I support breast feeding!
Tuesday, May 19, 2009
Aku sayang sangat sama diorang ni...
senyum ala-ala nak sepesen jek...
punya banyak kerenah, Tuhan je yang tahu.
yang kakak dah makin banyak pengetahuan, kadang2 mama papanya pun terkedu.
yang abang semakin banyak tingkah dan soal, buat mama papa selalu haru dan marah melulu.
yang adik (for the moment, sementara yang dalam perut masih belum keluar..) makin pandai berbicara, walau ntah apa2 bunyinya, selalu bikin gamat suasana.
mereka ini, buah hati pengarang jantung aku.
mereka ini, yang di label 'menyusahkan' oleh seseorang yang dekat amat dgn aku, adalah nyawa aku.
aku sangat sayang dengan mereka ini...
terima kasih ya Allah.
tapi demi Allah juga, aku sayang mereka2 ini...
meski apa pun yang terjadi, tak kira apa jua musibah yang melanda, mereka tetap di hati. walau sedalam mana terlukanya hati aku, walau setinggi mana bencinya mereka (kalau mereka benar2 benci) mereka tetap juga kesayangan aku.
aku redha.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
Taklah, takde siapa nak benci akak. Mungkin terlepas cakap. Mereka pun sayang akak cuma mereka tak tahu bagaimana cara utk katakan.
saya sayang kakak sulung saya juga.. untuk pengetahuan, saya rindu dia. saya banyak silap dengan dia. banyak kasar dengan dia. sepatutnya boleh pilih jalan lembut, tapi saya pilih jalan kasar. saya nak mintak maaf.. dan saya doa semoga kakak saya selamat bersalin.. dan saya yakin anak ke-4 dia tak kira la boy atau girl, mesti bijak, comel, nakal macam abang dan kakak2 nya.
terima kasih sebab jadi kakak saya. saya sayang kakak saya. apa2 pun, saya hanya mahu dia selamat bersalin.. itu saja.
sy tumpang lihat, bace komen, n doa dari jauh..
uh uh.. anak anda yg tengah itu!!!
arghhhh!!! suke benar senyum itu mcm! nmpk comel mcm sy taw x???!!
;P
Papa pun sayang juga.....
setiap apa yang berlaku ada hikmahnya..kan?
setiap kesakitan, kepayahan, kesusahan malah keresahan yang melanda, adalah penghapus keburukan diri. itu janji Dia.
tp sbg manusia biasa adakala ujian itu terlalu berat untuk ditanggung, maka yang mampu terlihat hanyalah aliran airmata. bengkak dalam hati, gurisan luka dalam jiwa hanya Dia yang saksi segala.
papa,
kau tetap cinta hati ku, walau apa jua yang berlaku.
:) air dicincang tu tak akan putus kak, kuatkan semangat ok.
saya pun tumpang menghitung hari hari bahagia akak :)
Post a Comment