Treble clef

beli Quran jom!

Followers (thanks!!)

I support breast feeding!

I support breast feeding!

Friday, May 6, 2011

mak aku, tetap mak aku..

ye la, dah dia yg lahirkan aku, kan? mesti la dia mak aku. lainla kalau korang adik2 aku, mesti la dia pun mak korang, kan? apa ke susah bebenor nak paham? kehkehkehkeh..

tak kisah la dia mcm mana sekali pun, dia tetap mak aku. mak aku cantik, tau. hahaha.. aku je tak cantik. adik2 aku cantik. mak aku suka kira-kira. dia terer bab congak2 dan matematik. tak payah bawak calculator pun takpe. aku je bengap maths ni. hahahaha! tp mak aku tak pandai melukis. bab pend seni, dia fail. kehkehkeh. ayah aku terer. mak aku bab masak cekodok, dia hebat. aku suka sayur togeh + tahu + kucai masak kicap dia. TERBAEK! apa ke menu senang tu pun aku suka, kan? ye..sbb air tgn dia tak sama dgn org lain. dia masak menu simple tu pun sedap. haaa...! tp aku tak blajar masak dgn dia. aku blajar dgn ayah. ayah ajar aku goreng mee. buat rendang etc. mak, cuma masak, campak2 dan suh aku tgk. tu je. hahahaha! tp nasib diorang baik, sbb anak dia yg sulung ni cepat tangkap. bab maths je lembab. (eh..aku dah ckp td, kan?)

Ahad ni, hari ibu.

walau mak aku mungkin bukan seorang yg ada title, berpengaruh besar atau apa2, aku tetap sayang dia. dia tetap superwoman dalam hidup aku.

tanpa dia, mana mungkin aku wujud, mengetuk-ngetuk kibod, cuba berlagu. tak gitu?

mak, kakak sayang mak. :)

2 comments:

CinoiLavigne said...

HAppy Mothers Day to all mom in the world. Ur mom too

eraerzarusli said...

thanks darling!

There was an error in this gadget

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Tudung-Online