar2 sakit.

benar kak org kate, its ez to 4gv but its hard to 4get. eventho ur heart will heal, yet d wound is alwys there 4ever.

akak, sy da delete akaknye msg. but i remember every single words! sy taw.. akak benar2 kecewa. sedih. saket etc..

tp kak.. sekali org buat kite, beribu kali hikmah kita dpt. mungkin rezeki anak2 akak? spe taw? skang lak erza omnimedia makin hari makin bekembang aite?

jgn jadik cam sy kak. sy suke bia org happy, sy simpan segale kesakitan. org nmpk sy huu sane haa sini. tp dlm jiwa, ketat rasenye. sbb tu smpai 1 thp, sy blow.

igt kak ape yg sy share dgn akak, buat ape kite nk sedey2, sedang kan org laen berjimba-ramba riang ria xpk psl kite yg sedey.

biar org xnmpk ape yg baek dr akak. tp percayelah, sy nmpk kehebatan yg luar biasa dr akak. sy jeles. akak hebat. setiap manusia itu dijanjikan dengan kebolehan yg luar biasa. Allah itu adil.

'bukan semua org buley jage hati kite, dan xsemua hati jugak kita buley jage..'

jgn sedey2. nk dpt baby baru da :D
tcare, luv u :)

Ami said...

Rehatlah dulu kat rumah. Rasanya kelahiran yg ke-4 ni ada hikmah. :)
Selalu pergi KLIA & Putrajaya kan? Nanti dah lepas pantang, boleh lah jumpa sambil shoot gambar anak akak.

Sy rasa jawapan ada pada anak yg dlm kandungan sekarang. Dia muncul pada waktu yg tepat.

Muhamad Akmal said...

salam. hye kak. i never know u in person. but i always read ur blog. and been keep myself update with the latest entry. hehehe. stalker kan? choy. btw, sy akmal. a fren of nodie and eireen. i know ur story.

what i can say is, banyak kan bersabar. u r a mother now. i believe the strength of a mother is unbeatable. things happen with reason. Allah tu maha mengetahui. InsyaAllah, kalo kte bersabar, akn ada jalan kuar. mgkin ni masa utk kte di uji.

mgkin akn mase sket utk pulih balik, tp sy hrp akk xgv up. x gv up berdoa agar segalanya pulih. x gv up utk berusaha memulihkan keadaan. InsyaAllah jalan keluar pasti ada.

gembirakan hati akk. hati anak2 akk. hati suami akk. usaha dan tawakal jgn lupe. baik utk masalah akk ni, mahupun utk hidup akk seterusnya. jgn pernah berhenti berharap dan berusaha. sbb kita sbnrnya mati pd hr kita berhenti berharap dan berusaha. smoga berjaya dgn erza omnimedia dan kelahiran anak yg ke4 ni.

(btw, sy perasan yg muka anak akk yg sulung mirip dgn adik akk. betol x?) huhuhuh. all the best kak.

eraerzarusli said...

nodie;

sbb anak2 dan suami lah akak kuat. at least cuba untuk kuat.

jgn terlalu pandang tinggi pd akak. i am a nobody. jgn mudah juga sayang pd akak, i am also a nobody. takut nanti nodie kecewa pulak. ye lah, yg dekat pun tak pandang, apatah pula yang takde pertalian.
apapun, thanks..


Ami;

mungkin..akak juga sudah terasa-rasa kegembiraan extra yang bakal menghujani teratak kami ni dgn kelahiran yang baru ni..

one day, ada rezeki, kita jumpa..

eh..akak bsalin di putrajaya..kalau sempat akak ym..

heh..


Akmal;

i know who you are. i have the chronicles copy too..besides, i do read nodie's blog and of course my sis's.

from what i heard and learn (by reading blogs and seeing your faces in noden's & chronicles), u r a good listener. also a good advisory.

thanks for 'stalking' my so ordinary life written here. may whats good can be such guidance for your upcoming life in the future and whats bad can be off from your list of what-to-do in life; present and future. thanks for such soothing words. may luck be by your side.

my 1st daughter? she does, doesn't she. if that isn't enough to show how much i love her, i don't know how else should i tell her.

what have i done wrong now? tell me..

adik2..reading your comments make me cry..thanks..a lot..

Anonymous said...

assalamualaikum,

what shall i call you? k.. easier for both of us. i'll call you 'akak'.

akak,
i've read some of ur entrry. and most of it is about your family. sebagai orang luar. ini pandangan saya:

reading ur blog, i can conclude that you are the eldest in the family. being the eldest, u need to be fair and strong though u r married now. whatever it is, ur siblings still need you.

akak tak sepatutnya MENGAIBKAN keluarga sendiri dalam blog. blog ini seperti diari yang patut disimpan tanpa pembaca. luahan hati sendiri supaya ada PRIVACY. however, akak dah menunjukkan bahawa akak tidak mementingkan privacy akak ataupun adik beradik yang lain dengan bercerita tentang mereka di dalam blog yang penuh dengan pembaca ini.

saya seorang anak bongsu, mungkin akak boleh katakan bahawa saya tidak faham tentang situasi akak. malangnya, saya faham! saya pernah melalui situasi yang hampir sama. saya tidak akan menceritakan situasi itu di sini.

yang penting, sebagai anak sulung, walaupun sudah berkahwin. akak masih perlu menjaga hati ibu bapa walaubagaimanapun layanan mereka ataupun adik-beradik akak terhadap akak. di sini la anak pertama memainkan peranan penting supaya keluarga tidak bergaduh.

walaupun ada pergaduhan, semuanya harus ditolak ketepi. akak TAK PATUT berbuat begini terhadap anak2, adik2 malahan ibubapa. eventhough you are hurt, tak bermaksud yang lain gembira dengan apa yang mereka lakukan.

BAK KATA AYAH, 'air cincang tidak akan putus'. itu yang penting untuk adik beradik.

anak2 akak pun dah rindukan makcik2 pakcik2 mereka. fikirkan tentang mereka. jangan sebab ini, akak asingkan mereka dengan adik beradik akak. bukan sebab ini juga, mereka perlu benci makcik2 pakcik2 yang selama ini disayangi.
ehheheh...

wassalam

Anonymous said...

maaf akak.. saya tertinggal ayat2 ini tadi.

another thing, akak buat macam ni readers hanya tahu side akak sahaja. side 'mereka', diketepikan sama sekali. itu TIDAK ADIL BAGI MEREKA.

akak, izinkan saya bertanya. bagi akak, adakah dengan menulis semua ini di blog dapat menyelesaikan masalah ini? adakah akak sudah cukup berpuas hati dengan hanya meluahkan di blog tanpa memikirkan penyelesaian untuk kebaikan bersama? jika YA jawapan akak, mungkin ia tidak mencukupi bagi yang lain.tapi jika akak mahu selesaikannya, hubungi adik2 akak dengan segera. supaya IBUBAPA KEMBALI AMAN.

¿n0die? said...

kepada Anonymous :

maaf menyibuk. dr pada bacaan sy, niat anda baik. tp lebih kpd menyalahkah akak ini.

sepatutnye, awak perlu berada di tgh2 situasi, tanpa berada di pihak mana2.

utk pengetahuan, sy dan sahabat bername akmal adalah org yg baru berkenalan dgn akak ini. byk yg kami xtaw. kami kenal adik beliau dahulu dari beliau.

dlm situasi ini, kdg2 sy sndri berasa bersalah kerana sy agak rpt dengan adik beliau, pada masa same juge, sy membantu akak ini. tetapi mereka pule ade masalah.

sy xmasuk campur. itu hal mereka. cume yg penting doa dari jauh shj yg membantu mereka.

(cube jgn masuk campur.ok =])

ikhlas.

eraerzarusli said...
This comment has been removed by the author.
eraerzarusli said...

anonymous;

kalau niat anda baik, knp perlu anonymous kan diri?

u know nothing about what had happened. and i would like to emphasis here that this IS my blog and i have every rights to write whatever it is that i want. i didn't invite any readers, its up to their sanity to read or even comment. but to judge, based on what they have JUST read, that's unfair.

what makes you think you can judge me? what makes u think u've been in my situation before? even if u do, i do not know you and i have no intention on knowing either you, or whatever your problem is.

mengaibkan ekk? do u know the real story? the real situation? did i tell the world that how humiliated i have been? did i publish whatever the real conversation that tore my heart?

see, u don't know the REAL thing, yet you judged me. is that fair? or, u r someone known to my sis, and u r trying to back her up? did i say that i hate her? did i rejected the term 'air dicincang takkan putus?' have you forgotten what i said in this post, that i love them, no matter what?

have you ever wonder, how i've been always in sacrificed situation? how i always make way and give them face? now tell me, which part in my blog (that you have read) stating that i don't love my family? either my children or my siblings or my parents? which post that i have mentioned that i hate them?

u know nothing and i don't have to explained further for that will lead to what you said 'humiliating' (mengaibkan) them.

the conclusion, u don't know me and please don't judge me. if u know my sister, ask her what exactly happened.

i have no intention whatsoever to depart my children from their aunts and uncles. what more from their grandparents. but, if our visit causes uneasy and they, like 'forced' to attend to us, what's the use? what should i explain to my children? that their aunts and uncles said they are the pain in the ass for them? i never told my children that makcik pakcik diorang penat nak melayan diorang tiap kali kitorang datang. yang atuk opah diorang penng kepala tiap kali diorang menunjuk laku. sebab akak tak nak burukkan either sides to each other. bayangkan kalau anak2 tahu yang makcik pakcik diorang rasa diorang ni menyusahkan, apa perasaan diorang agaknya? i know how exactly they would feel. i was once witnessed my own mother being scolded and harassed by my own aunt, my own grandparent while my dad was oversea. i personally 'maki' that aunt of mine myself, that time. luckily my children ni kecik lagi and they don;t understand much. and i do hope that that situation won;t repeat, again.

terus terang, pd akak ko masih mentah. ko tak tau apa yg jadi dan cuba pulak menangguk di air keruh. tak kaji hujung pangkal cerita dan sudah mula membuat rumusannya. this kind of attitude yang mencetuskan segalanya between me and my sister. kalau akak tak sayang dia, akak dah publish dah kata2 kasar dia pada akak tu.

blog ni tempat akak meluah perasaan. ianya diari tidak privasi akak. ya..un privacy. kalau nak privacy, baik akak tulis dalam real diari dan simpan je dalam almari bilik akak. namapun meluah rasa. nak release tension. supaya tak tertekan dan seterusnya jadi gila. ini cara akak nak tenangkan hati, ada pulak yang iri, kenapa? besides, bukan setiap post akak dari dulu sampai skrg ni berkenaan keburukan keluarga akak. kot ya pun, u r not my family member, why bother? terasa?

beb, berani kerana benar. now, being true, show me yourself.

eraerzarusli said...

btw, i still in contact with my mum, and other siblings. cuma yang satu tu aje. sbb aku benar2 terluka dgn dia. tp tak bermaksud aku benci dia.

besides, my heart being broken by her and that involves her only. takde pulak aku ni marah2 mak ayah aku, tak berckp dgn diorang atau tak berkomunikasi langsung dgn adik2 lain.

kalau aku ckp yang mak ayah aku, dan adik2 lain pun dah nak tak nak je ckp dgn aku, ko nak kata apa? kalau aku ckp yang ayah aku tu sangat jarang berckp dgn aku sejak aku kawen, ko nak buat apa? kalau aku ckp yang ayah aku tu, tak suka budak2 dan selalu buat muka (sebab tak nak marah anak2 aku, takut aku terasa)dgn anak2 aku tiap kali aku dtg, ko nak komen apa pulak? aku tak bising pun, sbb mmg ayah aku tu begitu. bapak dia pun cenggitu jugak.

me, as the eldest should be fair ekk? mcm tu? ko tau ke budak anonymous, kalau cerita ini berdasarkan fakta benar, aku takkan jadi begini, kami takkan begini.

ko tak tau family aku cemana. jangan mudah menuding jari sewenangnya.

lagipun, tujuan aku cuma nak buka mata. kot jadi pada sesiapa, boleh ambil iktibar dan jadikan tauladan.
jgn pikir kita ni akan selalu jadi anak mak ayah. jgn pikir sbb kita ni berstatus anak, mak ayah takde hati nak benci kita. diorang pun manusia juga. cuma title as parents tu aje yang membataskan akal diorang dari buat perkara2 buruk based on kebencian. begitu juga title kakak, abang atau adik. sama je.

ada akal, konon2 pandai..fikir sendiri.

There was an error in this gadget

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Tudung-Online