Treble clef

beli Quran jom!

Followers (thanks!!)

I support breast feeding!

I support breast feeding!

Monday, May 23, 2011

Restoran dan produk makanan dan tanda HALAL palsu.

JUST CALLED JAKIM, KATANYA, STARBUCKS TIADA MASALAH. (SUKA LAH ADIK AKU NI!!)
IKEA FOODCOURT, TIADA DALAM SENARAI PEMOHON STATUS HALAL JAKIM. SO? AGAK-AGAK LA, OK? (aku sgt tak suka tepon jabatan kerajaan ni tau. lembab + berlagak, dari dulu tak pernah berubah. dah jadi sindrom!)

OLD TOWN WHITE COFFEE

Aduan Berkaitan Makanan dan Barang Gunaan Islam (HALAL)


Aduan :
Assalamu'alaikum

Saya telah menghantar emel ke Oldtown White Coffree untuk menanyakan sijil halal yang dipaparkan dalam lawan web mereka (oldtown.com.my>>our business>>our lourels) tentang mengapa sijil dikeluarkan JAIP itu hanya mengesahkan minuman sahaja, bukan makanan.

Mereka telah membalas emel saya dengan menyatakan mereka mendapat pengesahan dari SAS-H Consultants Sdn.Bhd. (CO.NO. 704021-P) di mana mengikut mereka, syarikat ini bekerja rapat dengan JAKIM dan mengikut ISO 1500-2004.

Soalannya apakah benar kenyataan mereka ini.

Selain itu, mereka menegaskan premis mereka adalah 'Pork Free'. Itu maklum kerana menunya sememangnya tidak ada hidangan tersebut. Cuma, kemusykilannya bagaimana status sembelihan ayam untuk makanan mereka kerana ada beberapa hidangan mengandungi ayam.

Terima kasih.
Assalamu'alaikum.
Tarikh Aduan :
02/01/2009 - 13:12:34
Jawapan :
Assalamualaikum SAS-H Consultants Sdn.Bhd. tidak diiktiraf oleh HDC mahupun JAKIM di dalam pengeluaran sijil halal. Kenyataan tentang bekerja rapat dengan JAKIM dan mematuhi MS1500:2004 tidak dapat dipastikan kerana tidak sebarang hubungan atau perjanjian antara kedua belah pihak. Sekian, Terima kasih.
Ramai gila kawan2 aku yang gemar ke tempat ni. Tak alert atau tak tau, atau buat2 tak tau, aku pun tak tau. Sedangkan dah pernah keluar tv, dah heboh internet etc suatu ketika dulu.

MANHATTAN FISH MARKET

Aduan Berkaitan Makanan dan Barang Gunaan Islam (HALAL)


Aduan :
Assalamualaikum,
adakah premis restoran The Manhattan Fish Market.
Conothnya di Alamanda Putrajaya, Ikano Power centre, Sogo dan Centre Point mendapat Logo Halal from HDC atau JAKIM.
Tarikh Aduan :
14/04/2009 - 01:28:47
Jawapan :
Waalaikumsalam, Restoran tersebut tiada didalam rekod JAKIM/HDC. Sekian. Terima Kasih
Bapak aku suka makan kat sini plak!! Kak Chik, sila bgtau ayah.. Kalau ayah aku yakin, haa.. bleh pergi.. Ayah aku ni ada instinct hebat. hehehe.

KENNY ROGERS, BIG APPLE, JCO

Aduan Berkaitan Makanan dan Barang Gunaan Islam (HALAL)


Aduan :
adkah KEnny Roagers mendapat sijil Halal dari pihak Jakim?begitu juga dgn Big Apple@Donut J Co?
Tarikh Aduan :
27/04/2009 - 00:53:42
Jawapan :
Salam, Kenny Rogers dibawah syarikat Berjaya telah mempunyai sijil halal sejak Jakim lagi hingga sekarang ini. Untuk Big Apple@Donut J Co, mereka masih belum mempunyai sijil halal dari Jakim mahupun HDC. Sekian Terima Kasih

GENERAL INFO TO TAKE NOTE

Aduan Berkaitan Makanan dan Barang Gunaan Islam (HALAL)


Aduan :
Asalam'kum,

Saya ingin bertanya samada logo halal tu hanya di keluarkan oleh pihak HDC sahaja atau sebaliknya. Ini adalah kerana kebanyakkan premis restoran di sekitar Kelana Jaya, Petaling Jaya mempamirkan logo halal "South east asia Islamic Council" yang beralamat di Taman Tun Dr Ismail, KL.
Ini mendatangkan banyak kemusykilan tentang kesahihan sijil halal yang dipamerkan.
Wasalam.
Tarikh Aduan :
23/03/2009 - 06:18:30
Jawapan :
Waalaikumsalam.. Terima Kasih kerana bertanya. Logo halal yang diiktiraf oleh pihak kerajaan hanyalah yang dikeluarkan oleh HDC & Jab Agama Islam negeri.Selain daripada itu tidak diiktiraf oleh kerajaan sama sekali.

PEWARNA RAMBUT

Aduan Berkaitan Makanan dan Barang Gunaan Islam (HALAL)


Aduan :
Assalamualaikum...

Saya cuma mahu bertanya tentang pewarna rambut.
Apa yang saya lihat ialah terdapat banyak pewarna rambut yang memaparkan logo halal di kotak pek itu.
Adakah produk ini memang halal ?
Tarikh Aduan :
13/03/2007 - 20:36:14
Jawapan :
Wassalam, JAKIM tidak pernah memberi sijil pengesahan halal kepada mana-mana produk pewarna rambut. Terima kasih.

UNTUK LEBIH MAKLUMAT LANJUT TENTANG STATUS HALAL PREMIS ATAU MAKANAN ATAU PRODUK, SILA HUBUNGI HAB HALAL JAKIM DI 03-83150200.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Tudung-Online