Treble clef

beli Quran jom!

Followers (thanks!!)

I support breast feeding!

I support breast feeding!

Friday, May 6, 2011

Saya tak mahu kaya raya..

Huish!! Siapa yang tak mahu kaya tu??

heheheh..

Aku. Aku tak mahu jadi kaya raya. aku mahu hidup biasa-biasa dan cukup serba serbi sahaja. Bila nak makan, ada benda nak makan, nak tido ada tempat tido, nak jenjalan ada duit isi petrol, servis kereta, bayar tol dan singgah2 makan. Bila nak bercuti ada duit nak bayar tempat penginapan. anak sekolah ada duit bayar yuran.

Setakat ni, Alhamdulillah. semua itu dapat dan merasa walau tidak selalu. namun, yang asas (utilities, groceries, school fees etc) tak pernah missed! Syukur!

Aku tak marah dengan mereka yang sibuk2 nak kaya. Dok promo mcm2 kat aku pasal program nak cepat kaya. MLM pun, aku join utk kegunaan sendiri sahaja. Tak perlu korang susah payah nak promo, paksa, tunjuk itu ini begitu begini bukti kete besar, duit melambak (mcm ID tu, hyprobulk lah, login fb bla..bla..blahhh) kat aku, konon bleh cepat maju. Aku tak layan semua tu. Oh ya.. bukan tak layan langsung, aku DAH pernah layan dan dah kena tipu.

Now, aku cuma konsentret dgn Bio Asli aku..sebab aku guna barang dia, sesuai dgn aku. Begitu juga dengan Mate5, aku masih layan. Lain2, benda yang takde depan mata, tp nak kena promo bagai nak gila, pada aku, ianya HARAM. ko promo angin ke, sampai bleh dpt ribu riban, sedangkan barang tak ada? kata tak payah buat itu ini, dah dapat 'gaji'. abih, buat apa nak promo? kan? spamming kalau nak promo? dah sah2 jadi tak halal sebab caranya menyusahkan dan buat org benci.

Pernah ada budak ni, dok ia-ia promo kat aku. Bukan promo pasal kegunaan produk tp promo bgmana nak dapat rm30k seminggu! ko gila? rata2 MLM skrg ni, company director dia org apa? ko keje tunggang terbalik, promo sana sini, yg kaya sapa? kalau la ada lagi yg nak promo benda2 cenggini kat aku, aku maki sungguh2, hang tau!

Jangan cuba-cuba!

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Tudung-Online