papa kata esok aku last memandu, ambil dalia balik sekolah.
hari ni aku memandu dengan penuh hati-hati. takut dgn mcm2 perkara buruk. kesakitan melilit sekeliling pinggang.
sambil menggosok-gosok perut setiap kali menegang, aku mohon pada Dia dan si kecil di dalam ini, agar menunggu masa sesuai. esok papa masih ada tugasan mengajar di RTM. kalau boleh, biarlah hujung minggu..besides, minggu ni minggu terakhir dalia sekolah. aku kuatkan diri. aku kuatkan semangat. aku kuatkan jiwa juga.
tapi kdg2 tewas juga, dengan pelukan kasar anak2 dan gumpalan mereka sewaktu menggomol aku. tapi tak sampai membuatkan aku menangis. kerana aku sayang mereka. mungkin si adik di dalam perut ini juga sudah mula terasa sayang pd kakak2 dan abang dia.
mungkin atas sebab itulah aku rasa lebih selesa.
semoga selamat semuanya, Tuhan.
1 comment:
insyAllah semua selamat :)
gudluk kak, tcare!
Post a Comment