Treble clef

beli Quran jom!

Followers (thanks!!)

I support breast feeding!

I support breast feeding!

Tuesday, February 17, 2009

berniaga online? mampukah menjana pendapatan?

semua orang cakap, kalau pandai berinternet, senang nak buat duit.

ye ke? sejak 1998, aku berkerja di cybercafe, tau serba sedikit ttg internet dan networking, pc dan trouble shooting (dulu la, sekarang kena bukak buku balik), rasa macam tak 'senang' pun.

pokoknya, tak ada yang senang dalam bab nak buat duit.

eh..tapi zhulian aku senang sket. sign up, beli barang keperluan biasa utk kegunaan sendiri, hujung bulan terima cek. best kan? walaupun takde ribu riban, (sebab sales pun tak cecah ribu riban) perasaan menerima paycheck tu cukup indah. hatta rm18 sekalipun, pasti seronok.

tu, yang dok bising2 dalam internet, jana wang lah, kuasa dua lah, wang matrix lah, mampus tipu! banyak udang di sebalik seketul batu. kot boleh dimakan, takpe jugak! benda2 macam ni, jangan percaya. aku dah cuba dan aku tak berjaya. baik cuba yang ada produk, yang tak perlu cari downline apa ke jadah semua. macam tupperware online, dan tudung online aku tu. promo link kita, org tak payah beli melalui kita, terus melalui website. kita cuma dapat komisen for every successful purchase. ok la tu, kan? pada mereka yang aktif online dan punyai berjuta kawan, pasti mudah nak jana side income, kan? yang penting, ada akal fikir, ada cara leh cuba. yang nyata, takde yang mudah dalam mencari sesuap nasi, mahupun membayar sewa rumah yang hanya ada satu suri!


nota buat Ami:

kalau ko ada degree, cgpa 3.6 and above, try apply kat Lembaga Hasil Dalam Negeri. aku leh tolong fwd kan resume. my mom's an officer there.

kalau ko minat lapangan oil and gas, suka nak travel being posted to maybe sarawak, kuantan instead of staying at one place, do email me your resume, akan ku fwdkan pd rakanku yang berada di sana juga.

blog ko takde tempat nak tinggal pesan laaaaaaaaaaaaaa.....

7 comments:

Ami said...

Kak era..shud i call kak era eh?
Yang untuk LHDN tu sy sgt berminat. Tapi requirement nya membuatkan sy x layak.

Oil & gas..tak ada basic pun boleh apply? Berminat port kuantan tu :D

eraerzarusli said...

bak aje resume tuh..akak fwdkan.

rezeki tu ketentuan Tuhan, kan?

mana tau dapat, leh banjer aku makan!! ngehngehngeh!!!!

note: kak era? ok jer..

manusia terlantar said...

Kak era.. Pesanan utuk saya takde ke..? haha..

eraerzarusli said...

pesanan untuk gorb..

rerajin update blog...

mueheheheheh..

ko keje best ke tak?

manusia terlantar said...

Insyallah pas ni rajin sket kot.. 'kot'...haha...Jadi student mane best kak oi...

Beban dalam jiwa ni asyik mintak duit dari mak bapak .. huhu

Nak ambik adik angkat tak? Mintak duit dari akak angkat tak beban sangat kot.. 'kot'... Haha

Eireen Camelia said...

huh, nnt ko jadi abg angkat aku. pastu leh la aku paw slalu.


YESSSS!!!

eraerzarusli said...

uhhh? kakak angkat? tak nak ahh...!! dah serik. adik2 angkat semua berfikiran macam ko jugak, gorb..

form 3 aje aku abih rm100 sebulan untuk adik angkat. mujur bapak aku tgh kaya time tu dan dia tak pasan aku selalu songlap duit dia extra. jahat sungguh ini anak!!! ampun dad. (err.. aku telah terima balasannya..daddy selalu sepak terajang aku dan membelasah tanpa kasihan dgn batang paip, hanger, talipinggang dan paling hebat, hampir guna kayu golf depan pagar sekolah..huhu..)

kak chik, paw jek diaaaaaaaaaa!! tak jadik abg angkat pun takpe...jejejejej

There was an error in this gadget

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Tudung-Online