Sekarang, dah ada orang melayu, Malaysia pula yang berbuat sedemikian rupa. Pak sanggup atau keldai Pak Hitam agaknya, tak tahulah.
From: Rohayu Binti Abdul
Sent: Mon, March 21, 2011 8:21:54 PM
Subject: Assalamualikum
Assalamualikum. ..
Saya Puan Siti Rohayu Binti Abdul Razak dari Malaysia. Saya seorang janda yang
kematian suami dan tidak mempunyai anak, Saya berkahwin dengan Mohd Aminuddin
Bin Muhammad Abas yang bekerja sebagai Jurutera dengan Kedutaan Besar Malaysia
di United Kingdom selama dua belas tahun dan bersara sebagai pedagang minyak
sebelum meninggal dunia pada tahun 2006 yang lalu. Selepas kematian suami, saya
mengambil keputusan untuk tidak berkahwin lagi atau mengambil anak angkat.
Saya berjuang melawan kanser payudara selama tiga tahun selepas kematian suami.
Dia meninggal dunia setelah koma selama dua minggu selepas terbabit dalam
kemalangan jalan raya. Baru-baru ini, doktor peribadi saya berterus terang dan
mengatakan bahawa saya tidak akan dapat bertahan lama, dan mungkin hanya dapat
bertahan dua bulan sahaja kerana penyakit kanser yang saya deritai sekarang.
Saya mempunyai deposit $1.3 Juta US Dollar (Satu Juta Tiga Ratus Ribu Dolar
Amerika Syarikat) dengan Bank di UK. Saya berhajat untuk menggunakan wang
tersebut untuk membantu mereka yang memerlukan di sini. Secara ringkas saya
ingin menggunakannya untuk membantu mereka yang memerlukan dan sebagai
tanggugjawab sesama manusia dan saudara sesama Islam. Saya mengambil keputusan
ini kerana saya tidak mempunyai anak yang akan dapat mewarisi wang ini dan
ibubapa saya juga sudah meninggal dunia sebelum kematian suami saya. Saya tidak
mempunyai adik beradik kerana saya adalah anak tunggal di dalam keluarga. Saya
tidak percaya pada saudara mara arwah suami saya, kerana mereka hanya berbuat
baik pada saya kerana harta yang telah arwah suami saya tinggalkan untuk saya.
Selepas saya menerima balasan dari anda, saya akan memberitahu peguam arwah
suami saya di London untuk membantu anda mengeluarkan dana kepada anda. Saya
ingin anda menggunakan dana ini untuk membantu mereka yang kurang benasib baik
dan membina rumah kebajikan.
Allah S.W.T telah membuka pintu hati saya dan mendorong saya untuk mengambil
langkah ini, saya harap anda dapat meyakinkan saya bahawa anda akan dapat
melakukan yang terbaik untuk membantu saya.
Hubungi saya di alamat E-mail saya: (rohayuabdulrazak@yahoo.com)
Semoga Allah merahmati anda. Amin.
Aichehhhh!! Berani dia guna nama Allah untuk menipu ye.. bagi salam pun tak betul..eksen pulak tuh. hahahaha..takpe..takpe.. Allah Maha Kuasa.
Dalam facebook pun dah ada jenis2 manusia yang melakukan kerja² spam dan mempromosi laman scam. 'Buat duit cara mudah dengan internet', 'saya dah cuba add saudari tapi entah kenapa tak boleh, mungkin kerana saya masih baru', bla..bla..blahhhh lagi..
Itu belum masuk UPS lah, DHL lah, UK lottery lah dan entah apa² benda mengarut lagi.
Semakin maju sistem komunikasi, semakin berkembang pula akal manusia untuk menipu ni.
No comments:
Post a Comment