Treble clef

beli Quran jom!

Followers (thanks!!)

I support breast feeding!

I support breast feeding!

Saturday, February 7, 2009

bodohkah melayu?

tengok berita?

kes terkini; kekecohan, menteri besar, ketaksuban dan derhaka di Perak.

sebagai orang melayu, aku malu.

sebagai orang melayu, yang ada separuh darah perak mengalir dalam tubuh aku ni, aku amat malu.

sebagai orang islam, aku lagi malu, marah, meluat dan sungguh terganggu.

bodoh ke diorang ni?

aku nak tanya, mereka yang bergelar penyokong Pakatan Rakyat, yang begitu taksub kelihatannya menyokong dan membela Mohd Nizar tu, sebaik lepas solat Jumaat, takde keje lain ke?

bukan main syok menyokong orang, bukan main seronok berkelakuan kurang hajar, lupa tanggungjawab nampak?

tak kerja ke? dah cukup ilmu di dada? apa faedahnya yang dapat tu? dah sedia nak dibuang negeri kerana menderhaka?

dan soalan yang paling penting;

"mana pegi geng2 kome yang india, yang cina? teman tak nampak ponnnnn??!!??"


sungguh memalukan la..

aku nak tanya lagi; apsal masa korang (PR) menang PRU12 dulu, korang tak bising2, bila rata2 kerajaan korang tu di conquer oleh orang cina? yang nizar tu sebenarnya macam boneka jek. alaaa...macam kontraktor cina, gunakan kontraktor melayu. nak cepat kaya, nak cepat dapat income, kontraktor melayu jual lesen pd kont cina. sama la kes kat perak ni. nak dapat projek kerajaan melayu, kena ada puppet melayu.

masa kes cina lahanat tu, dok bising2 suh hentikan azan subuh dulu, takde plak kome2 yang dari PAS ni bangun menegakkan syiar Islam. tetiba bila si puppet ni dah tak dapat berdiri teguh (korang juga puncanya, akai takdak) korang kenmain lagi memberontak, memalukan diri sendiri dan sesuka hati menderhaka. bodoh sangat la, tau tak? korang tau ke DAP tu semua ketawa guling2, terbahak2 tengok gelagat kartun orang melayu yang tak seberapa nak lucu tuh?

ketuanan melayu yang nak dibela? apsal masa kes pemberian tanah kg. baru pd orang cina tu korang tak memberontak dan menunjuk perasaan macam ni? tak terasa bodoh? ikut sangat la cakap boss korang yang tak betul tu. yang syok sendiri, yang pentingkan diri sendiri. dia la bijak...menggunakan melayu yang bengap mcm korang ni.

dah lupa RUKUNEGARA? meh sini aku ingatkan..

  1. KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
  2. KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
  3. KELUHURAN PERLEMBAGAAN
  4. KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
  5. KESOPANAN DAN KESUSILAAN
Korang yang pro sangat pembangkang ni, aku rasa dah lupa la rukunegara. apa yang berlaku kat perak tu, sikit pun tak menggambarkan kedaulatan melayu. sikitpun tak menunjukkan ketuanan melayu di pertahankan dan dibanggakan.

yang nyata, kelakuan sedemikian amat mendukacitakan!!

9 comments:

Ami said...

Politik...aku tak tahu celah mana yang cleannya.

Syukri Shairi said...

Ada baiknya yang Kak Eranee bawak bertenang. Pertamanya kita semua jangan ambik info dari sebelah pihak. Tak kiralah kalau overdose TV3 dgn Utusan ataupun overdose Harakah. Cara kita dapat maklumat sangat-sangat mempengaruhi cara kita berfikir lepas tu. So, relax dulu.

Saya tak boleh elak Perak dalam hidup saya. Asal-usul saya di Perak, arwah atuk saya sangat aktif dalam politik di Perak dan ayah saya membesar di Perak. Saya belajar di Perak. Dan selepas PKMM, arwah atuk saya sangat aktif dalam UMNO. Opah saya orang UMNO. Kerabat-kerabat saya di Bota, Parit juga orang UMNO.

Tapi saya agak kecewa bahawa UMNO yang mereka sokong dulu pada hari ini perangainya amat lain. Ini bagaikan menipu nenek moyang saya.

Perlu Kak Eranee faham bahawa UMNO dahulu tidak secauvinis, feudal dan rasis seperti hari ini. Saya bercakap mengenai UMNO Tunku Abdul Rahman dan Tun Dr. Ismail. Nampaknya selepas 1971, semuanya bagaikan berubah.

Saya harap Kak Eranee tak menuding orang lain sebagai taksub kerana Kak Eranee sendiri adalah seorang yang taksub dengan ketuanan Melayu dan benda-benda yang lain seumpamanya.

Kita tak ada hak menggelar kaum lain sebagai lahanat. Sungguh, inilah attitude yang membuat kita orang Melayu sangat-sangat tertinggal dalam masyarakat dunia lain. Malah kalau tinggal di tengah-tengah masyarakat asing pun perangainya sama juga. Ini saya lihat dengan mata saya sendiri, dari London, New York sampailah ke Melbourne.

Kenapa macam ini pula perangai bangsa yang dulu ada pelabuhan paling pesat di dunia, dan dengan tak sengajanya menjadi orang pertama yang mengelilingi dunia?

Saya harap Kak Eranee tak menuding orang seperti saya sebagai orang yang lupa sejarah. Tak perlu dibebelkan pasal jasa, kerana kami juga lebih tahu menilai antara fiksyen dan realiti. Di UiTM dan di mana-mana saja, pelajar senibina yang tak tahu sejarah bolehlah dikatakan tuli lagi gagal.

Saya tahu Kak Eranee seorang penyanjung Mahathirisme. Maka ambillah yang elok dari apa yang Tun ajarkan. Jika kita asyik menguatkan lagi bergaduh antara kaum, malu dengan Cina India lah ape lah, akan jauh lagi lah kita teringgal ke belakang. 'Malay Dilemma' tak patutnya diambil secara literal saja. Negara kita makin lewat, sangat sangat terlewat untuk menjadi maju.

Kes azan, tanah, babi dan lain-lain lagi saya harap Kak Eranee singkaplah dengan lebih terbuka, bukannya dengan satu slot TV3 saja. Tidak terfikirkah kenapa tak sampai satu tahun pun kerajaan Pakatan Rakyat memerintah dan 50 tahun kerajaan Barisan Nasional memerintah, tapi yang dihighlightkan hari hari adalah semua yang gagal-gagal belaka sahaja? Apakah mereka yang memerintah sekarang ini bukan orang Malaysia; orang-orang yang tidak berpelajaran belaka?

Tak kira BN atau PR, politik Malaysia amatlah lembik. Terlampau emosi. Dan media langsung tak membantu. Terlampau malang jika kita terikut sekali. Demokrasi bukan begini. Ini bukan demokrasi. Apa yang terjadi di Perak baru-baru ini telah merumuskan segalanya, yang demokrasi di negara kita ni memang dah tak wujud lagi.

Habit melabel pengundi parti lain sebagai pembelot ni sepatutnya dah tak payah. Bayangkanlah kalau orang yang mengundi parti Democrat daripada Republican, tiba2 dilabel pengkhianat bangsa Amerika dan mencemarkan kedaulatan institusi kepresidenan. Ataupun yang dahulunya mengundi Labour, tapi mengundi Conservative telah dianggap menderhaka kepada Queen Elizabeth dan telah menggadaikan hak bangsa Anglo-Saxon seterusnya mengingkari ajaran agama Kristian Protestant.

Benda-benda ini sepatutnya kita dah lama semat kemas-kemas dalam diri kita dan tidak perlu lagi dipertikaikan. Politik sepatutnya untuk memajukan negara bukan meranapkan negara. Ini kerana kita tak yakin langsung dengan identiti kita, asyik2 nak rasa terancam dengan 'kaum lain'. Berusahalah. Allah lagi pandang takwa lebih dari warna kulit. Ini bukan sahaja ada dalam Rukunegara (Kepercayaan Kepada Tuhan datang dulu dari yang lain-lain), malah dalam Al Quran (Refer ayat Allah menciptakan macam2 kaum utk kita kenal sesama sendiri, bukan benci-membenci & semua manusia sama, yang dipandang hanya takwa..)

Walaupun Pakatan Rakyat memerintah tapi yang lain-lain tetap dipegang Barisan Nasional. Ini termasuklah semua badan berkanun, media, PBT, dan lain-lain. Tuduhan ini tidak melampau. Malah Kak Eranee rajin-rajinlah menyelidik. Jawapannya ada.

Saya cintakan negara saya. Saya sedih melihat apa yang dipaparkan oleh media. Tapi apa yang kita nampak, betulkah itu yang terjadi? Kebenaran itu pahit, kerana itu kebenaran sering diputar-belit.

Dan saya masih bangga menjadi Melayu. Tak kira di mana saja saya berada, Kak Eranee, di Eropah, Amerika, Arab atau di bumi sendiri.. saya tak perlu mencari Melayu. Kerana Melayu adalah saya.

eraerzarusli said...

-Ami-

memang..takde yang bersih..

-Syuk-

siapa pula yang emosi ni? macam syuk pulak lebih emosi dari kakak.

kakak tak pula kata yang kakak ni tak ngaku melayu atau kakak sendiri membenci seluruh kaum cina. kakak membenci dan malu dgn tindakan yang 'selalunya' dan 'kebanyakannya' melayu yang beria-ia. masa BN kalah di 5 negeri dlm PRU baru2 ni, takde pulak kakak nak berdemo berbagai macam tu. mereka melaungkan 'Allahu Akbar' seolah olah mereka sedang berjihad fisabilillah..sedangkan isunya cuma terlalu kecil. kakak malu dgn perangai yang sebegini.
kes babi dan sebagainya tu, kenapa takde pula mereka2 yang bersungguh2 menentang dan berdemonstrasi? itu lagi terang2an menghina agama.
i didn't state here that i hate other races. i am not racist but when someone said or do something insulting us, should you just sit and let the spit spilled all over your face? should you just smile and be patient? the least is to stand up, and speak up.

i know what UMNO have become now. I was once held one of the high post in it. but i left, just because depa pun cakap tak serupa bikin. that's why i said, nothing clean and clear in politics. kalau bukan nak jaga periuk nasi dan kepentingan sendiri, rasanya takde sebab seseorang tu nak berpolitik, MASA KINI.

sama la juga dgn main bola lah, badminton lah, apa2 juga yang kononnya membawa nama negara. kepentingan utama bukan nak junjung nama negara, lebih kepada nak mencari peluang mencipta nama sendiri, nak cari duit poket tampung hidup anak isteri, kan? negara dah jatuh nombor berapa, tak tau.

kalau lah akak ni sesungguhnya taksub, mcm yang Syuk cakap (or should i say, accused?), takkan mungkin akak sendiri menegur mereka yang seagama dan sebangsa dengan akak, kan? baik akak biarkan saja depa. sebab mereka juga melayu, macam akak. jadi apa saja salah dan sumbang kelakuan mereka, diamkan saja. itu maksud syuk? jadinya, kalau kita yang melayu ini terus menerus dimanjakan, setiap tindak tanduk di tidak mengapakan, dengan alasan tanah ini kita melayu yang punya, 'MALAY DILEMMA' memang sungguh2 lah. takkan dapat lah juga sampai bila2 kita akan bersaing dengan bangsa asing yang menumpang bahagia dan kaya raya dengan jayanya di tanah air kita ni?

"Malah kalau tinggal di tengah-tengah masyarakat asing pun perangainya sama juga. Ini saya lihat dengan mata saya sendiri, dari London, New York sampailah ke Melbourne."

sebab itu kakak kata melayu ni mengada-ngada, dan manja. tak sedar diri pun kadang2 ada juga. kat tempat orang pun, walau baru jejak kaki sehari dua, berlagaknya mengalahkan orang asing yang lahir di sana. cepat sangat mencedok idea luar, terus mengaku kaitannya dgn diri sendiri.

"Kenapa macam ini pula perangai bangsa yang dulu ada pelabuhan paling pesat di dunia, dan dengan tak sengajanya menjadi orang pertama yang mengelilingi dunia?"

sebabnya mudah saja, kan..terlalu dimanjakan dan sering asyik disumbat dengan kejayaan yang sungguh dibanggakan entah berapa kurun yang lalu, tanpa ada sedikit pun percubaan untuk menjadi perintis kejayaan baru, atau saja menjangkau dan setidaknya mempraktikkan apa yang dibanggakan dulu.

mahathirisme? ye..mmmg ikut apa yang tun cakap. tapi tidaklah sampai taksub dengan dia. masa dia kutuk dan melempar kata2 pedas masa PRU12 dulu pada pimpinan pak lah, kakak juga tidak menyetujuinya. ada juga ketikanya kakak rasa yang tun dah terlebih. bila perlu, kita rujuk. bukan ikut bulat2. berat tuduhan syuk ni pada akak.

"Habit melabel pengundi parti lain sebagai pembelot ni sepatutnya dah tak payah."

setuju. mereka ini sama saja. asalnya sama juga..melayu. tak betul ke apa yang kakak kata?

kakak juga cintakan negara kakak, sebab itu kakak perlu berkata sesuatu, untuk setidak-tidaknya meluah rasa terbuku yang amat mengganggu jiwa kakak sebagai anak malaysia dan orang melayu. kakak juga takkan malu mengaku kakak melayu, sebab kakak memang melayu. cuma malu dengan melayu, yang dah tak macam melayu. yang suka menindas dan pandang rendah sesama melayu. yang tak pernah nak membantu sesama melayu, kalau ada melayu lain yang maju.

syuk tak rasa kot, sebab syuk orang berada. segala yang baik2 tentang melayu dah disalur secara ilmiah dgn tepat sekali pada syuk. syuk juga menjalani praktikal nya dengan suasana yang baik juga.

mungkin tak pernah rasa duduk keliling dgn bangsa majoriti selain melayu, yang sibuk buat tempat majmuk ni macam negeri sendiri, dah tuh claim yang mereka ditindas sedangkan mereka lah yang paling bermaharajalela dan paling kurang sopan sekali.

nota: kakak masih terasa yang syuk menjatuh hukum pada kakak dengan tuduhan yang berat. kalau syuk rasa kakak perlu bertenang, syuk juga perlu. kalau syuk kata kakak taksub dengan ketuanan melayu dan yang seumpamanya, syuk juga begitu. tapi kakak takkan marah, sebab kita sama2 MELAYU.

P/S: teresa kok tetap si lahanat pada mata kakak.

ajai arif said...
This comment has been removed by the author.
ajai arif said...

er...pjg sungguh komen kalian!!!!hahaha...kita dlm malaysia gado gado....org luar bersorak yeah!!!!
susah ar cite bab politik dlm blog ...musti ade mamat komen pjg pjg...dulu saya post pasal politik...pjg org komen komen...malas dah politik2...politik itu kotor!!!

Syukri Shairi said...

Nothing is small about a demonstrator so daringly laid himself in front of a moving royal vehicle. When something like that happens, it is not about defending somebody to remain in power, but rather it is more about to defend what he wants himself. In this case, what he wanted is actually his right which has been eroded.

Interestingly this all happened during His Highness' Silver Jubilee celebrations, on which we all had a day off last Tuesday. Again, we all must ponder, if things go so well and equipped with excellent justice, why should thousands of people -- mostly the Malays, as in Malaysia a Muslim is a Malay and they were just finishing the Friday prayers, anyway -- marched before their Sultan to express something, well, quite the contrary to what the Sultan thought that he has rightfully decided?

It is too brave. But yet they did it. And what choice do they have? They risked this: expectantly being labeled as derhaka again and again on national TV, and next adorning the front page of all BN-run newspapers on the breakfast table of every single Malaysians the next day (today). Derhaka. Derhaka. Derhaka. The single word a Malay should avoid, at least in the 15th century. Total splat of charcoal in the face of the Opposition, huh? But why? Why did they risked that?

***

It is best that Kak Eranee analyse whether is it Ketuanan Melayu, or Ketuanan UMNO that you're supporting. Is it for the Bumiputras, sons of the soil, or the Umnoputras, sons of UMNO?

***

Saya tak menuduh apa-apa pun. Saya hairan Kak Eranee berasa serba salah bila dilabel 'taksub dengan Ketuanan Melayu' dan 'menyanjung Mahathirisme'. Bila saya taip dua2 frasa ini saya tak bermaksud melemparkan tuduhan apa-apa. Mahathirisme adalah sangat bagus. Namun saya tidaklah bersetuju kepada mana-mana supremasi ras, cuma kalau kak Eranee sudi menerangkan xenophobia meruncing yang ada dalam kak Eranee, saya sudi untuk dengar. Malah frasa 'ketuanan Melayu' timbul selepas, bukan semasa zaman Tun Dr. Mahathir, bukan begitu?

Mengenai saya sebagai 'orang berada', saya hanya melihat sebagai saya hanya dianugerahkan lebih sikit dari orang lain. Namun untuk anak 'orang berada' lain memahami politik dan sejarah apatah menyetujui haluan politik yang berbeza adalah amat sukar. Apatah lagi menjadi PAS sympathiser. Ini kerana nampaknya BN seakan cocok lagi dengan gaya hidup 'orang berada' yang lebih liberal berbanding gaya hidup di bawah pemerintahan PAS. Atau benarkah?

Apa yang Kak Eranee hujahkan kepada saya bagai menghighlightkan lagi apa yang saya tidak setujui dengan pendapat Kak Eranee. Harap kak Eranee check balik.

Kita kena betul-betul ingat yang bukan negara kita sahaja yang ada penduduk 'berbilang kaum' ni. Kota-kota besar di dunia ni lebih banyak bercampur aduk orangnya, dan saingannya lebih tinggi. Tapi orang-orang ini hadir atas dasar peluang yang mereka boleh kecapi atas kebijaksanaan dan kebolehan yang mereka ada -- bukan atas dasar warna kulit mereka diterima atau tidak di tempat itu.

Prejudis dan diskriminasi memang akan wujud. Tapi menonjolkan rasa prejudis dan diskriminasi ini, apatah melalui undang-undang, pilihanraya dan parti politik adalah hampir saja tak bijak.

Saya sering hadir dalam situasi majoriti kaum bukan Melayu, walaupun sekejap. Tapi dalam keadaan ini saya yakin dengan diri saya, sebagai salah seorang penduduk dunia yang saya juga ada kebolehan saya. Apa gunanya hak keistimewaan Bumiputra saya kalau saya berjalan di Fifth Avenue atau di Oxford St, di tengah lautan manusia yang banyak sekali perangainya? Di mana ketuanan saya masa itu? Yang ada hanya akal saya, dan iman saya.

Maafkan saya kalau nada saya mengajak tuduh-menuduh. Tidak sama sekali saya maksudkan begitu. Tidak ada yang tertuduh di sini, hanya yang perlu dimaklum dan diberitahu.

eraerzarusli said...

ada nada arrogant dalam kata2 itu syuk..

eraerzarusli said...

bila meluah rasa pasal politik, mesti ada pulak yang bukan main terasa.

you better be a very clean politician, syuk. jadi orang yang boleh bina dan bela bangsa. i'll see to that.

enuff said, end it!

u know what, syuk..i adore your writings but never thought you could be so aggressive like this. and as far as i can sense, u've been a little bit too far, across MY borderline.

thanks for dropping by, anyway. (even only emerge on 'politic' matter)

manusia terlantar said...

Sib baik aku tak pro mane2.. Err.. komen korang berdua sangat panjang.. dan aku malas nak baca.. hehe..

Orang islam bergaduh kat tengah.. Orang kafir tepuk tangan kat tepi macam tengok wrestling..

Sebab tu aku tak suka politik..

There was an error in this gadget

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Tudung-Online