Treble clef

beli Quran jom!

Followers (thanks!!)

I support breast feeding!

I support breast feeding!

Sunday, September 28, 2008

Raya!

Semakin hampir hari raya, rasa makin celaru pulak. time ni lah teringat semua yang pernah kita buat masa muda2 dulu. cemana sambut raya dengan famili. sibuk sana, sibuk sini. malam raya gi Kompleks PKNS, cari baju ke, tudung ke, handbag ke..kan? paling syok mestila time sembahyang raya. teringat dulu pg satu famili ke Masjid Negeri tu. sekarang dah kawen, boleh mengenang je la. agaknya, cenggini kot mak ayah rasa masa baru bina keluarga dulu.

Raya tahun ni, kalau ikut turn, sebelah mertua aku. tp diorang balik sabah pulak, makanya aku di shah alam je, sbb mak ayah aku bermastautin di bandaraya itu. bila jiran2 aku tanya, 'raya balik mana?' aku akan jawab, 'takde mana. shah alam dgn kapar je.' sambil senyum sempoi campur kelat. sempoi sebab takde payah nak bersiap-siap nak packing ke apa ke. pakai baju raya siap2, pagi raya di rumah aku, lepas solat dan bermaafan dgn suami, baru kami pergi umah mak atau mami. dah tuh, tgk lah..ikut la kemana mak atau mami nak pg. habis2 pun, balik kg ayah di pulau indah dan kalau mood ayah baik, dapat balik kg mak di slim river. kalau belah mami pulak, since famili dia masih di sabah, paling kuat pun pg umah sepupu dia di banting dan mungkin balik kg abah di rantau, n9. kemudian? selebihnya dah tentu dok melepak je kat umah sambil layan tv yang sibuk menayangkan banyak cerita2 best sempena raya. my neighbourhood? tak ramai yang stay around. mostly balik kampung. rasa macam dah jadi tanggungjawab pulak dok tengok2 kan rumah jenjiran. lagipun, tetiap kali raya, LAKI AKU KEJE! ngehhh!! bukan la keje mende pun sampai takleh nak balik beraya. cuma kerja dia sebagai pembantu teknik Radio UiTM memerlukan dia sentiasa ada untuk memastikan kesinambungan dan kelancaran siaran radio tu. DJ? sumpah tak dak! kalau org lain mungkin hangin gak kot. tapi mungkin sebab aku memang orang bandar, jadi takde terasa sangat la nak feeling2 dan syahdu2 time raya. raya pun memang takde nak sibuk2 ke mana-mana. seminggu lepas raya, baru aku tuntut dgn laki aku, untuk spend masa sepenuhnya, beraya umah sedara mara atau jiran tetangga. ye laa..time ni la laki aku plak nak cuti2 malaysia, kan? dah tentu minggu pertama raya tu org lain sibuk bersuka ria beraya tak ingat dunia, laki aku gak kena standby, kot2 radio out ke, kena lightning ke apa ke..tapi itu pun banyak yang tak paham. bila laki aku claim o.t time raya, ada je yang bunyik. nak je flying kick mulut yang macam *tuuuuttt** tu. takpe, nak raya ni..tak baik memarah..heheheh..

ok..nak buat apa2 yang patut. esok pepagi, laki aku nak gi antar adik ipar aku gi airport. nak balik sabah. pak mentua aku tersilap booking ticket. depa dah pg pagi tadi, adik ipar aku tertinggal, abah salah booking date. abah..abah..esok malam lak, plannya konon2 laki aku nak buat barbeque. kawan baik aku zul dan zila nak datang antar kuih yang aku pesan, leh lelepak sambil sembang2. malam ni laki aku last buat show kat sacc mall, ada Nabil raja lawak. esok? hmm..nak gi ikea, nak gi beli barang2 dapur, nak beli daging, ayam dan sebagainya untuk raya nanti. raya masak apa? hmm..cadangnya nak buat kari daging, rendang ayam dan nasi minyak. kalau rajin, nak buat roti jala jugak. phew!! best kan?

selamat hari raya semua!
maaf zahir batin!

Tuesday, September 23, 2008

Aku dapat kad raya!!!



mekacih yerk..
nama dia dalam blog nih, flurry. sumpah aku lupa nak tanya nama betul dia..
keh keh keh..



Salam AidilFitri!

To all my friends, adik2, friends of my adik2, and my blog visitors, Salam AidilFitri!




note: credit to Ajid for these beautiful creative designs.









Sunday, September 21, 2008

Kelmarin, semalam dan mungkin hari ini..

kelmarin

aku agak kegelabahan. sebab apa? keesokannya bday dalia. dan disebabkan buat kat umah mentua aku, gelabah jadi double!! apsal? biasa laaaa...umah mentua beb. segala macam plan aku buat. nak beli itu, ini, apa nak prepare. budak2 nak pakai baju apa. apa nak bawak. urrghhh!! leh migraine!!

semalam

ingatkan nak keluar awal sikit. tapi BAPAK budak2 ni lak bangun lambat. takpe..kitorang get ready je.. tapi, dekat2 kul 12 tgh hari baru keluar. papa kata takleh lama, kul 3 nak pg SACC, nak get ready untuk NITRUS punya show kul 4. muka aku? mandom gila!! dok dalam keta jek. pg antar bj dalia jap kat bkt kapar to be altered, singgah kejap kat tesco beli kek, kul 2.30 balik. budak2? macam orang gila, sebab sekejap je jenjalan. aku dah pesan dah, keluar la pagi sket. spend masa berhemah. plan journey. tapi tak nak ambik port. tau la bz..aduih..aku tatau apa nak cakap. tambah migrain kepala aku. nak marah2 kang, laki aku. tak cakap kang, dia sound aku lak..apsal tak cakap. sudahnya? diam jek la.

dalam kul 6, papa balik. budak2 baru bangun tido. memain jap kat luar. pa kata kul 6.40 leh pg umah mami. dia masuk bilik, katanya nak babam kejap. kul 6.15 aku suh bebudak mandi. sesambil aku gorengkan nugget untuk diorang, aku mandikan. kul 6.40 bebudak dah siap. pa lom bgn lagi. aku suh bebudak makan, dekat kul 7 br papa bangun. dan2 tu jugak hp dia bunyik, 'umah mami' tertera on screen. sudahnya...siap sederas mungkin, terus cabutssssss..

hari ni

konon2 nak ajak pg beli barang kat Tesco Setia Alam yang baru bukak tuh. semlm dah cakap dgn papa, nak ganti balik waktu jenjalan yang sekejap sangat semalam. lepas sahur, semua tido. siap terlepas Subuh. qadak time zuhur. ziyad pepagi dah kena marah. nakal siot budak ni. degil dan tak nak dengar kata. menjelang kul 12, pa bangun. budak2 dah lama siap mandi. dah siap sarapan pagi. dah pun minum susu. aku tgh online, cari peluang income baru. Ziyad buat hal lagi. disebabkan papa dah bangun, ziyad kena pelangkung! aku dah kata, diorang dua memang tak ngam. sebelum teruk, aku tangkap dulu yad. tp dlm pujuk2 dan selamatkan dia dr kena hentam, aku cubit2 juga. geram!! tak lama pastuh, ziyad tersengguk. bila aku tegur, dia dtg kat aku, mintak masukkan dalam buai. papa dia herdik. nangis lagi yad.. sudahnya, aku dukung la dia, masukkan dalam buai. dlm 15 minit, yad tido. setengah jam pastu dia bangun. sekejap gila!!
papa dah siap mandi. aku ingat nak ajak gi tesco dah ni, sekali dia cakap nak gi studio. buat mixing. aku? mandom la lagi!! geram, sakit hati, marah semua ada! aku bukan nak ajak gi tesco tu nak jenjalan ke hapa ke..aku nak beli barang dapur. nak beli beras, susu anak, puting botol anak. urggh!!! bukan nak cuci mata ke, nak jumpa kenkawan ke, sanak sdara ke! aku tau dia ada keje, tp yang buat aku marah gila, tak tau nak budget masa! tadi sblm keluar pa kata kot mlm ni leh pg, sebab budak nak recording blom bg kata putus, jd ke tak. pastu tadi pa call, mlm ni konpom ada recording kul 9.30. aku? takde la marah sangat, sebab masa dia cakap tadi pun, aku dah agak yang dia mesti akan ada recording. sudahnya, aku sms je la apa barang nak beli. suh dia beli sendiri. harapan aku dah punah dah. dan aku sudah hilang mood. dia mesti dapat detect aku suda takde mood sebab bila dia call, aku mcm layan tak layan je. aku malas nak cakap. hanya apa yg perlu je. sepuluh patah dia bunyi, dekat 2 patah je aku reply. aku malas dah nak banyak cakap. bila aku cakap kang, dia kata dia keje, nak cari duit untuk keluarga. itu aku paham laaa...sebab tu aku selalu terasa nak cakap kat dia:-

'kadang2 ma rasa, pa susah nak luangkan masa dgn kitorang sebab kitorang tak datangkan income apa2 pd papa..nyusahkan je ada..'

bukan tak pernah luahkan, tapi lebih baik pendam. sebab kalau aku luah, sakit hati aku jd bertambah. dan aku akan bertambah marah. kalau aku marah? kebarangkalian aku untuk meninggi suara amatlah besar. aku tak nak kumpul dosa dengan suami. tp kadang2 aku terfikir juga, mana keistimewaan aku sebagai isteri? memang aku sayang dia, dia laki aku. dan aku tau dia sayang aku sebab aku bini dia, mak kpd 3 org anak2 dia. tapi sebagai manusia biasa, aku pun ada hati dan perasaan juga. aku tau dia sibuk bekerja. aku tau dia penat bekerja. aku juga penat jadi surirumah sepenuh masa. aku diminta memahami dia, sebab dia suami aku. aku dok tunggang langgang kat umah dgn anak2 dan mcm2 lagi, sape nak memahami aku? budak2 buat hal 24/7, aku cuma ngadu 1/24 je. sekadar nak lepas rasa. sebab aku tak nak nyesakkan hati, kepala dan perasaan dia. tidak fahamkah aku dgn situasi dia? aku cuba sedaya upaya tak nak memarah anak kalau dia ada dirumah, sebab tak nak dia sakit kepala dan buat alasan nak ke opis sebab rimas nak dok umah. itupun aku dikira tak memahami dia ke? aku tak mintak emas permata, barang hadiah memahal gila. aku nak masa..masa untuk diluangkan bersama dan masa untuk dihargai sebagai manusia yang bergelar isteri dan mama. itu je!!


kesimpulannya; hari ni mood aku sangatlah mandom!!

Thursday, September 18, 2008

tetiba..


Song lyrics | Yesterday Once More lyrics



aritu aku dengar lagu ni dalam kereta adik aku, masa dia hantar aku balik dari rumah mak aku..
tetiba je aku teringat zaman sekolah, di mana aku selalu jugak la memekak menyanyi2 setiap kali ada function kat sekolah. tak kira la bulan Bahasa Malaysia ke, bulan Sejarah ke, aku mesti ada atas stage. kot tak menyanyi, aku berlakon pentas, kot tak pun, aku jadi pengacara jek. ngeh..ngeh..ngehh...

lagu ni sangat syahdu.

Yesterday Once More by The Carpenters.

apa lagi...LAYAN!!


************************************

Happy 31st Anniversary Mak, Ayah!

aku baru call mak aku; around 9.45pm.

'alo..mak..dah tido ke?'

'ha..ngape?'

'la..blom kul seploh mak..'

'ala...ngapenye?'

'takde apa..happy anniversary..'

'ha?'

'happy anniversary la..'

'la..ye ke? lupa la'

isk..mak, mak. tu la..penat sangat bekerja, ma lupa anniversary sendiri. tapi, aku rasa mak mungkin terlupa sebab dia penat dok ngingat sensorang. ha ha..ayah bukan nak ingat pon. org pompuan bab tarikh2 keramat ni, memang selalu ingat dan expect pasangan dia pun akan ingat sama. tapi as age climbs, old memories loosen and fading. i guess so.

anyway,

Happy 31st Anniversary Mak, Ayah!

kakak sayang mak, sayang ayah!


HECTIC!!

tadi Keong datang. habiskan kerja2 merepair bumbung dan bilik air master bedroom aku dan pasang grill pintu dapur aku.

dari kul 9.40am sampai kul 3pm dia dok bekerja keras (konon). anak2 aku, biasalah..huru-hara! macam tak pernah jumpa orang. diorang memang cenggitu. kalau ada orang datang, mula la buat perangai. kenal ke, tak kenal ke, orang jual yakult ke, orang mintak sedekah ke..sesuka jek menggelupur nak jemput masuk. apahal ntah!!

aku dok menahan je perasaan marah dan geram aku dengan budak2 ni, especially ZIYAD. tapi, menjelang kul 2, aku sudah di ambang amarah. ntah hapa-hapa jek yang ada dalam kepala otak dia, tak reti nak duduk diam. nak makan aku bagi makan dah. segala spaghetti, roti, susu semua aku bagi dia. ntah la budak ni..paling banyak buat hal..geram aku dibuatnya. sudahnya, aku debik je. sebab tak sakit, dia tak nangis. jadi aku ugut dia dgn hanger, konon2 nak swing (hanya adik2 aku tau cemana gayanya, hehehe) terus dia nangis. poyo! debik tak nangis, gertak sket dah kecut. cemana ntah anak jantan aku yang sorang ni...hii!! geram!! biar lah dia. kot dah makin besar sok makin elok, harapnya lah. tu belum lagi dengan papa dia. pantang usik sket, meraung. diorang memang selalu tak ngam. mak akucakap, biasalah..anak jantan mmg tak berapa ngam dengan bapak. anak jantan selalunya anak mak..ye la kot. ziyad sampai sekarang pun masih tido dgn aku dan adik dia. selalu la dok cari tangan aku nak cium2, nak lapik kepala dia. aku nak tido pon tak selesa. huh!! nasib baik dia anak aku. kot sampai besar cenggitu, masak la makwe dia. hehehe...

sekarang umah aku dah ada grill, bumbung dah ok dan possibility nak dimasuki secara tidak sah harapnya makin kurang. *finger crossed*

note: hari2 aku baca ayat kursi kat pintu dan tingkap umah aku. pendinding.

Monday, September 15, 2008

shopping

semalam gi bukit tinggi.

mertua aku bawak aku dgn anak2. laki aku tak ikut, dia ada keje. adik ipar aku pun join, laki dia pun tak ikut. okehla..org lelaki, mana suka nak jenjoin membeli belah sangat..kan?

4 org dewasa, 4 kanak2. riuh siotttt!! pengsan pak mentua aku jaga anak jantan aku tuh. anak dara aku siap leh dera nenek dia temankan dia gi berak. ngeh ngeh ngeh...

dekat nam ratus juga abah belanja untuk cucu2 dia. hebattttt!!! sib baik anak menantu takleh join. kot tak, mau beribu!!

tenkiu bah. jasamu di kenang. tapi abah mesti cakap 'alah..bukan untuk orang lain, cucu2 abah jugak.' hehe..

aku rasa aku suka berjalan, window shopping etc. but!! semalam aku kalah teruk dengan mak mertua dan adik ipar aku. hebat 2 beranak tu!! abis sakit2 badan dan kaki aku. aku tau dah dari mana datang 'kaki berjalan' kat laki aku. kokos punya penangan nih!! hehehe...nasib baik aku ada pelapik tilam contiago zhulian. lega siottttt!! balik je, rehat jap, mandi (dgn anak2) pas maghrib landing!! esok, ready nak jalan lagi. dalili satu tahun esok!!!! hik hik hik. dah besar dah anak mama! thn depan, nak kena setting bilik pulak, nak ajar diorang tido asing dari mama papa. kejap je rasa budak2 ni membesar.


*senyum sorang-sorang*

Friday, September 12, 2008

If only i can afford it

I have so many things on my wish list.

  • i want to perform umrah with my family, along with my parents and siblings. but i couldn't afford it, yet.
  • i want to buy gifts for my hubby on his every birthdays and our anniversaries. but i couldn't afford it, yet.
  • i want to be able to buy my children's what they want, but i couldn't afford it, yet.
  • i want to provide good education for my children, send them to the best school nearby, but i couldn't afford it, yet.
  • i want to be able to expand my hubby's business, but i couldn't afford it, yet.
  • i want to help my hubby in his recording and jamming studio, but i couldn't afford it, yet.
  • i want to help my neighbourhood to provide fences or cctv to prevent theft and burglary, but i couldn't afford it, yet.

Ya Allah. ampunkan hamba Mu ini, murahkan rezeki kami dan lindungi kami dari sebarang kejadian dan bahaya yang tidak kami ingini! This is all that i can afford; DOA!!

Amin.

rumah aku (part 2)

IT HAPPEN AGAIN!!

and now I AM SO PISSED OFF!!

second time break-in.

now the fella took away the power cable, which i thought he forgot to take the first time he broke in to my house. now i can see the trace of my kitchen window being lifted (umpil). and i can see finger prints too. but can't do anything for my hubby haven't filed a report yet. selotape pon takde. kot tak dah jadik csi tak bertauliah aku nih!!

apa nak cakap lagi. sekarang ni aku rasa marah sangat. terasa nak buat trap je. malam ni aku ingat nak try jadi McGyver pulak. banyak idea aku nih. bak kata jiran seblah umah aku, ini mesti keje budak2, a.k.a org taman aku sendiri. sebab? ye la..ambik barang yang mcm dah aim nak ambik. kalau pencuri bertauliah, mesti kopak pintu dan hangkut barang2 hebat, kan? atau mungkin, rumah aku takde barang hebat, dan dia malas nak buang masa. pale otak dia!!! siap dia kalau aku dapat tau siapa dia sebenarnya.

laki aku nak buat repot. tapi aku tak tau bila. sibuk memanjang. esok kot.. ntah lah..


********************************************************


Tuesday, September 9, 2008

rumah aku...

ini bukan atap umah aku, tapi atap umah jiran depan umah aku. aku ambik gambar rainbow tu je..



aku sedang takut.

we just got back from buka puasa and some shopping last sunday. we went out after zohor (around 3pm) and came back home around 9.30 pm. sedang aku leka membuang tag harga baju2 anak2 aku, tetiba laki aku bising..

"ma, mana hard disk papa?"

"uik? mana ma tau. apsal tanya mama lak. ada la atas meja tuh."

"tak ada..ma ada kemas2 meja papa? ada alih tak?"

"apa ni pa, tuduh2 ni. ma lap je meja tu. semua ada kat situ. takde nya ma nak alih apa2!"

memang..hard disk papa hilang!! aku jadi kenpius + gelabah + takot!! habis la belakang meja tuh aku cari. siap selongkar bakul mainan anak2 aku, kot diorang pepandai lak memain benda alah cenggini. but then aku terpikir..takkan pulak pandai budak2 nak cabut kabel usb & adapter hard disk tuh? memang tak logik!

then aku teringat!! i did saw a movement early saturday morning around 3 am. kitorang kan tido bilik bawah, the whole 5 of us. that night papa came back home a bit late, around 2 am. ada recording. dah alang2 balik lewat, sahur sekali. around 2.45 kot, masuk bilik la, si kecik nak nyusu, layan la. dah tuh bila berpusing mengadap pintu bilik, i saw a slight movement in my living room (umah jiran belakang tu memang selalu tak tutup lampu dapur dia, jadi ada juga bantuan cahaya untuk rumah kitorang). aku kejutkan papa, but he sounded asleep. penat sangat la tuh. pastuh aku check lagi sekali. kot2 la mata aku buat lawak pagi. sah. mmg ada movement. grabbed my henpon, called home phone. tujuan aku adalah untuk membuat 'si dia' blah. takot siot..tapi aku beranikan diri keluar dari bilik. keselamatan keluarga dan anak2 aku lagi penting. dengan bulu roma masih tegak berdiri, aku search seluruh ground floor umah aku. siap kibas2 langsir, kot2 ada yang nyorok tang tu. tapi aku tak cukup berani nak naik atas.
  1. sebab takde lampu (umah aku tak fully furnished lagi).
  2. aku dah takut sangat.
  3. yang aku jumpa cuma seekor lipas di tangga yang akhirnya mati aku ridsect kan gila2.
agak2 yakin takde orang, aku masuk balik bilik. sambung tido. kang terlajak lak subuh. but aku memang mengadap je ke pintu bilik yang aku kunci kemas2. sampai hari ni, aku masih takut. time tu, takde plak aku terpikir nak check ada barang hilang ke tidak. maklum, tgh takut-takut berani. bila papa bising that sunday, baru aku teringat. maknanya, aku memang tidak salah. maknanya, mata aku memang tak buat lawak pagi!!!

aduh..mengulang cerita saja sudah membuat perut ku memulas.



nak berak..tunggu esok siang lah.




************************************

tak suka! tak suka! tak suka!

AKU SANGAT TIDAK SUKA UNTUK BERGADUH..

  • tapi aku pantang kalau ada yang ajak gaduh.

AKU JUGA SANGAT TIDAK SUKA MEMUKUL ANAK

  • tapi aku selalu hangin satu badan dgn anak2.


...dan semalam, aku bergaduh...

kesannya? aku sangat tertekan sebab aku gaduh dgn laki aku..

...kalau gaduh dgn org lain aku tak kisah...

tapi dia laki aku..uhhh...pada tuhan jek aku ngadu...

mak aku cakap, "biasala laki bini gegaduh, ko diam je."

aku cakap balik, "ye la mak..."

...mak aku memang takkan backing aku...

***************************************************

Friday, September 5, 2008

sembang malam

malam tadi, lepas anak2 semua aku dah tidokan, aku sembang2 dengan laki aku sambil nonton tv. citer apa ntah aku pun tak hengat..dah kul 2.30am beb, mana nak ingat..mata pun dah malu-malu je nak terbukak luas. dok sembang2, dari cerita pasal aktiviti anak2 tetiba terkeluar cerita masa memula laki aku datang umah mak aku...

"jeng..jeng...jeng.................."

takde la 18sx maupun 18pl. otak kotor korang nih!! teruk!!

"ma, agaknya dulu kalau ma jumpa pa masa pa student lagi mesti ma tak nak kat papa, kan?"

"uik? apsal?"

"ye laa..papa dulu selekeh je..mama kan suka org yang kemas dan macho.."

"uhh..pompuan mana tak suka lelaki yang nampak kemas dan macho?"

perbualan terhenti..

"ma, masa pa memula nak datang umah mak dulu, apa la agaknya ma bagitau ayah, ek?"

"bgtau ayah? pasal papa nak datang bekfest?" laki aku angguk kepala.

"perghh...!! nak terkeluar segala macam isi perut di buatnya, tau..."

memang pun..

aku kenal laki aku secara tak sengaja. dia bekerja sbg pembantu teknik radio di UiTM (UFM 93.6fm). aku selalu jugak la jadik caller kat stesen nih. dan secara otomatik jadi pemanggil setia ruangan yang dikendali oleh satu dj nih. and one day, niat aku memang nak call dj yang aku kenal nih...

"alo romi..nak mintak lagu short skirt long jacket bleh?" aku main sergah jek..

lalu jawab suara di hujung talian, "err..salah orang ni. saya bukan romi, dia off hari ni."

oooppppssss!! sib baik dalam tepon. kot tak sure dia dapat tgk muka aku yang terkemaluan nih..

"op..sorry" kataku sambil kontrol keayuan suara..

dan dari situ bermula lah detik perkenalan...kitorang pun set date yang pertama; malam tu jugak. habis jek waktu keje (aku masa tu masih lagi bekerja di AmBank, Seksyen 16; skang dah pindah ke seksyen 15) kul 5.30 ptg, aku cepat2 tepon teksi.

"alo..aaa kemuncak awal. tlg antar teksi ke ambank 16, nak ke seksyen 9. tq.."

sampai je kat umah..aku rileks jap..ambik nafas, main2 jap dgn adik aku yang bongsu (masa tu dia br 5 thn, skrg dah 11 thn), gi mandi, maghrib dan terus siap tunggu dgn penuh kedebaran panggilan telepon dr dia...

trutt!! henpon aku bunyik.."hi..i dah dekat concorde ni, jap lagi i sampai."

"aa..okeh. i tunggu kat luar.." end call.

"mak, kakak pg dulu!"

"pegi mana pulak?" mak aku tanya.

"la, td kakak da cakap. nak kuar jap, gi makan." padahal aku takde cakap pon kat mak aku..

"ntah bila ko cakap ntah (kan aku dah kata!)..haa..balik cepat!"

aku pon bergegas ke luar. anxious gila babi!!! ye la..tak penah jumpa. dok bayang cemana la rupa dia..time ni teringat aku citer Ibu Mertuaku. time sarimah dok delay2 nak jumpa p. ramlee.. dapat bayangkan scene tersebut? keh keh keh...

agak2 dalam 5 minit aku tunggu kat luar, satu kereta wira sedan 1.6 berenti depan aku.

"Hi..Era?" aku angguk..

"jom..dah bole pegi?" dia tanya..

"ok.." pendek jek balasan aku..

dalam kereta aku nampak tag nama dia 'Zairi bin Zahar, assistant engineer'

'fuhhhh!! biar betul!!' getus aku.

"so..nak pegi mana ye?" soalnya

"eh, mana2 je lah. tak payah jejauh. dekat2 pon ok.." aku cakap.

"ok..kita gi kafe 13, ekk?"

aku setuju...sampai sana order lebih kurang, sembang2 dan after 1 hour, kitorang pon nak gerak balik. almaklum, first date kan..takkan nak lepak sampai pagi pulak.

tapi terus terang aku cakap, aku takde perasaan langsung kat dia masa tuh. tak suka tidak, suka pon tidak. nyampah tidak, jatuh hati pon tidak. kosong!!

but then date kitorang tidak berakhir di situ..esoknya date lagi, dia ambik aku balik keje. heh..jimat duit teksi aku, kan? lusa pon date lagi dan tulatnya (sunday) tu bermula lah kegabrahan hati aku.

tanpa ada rasa cinta, aku terima dia ni dalam hati aku. mungkin sebab dia baik dan takde melampaui batas dalam berkawan dgn aku. then aku cakap dgn dia, berani tak nak jumpa mak ayah aku ahad nanti..dia setuju. huih..kerek jugak kan? balik keje ari sabtu, aku bgtau mak aku yang kawan aku nak datang jumpa mak ayah.

mak aku tanya, "kawan apa pulak?" aku cakap, "kawan laaa...mak bgtau ayah ekk..?"

"laki ke pompuan?" mak aku tanya lagi, buat2 bengong.

"mak, kalau pompuan buat apa nak jupa dengan mak ayah pulak?"

mak aku sengih ada makna..(tak percaya agaknya, anak sulung dia yang debab ni ada matair)

that sunday morning (aku tak ingat tarikhnya) aku menanti dgn penuh gelabah. around 9a.m (laki aku ni mmg punctual orangnya) dia sampai. mak ayah aku baru balik jogging. bila aku nampak kelibat kereta dia kat luar rumah, aku terus bgtau mak aku.

"mak, dia dah sampai. panggil la ayah.." aku sound mak aku yg tgh sibuk buat cekodok spesel dia.

"lah..panggillah sendiri!" mak aku kata...ah, sudah!! mak tak bgtau ayah ke??

"yah..kawan kakak datang tu, nak jumpa ayah?"

"apehal pulak? ada apa? kawan mana pulak ni?" aduh!! ayah..ayah!!

"ala..kawan kakak laa...pegi la tgk.." mak cakap dgn senyum2 kambing.
(mak ni teruk aa..sama jek dgn ayah. buat2 tak tahu, buat2 gelabahkan aku!)

aku bagi lampu hijau kat dia, suh masuk.

bila aku nampak jek dia, hati aku luluh sekejap.

'hek enna..sempoi sangat pulak mamat ni. nak jumpa mak ayah aku, kemas la sikit. t-shirt dgn seluar trek jek. pakai selipar lak tuh' aku mula nak hantuk kepala kat dinding.

aku tengok bapak aku macam ok jek. salam..ajak masuk.

mak aku bagi satu kritikan pedas ala-ala Roslan Aziz dalam Malaysian Idol.

"macam koling!" mak aku cakap dgn loghat Mandahiling (mandailing) dia.

"emak...!! tak baik tau.." aku protes..

"apsal kakak ni cari keturunan jugak ni.." mak aku cakap sambil senyum2 bangga. ye la..keturunan dia la tuh..(tuk nyang aku dari India, tp mak aku putih mcm cina).

aku pun dgn penuh hati-hati, gi hantar cekodok untuk ayah aku dan si dia. aku dengar diorang dah mula nak sembang. 'macam baeekkk je nih' dlm hati ku bersuara.

tiba-tiba ayah aku bersuara...,

"kakak..ambik sos cili kat dapur!!"

uik? sos cili? bergegar umah aku (walaupun lantai marble, hehehe) dgn larian anak ku ke dapur mengambil sos cili yang di minta. sampai kat depan ayah nampak macam menahan ketawa jek.

dah setel bekfest, si dia pun berlalu kembali ke ofis (radio UiTM). aku dok ruang tamu dgn mak. ayah masuk, kunci pintu depan dan terus ketawa bila nampak kitorang (aku dgn mak la, sape lagi..adik2 aku? semua membuta, blom bangun).

"ada ke mintak sos. selamba betul!" ayah aku cakap. aku dgn mak pon sambut dgn ketawa jugak. lawak siot. aku ingat ayah nak marah sebab ajak kawan lelaki datang umah. tapi nampaknya kali ini berbeza.

(aku pernah di ugut untuk di tembak oleh ayah aku kalau aku bawak kawan lelaki balik umah)

seminggu lepas pertemuan dgn mak ayah aku, si dia bawa aku gi umah adik dia. dinner together, kira macam double date la (adik dia pompuan, masa tu dah dua thn kawen dan tua 2 tahun dari aku). disebabkan husband dia orang kelantan, jadi lauk malam tu adalah tomyam dan telur dadar. ada juga sambal belacan. sebab nak jaga hati, aku (masa tu panggil adik dia kakak, maklum aku muda dari dia) makan je la, tapi sikit. bila di tanya kenapa sikit je, aku jawab dah kenyang. tapi yang sebenarnya aku tak makan tom yam. hehehehe..sampai sekarang agaknya dia tak tahu aku tak makan tom yam. (ina, yong tak makan tom yam tau...;)

the next day, si dia ajak aku dinner dgn mak bapak dia pulak. perghh!! segalanya berlaku dengan begitu pantas dan lancar sekali, kan? mesti ada yang tak percaya. (both of our parents tak tahu yang kitorang baru jek berkawan). masa makan dgn mak abah dia, aku jadi macam kenpius sket. banyak siott lauk atas meja. bukannya ramai guest pon. aku sorang jek. family dia pon cuma berenam, termasuk menantu. takpelah, rezeki. tapi aku memang bukan jenis yang makan lauk banyak2. aku jenis yang makan satu jenis lauk je pd satu2 masa dan aku tidak pandai meratah lauk; aku tidak di ajar begitu. makanya, aku makan ala kadar jek lah. selesai makan, biasalah. dah tentu ada sembang2 dan tetiba mak dia tanya satu soalan maut....;

"jadi, dah kenal ni, bila nak kahwin?"


ehh!! aku jadi terpinga-pinga bodoh, lalu menjawab "takkan saya pulak. dia la.." sambil memuncung ke arah si dia yang tersenyum-senyum ala-ala seronok tapi mengada-ngada.

"elok lah cepat-cepat," kata mak dia lagi. aku cuma tersenyum kelat, terkulat-kulat.

pendek cerita (aku pun dah penat nak cerita), the next month, famili dia datang merisik, 3 bulan kemudian (oktober 2002) kami di tunangkan dan 31/05/2003 di masjid (aku lupa namanya) seksyen 16, Shah Alam;

"aku nikahkan akan dikau Zairi Bin Zahar dengan Eranee bt Rusli dengan mas kahwin 80 ringgit, tunai."

"aku terima nikah Eranee bt Rusli dengan mas kahwin 80 ringgit, tunai."


sekali lafaz! aku sah menjadi isteri si dia, sehingga ke hari ini dan di kurnia 3 cahaya mata comel2 dan bijak bestari!!


*************************************

terkenang semasa dulu...

salam sejahtera..

ngeh ngeh ngehh....

adik aku suh baca satu blog nih..

blog anak mat nor

memang aku terasa seperti dulu2. hebat jugak budak nih. umur? takde lah jauh sangat dgn aku.. dia 25 aku 29. bleh nko aku jek kalau sembang pon. aku tanya adik aku mana dia dapat tau pasal anak mat nor nih? dia kata dia main search jek kat blogger search..adik aku nih takde keje agaknya..takpun dia tgh tension dan boring tahap anjing tergolek kena langgar lori.

masa baca post anak mat nor pasal musang tuh, aku kat umah mak aku dan dah tentu aku baca dgn adik aku yang sibuk nak check new comments kat blog dia. dan dalam post pasal musang tuh, ada rangkap lagu yang adik aku baca sambil lewa dan menonong je. takde perasaan. dah tuh dia berbunyik lak..

"ek ennennn..amendeeee aa budak ni buat nih"


sambil terkekeh-kekeh ketawa..(ak ennen tapi dia ketawa gak..tah apa2 tah. tapi aku tak tipu, memang blog anak mat nor tuh lawak, lawak semprit..). lalu dgn bangganya aku pun nyanyi lah bait lagu itu dengan penuh perasaan..adik aku terkujat..
"laaaa...lagu ke kak??"
dia tanya..

"ye la..lagu masa sekolah rendah..ko tak blaja ke??"

dia cuma senyum kambing..takpe lah...dia tak tahu kot..heh..

tapi!!! aku nak ucap trimas lah kat anak mat nor nih..ko mmg musang!!! ha ha ha..lenkali kalo makan kfc, pos sket kat aku!!



***************************************

Thursday, September 4, 2008

sedikit terjahan idea untuk side income

Pernahkah

anda terfikir bahawa ada bisnes yang paling lumayan dan paling senang?

Pernahkah anda terfikir berniaga tanpa menjaja? Pernahkah anda terfikir

berniaga tanpa modal? Pernahkah anda terfikir promosi tersedia tanpa

perlu dikarang sampai pening kepala. Pernahkah anda terfikir bisnes itu

telah wujud? Tak pe lah, tak payah fikir lagi. Cuba klik link di bawah:

http://Prepaid4U.Net/?id=erareload




******************************

Wednesday, September 3, 2008

barang kemas Zhulian




aku nak lego barang kemas ni dgn harga runtuh!! sebab musababnya:-

  1. aku tak pakai sangat, sebab duk umah je, kan..sayang plak dok tengok dia tersimpan je dlm lemari.
  2. lagipun masih baru sangat. aku pakai sekali jek masa aku kawen dulu. dah lebih 5 tahun beb, masih cantikkkkk!!
  3. warranty card dia masih lagi ada dan boleh pakai lagi. setakat nak pg cuci balik, takde la mahal sangat, kan...
  4. saiz dia agak besar untuk aku laa.. dulu aku 98kg, sekarang 88kg.. hehehe..longgar dah beb..


berminat? harga satu set tu, sekarang RM341. aku beli RM288 tahun 2002. aku nak let go dgn 25% diskaun. kot nak beli satu-satu pun aku bagi diskaun 25% gak. cincin (saiz 17) RM89, rantai tangan RM199. harga seblom diskaun. postage? aku pakai pos laju. nak? order cepat..kang tak sempat pakai raya..hehehe...


***************************************************

Nak beli tudung tak??






ini tudung chiffon kecik. manis di pakai ala-ala model kat runway tu..buat skarf lilit leher pun cantik.
harga kat luar RM39, harga aku RM 33 termasuk postage. note: this is ready stock, made in Italy











ini plak tudung chiffon besar. sesuai sangat untuk yang bertudung litup. kalau kreatif, macam2 gaya boleh buat.
harga kat luar RM45, harga aku RM 40 termasuk postage. note: this is ready stock, made in Italy






ini pulak tudung moroccan style. orang kita panggil tudung sheila rusly, sebab lepas balik haji dia banyak pakai tudung cenggini. padahal mak aku & aku lama dah pakai tudung ni. takde plak dia nak kreditkan kat kitorang ekk..aku nak tukar lah nama dia.. tudung Pn. Azmiah. hehehe..
harga kat luar RM39-RM42, harga aku RM35 termasuk postage. note: this is ready stock





p/s: nanti dah ada new stock leh update lagi..tq!!

Tuesday, September 2, 2008

Dalili!!

tengok gigi dia tu..hehehhehe


goodness!! Darling dah mula melangkah. walau secara tak sengaja, dapat juga nam, tujuh langkah. dia pun tak perasan agaknya yang dia dah berjalan. lawak gila tengok expression dia masa sampai kat aku selepas 'perjalanan' pendek dia tu. hehehehe..baru je 2 minggu rasanya dia belajar berdiri. cepat jugak budak nih berkembang. but still takleh lawan ziyad la..his first step was when he's 11 mths.

on the way home from sekinchan. adorable, isn't she??



Darling ni quite a scene maker gak tau. manja ke ngada2 ke aku pon tak tau nak kategorikan kat mana. kalau aku marah, dia bleh lak memain mata dgn aku. sape tak tergoda beb. sure tak jadi marah. tapi kalau dah hangin satu badan, dia main mata ke, dia kiss ke, lantakkk!! sure tak layan. tapi kalau papa dia marah, memang dia nangis!! papa kan garang...tapi marah2 sayang la.mak bapak mana tak sayang anak. kalau papa dia marah macam naik hantu, aku selamatkan dulu anak2. bawak jejauh, masuk bilik ke apa ke..orang lelaki ni, kalau tgh marah, bahaya...kita ni sbg mak, dah tahu perit jerih dan sakit nak mampos masa beranak, pasti akan tahan2 diri bila nak marah atau pukul anak. tapi tipulah kalau aku tak pernah langsung pukul diorang ni...paling banyak buat hal; Ziyad!! geram betul..tapi kata orang, kalau tak nakal, tak boy la!!! heh..jangan sampai nyusahkan aku sok lusa, sudah!!!


*******************************

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Tudung-Online