Treble clef

beli Quran jom!

Followers (thanks!!)

I support breast feeding!

I support breast feeding!

Sunday, May 22, 2011

Kenapa 'couple itu haram'?




COUPLE ITU HARAM - artikel asalnya di iluvislam.com
sila cari sendiri. :)

Apa tanggapan pertama anda bila membaca tajuk artikel tersebut? Diulang; tanggapan pertama.

Sesungguhnya ia mengundang pada bacaan lanjut. Untuk difahami dan didalami setiap bait kata, setiap baris ayat, setiap langkau perenggan. Barulah nanti tercapai dek akal untuk dimengerti.

Namun yang menjadi persoalannya sehingga aku terpanggil untuk mengulas (konon!) tajuk artikel ini ialah penerimaannya di kalangan adik-adik, khususnya anak remaja.



Yang taksub akan dengan mudah menuding jari dan meninggi diri mengatakan dia berada di ruang dan laluan yang betul dengan tidak ber 'couple' sehingga menjadi topik bahas yang hangat di laman sosial popular tidak lama dahulu. Tanpa dengan bijak menggali dalam-dalam untuk setidaknya memahami maksudnya. Ini yang amat mendukacitakan. Betapa anak remaja kita dengan mudah menerima sesuatu tanpa perlu berfikir jauh-jauh, mengkaji akibat dan kesannya. Oh. Pastinya bukan semua. Ramai yang bijaksana, adanya. Ramai juga yang pintar berbicara dengan penuh isi butir bernas umpama pendita!

Berbalik pada topik. Apa maksud 'couple'?
Mudah. Maksudnya; pasangan.

Lalu, mengapa dengan mudah mengatakan ianya haram? Adakah pasangan suami isteri itu haram? Pasangan adik beradik itu haram? :) Sudah tentu jawapannya sama sekali 'tidak'. Pengertian dan kupasannya terlalu panjang dan luas untuk di bahas di laman maya ini dengan hanya dibantu ketukan papan kekunci.

Saat ini sudah pasti juga ada yang mula mahu panas punggung dan mahu melenting dengan bacaan yang sedikit cuma. Sabar itu separuh daripada iman. Sudah lupa? :)

Tidak ada salahnya kalau mahu menarik pembaca dengan tajuk yang panas atau kontroversi (selagi tidak membuka aib manusia yang lain; tidak kira batas usia, pekerjaan, bangsa mahupun agamanya), namun perlu berhati-hati akan maksud penyampaiannya. Perlu diteliti skop pembacaannya. Mengikut akal logik, mahu kah para remaja (yang artikel tersebut sememangnya ditujukan khas pada mereka) membaca dengan rasional, penuh rela dan berfikiran terbuka untuk kefahaman diri mereka? Mungkin 1 dalam sepuluh. Mungkin dalam ramai yang membaca, hanya separuh (ini pun dah Alhamdulillah!) yang faham akan terma penggunaan perkataan 'couple' tersebut, yang menjurus kepada bahasa muda mudi sekarang:
'aku dgn jeff skrg. kitorang couple. baru declare semalam.'
Oh, ya! Terma itu bukanlah terlalu baru. Ianya umpama ulangan sahaja. Aku juga pernah menggunakan terma tersebut zaman sekolah 18 tahun dulu, dan zaman IRC 4 tahun kemudiannya. :p

Lalu, apa kesimpulannya?

Baca bukan sekadar tajuk.
Bukan juga sekadar sambil lalu.
Baca dengan niat untuk mendapat ilmu.
Baru hidup akan pasti ada arah tuju.



Cinta hatiku. Moga kekal ke akhir waktu!

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Tudung-Online