Treble clef

beli Quran jom!

Followers (thanks!!)

I support breast feeding!

I support breast feeding!

Tuesday, May 31, 2011

31 Mei 2003

Tarikh aku diijabkabul.

Hari ini, genap 8 tahun.

Selamat ulangtahun perkahwinan, suami tercinta.

Syukur atas segala nikmat dan kurniaNya;

hidup yang sederhana, diuji sekali sekala & 4 cahaya mata comel2 belaka!

Hebatnya Dia.

Andai dapat aku luahkan segala yang terbuku di hati, hingga mengakibatkan apa yg telah terjadi Ahad lepas, alangkah leganya.

Namun Dia mengajar aku supaya lebih matang dan lebih banyak bersabar.

Walau berat beban terpikul di bahu, walau sesak nafas menahan, walau bergoncang jiwa tertekan, keranaMu, aku bertahan.

Friday, May 27, 2011

Jumaat yang mulia..tp aku diujiNya!

Berat dan sarat dengan rasa marah dalam hati, dalam jiwa.

Sakit!

Hujan yang turun mencurah sejak subuh tadi tetap tak mampu mententeramkan gejolak.

Semua kerana dia.

Pencetus geram, marah dan sakit hati aku!

Thursday, May 26, 2011

Terasa mahu bunuh diri? Silakan!!

Benci dengan hidup!

So, sukahati ko nak bunuh diri.

Tapi tolong jgn heret yang tak bersalah sekali!!


**********************************************************

Bawak kenderaan macam orang gila. Memotong tak kira lane. Bawak keta memalam tak on lampu. Menongkah arus lagi! gila betul!

Tu belum masuk yg bawak motor macam tak cukup tanah merempit!

Nak mati, silakan. Tapi tolong jangan menyusahkan orang lain!

Tolong aku klik 'like'!! utk Nikon D5100 Photo Competition Submission

Nikon D5100 Photo Competition Submission1

dan

Nikon D5100 Photo Competition Submission2


Aku nak tgk sejauh mana minat aku dalam fotografi ni boleh bawak aku. May not a pro but aku suka. Walau saja2, suka2, itu minat aku sejak kecik.

Tolong klik 'like' ya!!

Monday, May 23, 2011

Restoran dan produk makanan dan tanda HALAL palsu.

JUST CALLED JAKIM, KATANYA, STARBUCKS TIADA MASALAH. (SUKA LAH ADIK AKU NI!!)
IKEA FOODCOURT, TIADA DALAM SENARAI PEMOHON STATUS HALAL JAKIM. SO? AGAK-AGAK LA, OK? (aku sgt tak suka tepon jabatan kerajaan ni tau. lembab + berlagak, dari dulu tak pernah berubah. dah jadi sindrom!)

OLD TOWN WHITE COFFEE

Aduan Berkaitan Makanan dan Barang Gunaan Islam (HALAL)


Aduan :
Assalamu'alaikum

Saya telah menghantar emel ke Oldtown White Coffree untuk menanyakan sijil halal yang dipaparkan dalam lawan web mereka (oldtown.com.my>>our business>>our lourels) tentang mengapa sijil dikeluarkan JAIP itu hanya mengesahkan minuman sahaja, bukan makanan.

Mereka telah membalas emel saya dengan menyatakan mereka mendapat pengesahan dari SAS-H Consultants Sdn.Bhd. (CO.NO. 704021-P) di mana mengikut mereka, syarikat ini bekerja rapat dengan JAKIM dan mengikut ISO 1500-2004.

Soalannya apakah benar kenyataan mereka ini.

Selain itu, mereka menegaskan premis mereka adalah 'Pork Free'. Itu maklum kerana menunya sememangnya tidak ada hidangan tersebut. Cuma, kemusykilannya bagaimana status sembelihan ayam untuk makanan mereka kerana ada beberapa hidangan mengandungi ayam.

Terima kasih.
Assalamu'alaikum.
Tarikh Aduan :
02/01/2009 - 13:12:34
Jawapan :
Assalamualaikum SAS-H Consultants Sdn.Bhd. tidak diiktiraf oleh HDC mahupun JAKIM di dalam pengeluaran sijil halal. Kenyataan tentang bekerja rapat dengan JAKIM dan mematuhi MS1500:2004 tidak dapat dipastikan kerana tidak sebarang hubungan atau perjanjian antara kedua belah pihak. Sekian, Terima kasih.
Ramai gila kawan2 aku yang gemar ke tempat ni. Tak alert atau tak tau, atau buat2 tak tau, aku pun tak tau. Sedangkan dah pernah keluar tv, dah heboh internet etc suatu ketika dulu.

MANHATTAN FISH MARKET

Aduan Berkaitan Makanan dan Barang Gunaan Islam (HALAL)


Aduan :
Assalamualaikum,
adakah premis restoran The Manhattan Fish Market.
Conothnya di Alamanda Putrajaya, Ikano Power centre, Sogo dan Centre Point mendapat Logo Halal from HDC atau JAKIM.
Tarikh Aduan :
14/04/2009 - 01:28:47
Jawapan :
Waalaikumsalam, Restoran tersebut tiada didalam rekod JAKIM/HDC. Sekian. Terima Kasih
Bapak aku suka makan kat sini plak!! Kak Chik, sila bgtau ayah.. Kalau ayah aku yakin, haa.. bleh pergi.. Ayah aku ni ada instinct hebat. hehehe.

KENNY ROGERS, BIG APPLE, JCO

Aduan Berkaitan Makanan dan Barang Gunaan Islam (HALAL)


Aduan :
adkah KEnny Roagers mendapat sijil Halal dari pihak Jakim?begitu juga dgn Big Apple@Donut J Co?
Tarikh Aduan :
27/04/2009 - 00:53:42
Jawapan :
Salam, Kenny Rogers dibawah syarikat Berjaya telah mempunyai sijil halal sejak Jakim lagi hingga sekarang ini. Untuk Big Apple@Donut J Co, mereka masih belum mempunyai sijil halal dari Jakim mahupun HDC. Sekian Terima Kasih

GENERAL INFO TO TAKE NOTE

Aduan Berkaitan Makanan dan Barang Gunaan Islam (HALAL)


Aduan :
Asalam'kum,

Saya ingin bertanya samada logo halal tu hanya di keluarkan oleh pihak HDC sahaja atau sebaliknya. Ini adalah kerana kebanyakkan premis restoran di sekitar Kelana Jaya, Petaling Jaya mempamirkan logo halal "South east asia Islamic Council" yang beralamat di Taman Tun Dr Ismail, KL.
Ini mendatangkan banyak kemusykilan tentang kesahihan sijil halal yang dipamerkan.
Wasalam.
Tarikh Aduan :
23/03/2009 - 06:18:30
Jawapan :
Waalaikumsalam.. Terima Kasih kerana bertanya. Logo halal yang diiktiraf oleh pihak kerajaan hanyalah yang dikeluarkan oleh HDC & Jab Agama Islam negeri.Selain daripada itu tidak diiktiraf oleh kerajaan sama sekali.

PEWARNA RAMBUT

Aduan Berkaitan Makanan dan Barang Gunaan Islam (HALAL)


Aduan :
Assalamualaikum...

Saya cuma mahu bertanya tentang pewarna rambut.
Apa yang saya lihat ialah terdapat banyak pewarna rambut yang memaparkan logo halal di kotak pek itu.
Adakah produk ini memang halal ?
Tarikh Aduan :
13/03/2007 - 20:36:14
Jawapan :
Wassalam, JAKIM tidak pernah memberi sijil pengesahan halal kepada mana-mana produk pewarna rambut. Terima kasih.

UNTUK LEBIH MAKLUMAT LANJUT TENTANG STATUS HALAL PREMIS ATAU MAKANAN ATAU PRODUK, SILA HUBUNGI HAB HALAL JAKIM DI 03-83150200.

Sunday, May 22, 2011

Kenapa 'couple itu haram'?




COUPLE ITU HARAM - artikel asalnya di iluvislam.com
sila cari sendiri. :)

Apa tanggapan pertama anda bila membaca tajuk artikel tersebut? Diulang; tanggapan pertama.

Sesungguhnya ia mengundang pada bacaan lanjut. Untuk difahami dan didalami setiap bait kata, setiap baris ayat, setiap langkau perenggan. Barulah nanti tercapai dek akal untuk dimengerti.

Namun yang menjadi persoalannya sehingga aku terpanggil untuk mengulas (konon!) tajuk artikel ini ialah penerimaannya di kalangan adik-adik, khususnya anak remaja.



Yang taksub akan dengan mudah menuding jari dan meninggi diri mengatakan dia berada di ruang dan laluan yang betul dengan tidak ber 'couple' sehingga menjadi topik bahas yang hangat di laman sosial popular tidak lama dahulu. Tanpa dengan bijak menggali dalam-dalam untuk setidaknya memahami maksudnya. Ini yang amat mendukacitakan. Betapa anak remaja kita dengan mudah menerima sesuatu tanpa perlu berfikir jauh-jauh, mengkaji akibat dan kesannya. Oh. Pastinya bukan semua. Ramai yang bijaksana, adanya. Ramai juga yang pintar berbicara dengan penuh isi butir bernas umpama pendita!

Berbalik pada topik. Apa maksud 'couple'?
Mudah. Maksudnya; pasangan.

Lalu, mengapa dengan mudah mengatakan ianya haram? Adakah pasangan suami isteri itu haram? Pasangan adik beradik itu haram? :) Sudah tentu jawapannya sama sekali 'tidak'. Pengertian dan kupasannya terlalu panjang dan luas untuk di bahas di laman maya ini dengan hanya dibantu ketukan papan kekunci.

Saat ini sudah pasti juga ada yang mula mahu panas punggung dan mahu melenting dengan bacaan yang sedikit cuma. Sabar itu separuh daripada iman. Sudah lupa? :)

Tidak ada salahnya kalau mahu menarik pembaca dengan tajuk yang panas atau kontroversi (selagi tidak membuka aib manusia yang lain; tidak kira batas usia, pekerjaan, bangsa mahupun agamanya), namun perlu berhati-hati akan maksud penyampaiannya. Perlu diteliti skop pembacaannya. Mengikut akal logik, mahu kah para remaja (yang artikel tersebut sememangnya ditujukan khas pada mereka) membaca dengan rasional, penuh rela dan berfikiran terbuka untuk kefahaman diri mereka? Mungkin 1 dalam sepuluh. Mungkin dalam ramai yang membaca, hanya separuh (ini pun dah Alhamdulillah!) yang faham akan terma penggunaan perkataan 'couple' tersebut, yang menjurus kepada bahasa muda mudi sekarang:
'aku dgn jeff skrg. kitorang couple. baru declare semalam.'
Oh, ya! Terma itu bukanlah terlalu baru. Ianya umpama ulangan sahaja. Aku juga pernah menggunakan terma tersebut zaman sekolah 18 tahun dulu, dan zaman IRC 4 tahun kemudiannya. :p

Lalu, apa kesimpulannya?

Baca bukan sekadar tajuk.
Bukan juga sekadar sambil lalu.
Baca dengan niat untuk mendapat ilmu.
Baru hidup akan pasti ada arah tuju.



Cinta hatiku. Moga kekal ke akhir waktu!

Saturday, May 21, 2011

Ya Allah..selamatkan anak-anak ini!

Tanah runtuh: Seorang lagi mangsa meninggal dunia

21/05/2011 10:41pm

KUALA LUMPUR 21 Mei - Seorang lagi mangsa tanah runtuh Rumah Anak-Anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Hulu Langat meninggal dunia di Hospital Ampang malam ini.

Penghuni lelaki itu adalah antara sembilan mangsa yang cedera yang dikeluarkan daripada runtuhan itu petang ini.

Ini menjadikan jumlah yang maut dalam kejadian itu sehingga pukul 10 malam ini ialah enam orang.

Dalam kejadian pada pukul 2.30 petang ini, seramai 24 orang terdiri daripada anak yatim, warden dan kakitangan rumah anak yatim itu tertimbus dalam runtuhan tanah yang meranapkan khemah yang dipasang untuk persiapan satu majlis yang dijadual pada pukul 5 petang ini.

Sehingga kini, seramai 10 lagi mangsa masih tertimbus dalam runtuhan itu.

Operasi mencari dan menyelamat oleh Pasukan Bomba dan Penyelamat, polis, Pasukan Mencari dan Menyelamat Malaysia (Smart) dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) diteruskan sehingga semua mangsa ditemui. - Bernama


copy paste dari Utusan Online


Kasihani mereka ya Allah.

A-een, A-een..!



hahaha! takde keje la tuh..

Rindu papa agaknya.. tu yang sibuk2 nak pakai stokin papa tu..

Isnin papa balik la, sayang.

Friday, May 20, 2011

..dan mata pun berat menahan limpahan airnya..


Sewaktu sedang sibuk² google tentang headband cantik dan murah untuk anak² dara ni, aku dikejutkan dengan satu soalan dari Dalia.

Anak sulung aku yang menginjak usia 7 tahun ni, mendekati aku dengan wajah penuh persoalan namun tenang.

'Ma, nanti kalau hari kiamat, bumi bergegar kan? Lepas tu kita semua mati, kan? Nanti kakak tak kenal mama, kan? Dah lepas tu nanti, kita boleh jumpa balik tak?'

Aduh! Beratnya soalan itu. Perlahan aku menarik nafas, dalam usaha merangka-rangka ayat agar jawapan aku nanti memuaskan hatinya. Lama juga aku tumakninah. Sehingga membuahkan tandatanya di wajahnya. Sesungguhnya, tidak pernah terlintas di benakku persoalan sedemikian akan dibangkitkan oleh anak semuda itu.

' Kalau mama tak tinggal solat, jadi orang yang baik, jaga anak2 mama dengan baik, dan kakakpun jadi anak yang baik, mendengar kata, Insya Allah kita boleh jumpa.'
Dalia seakan faham. Dia berlalu dan duduk sebentar di sofa, sebelum datang kembali pada aku, memberitahu yang dia mahu masuk tidur.

Selang dua minit, aku terdengar esakan dari dalam bilik. Aku tahu anak dara aku yang satu itu sensitif dan mudah terganggu emosi. (macam aku juga!) Seketika kemudian dia keluar dengan linangan airmata dan mata yang membengkak, lalu memeluk aku. Dalam berat menahan emosi, aku tanyakan padanya, 'Kenapa kakak menangis? Kakak takut kita tak jumpa nanti ya?' Dan saat ini aku sudah mulai sebak. Dia mengangguk. Pelukan makin erat dan mulutnya melafazkan, 'kakak sayang mama..' sambil airmata jatuh makin laju.

Untuk menenangkan hatinya, aku bersuara seraya memujuk hati kami berdua...

'Allah Maha Penyayang. Dia tak pernah bencikan kita. Dia dah janji, setiap umat Islam, pasti masuk syurga. Selagi kita ikut suruhan Dia, kita mesti dapat masuk syurga. Kalau kita masuk syurga, mesti kita dapat jumpa, kan? Nanti Allah sediakan rumah besar untuk kita semua.'

..dan saat ini, mata aku sudah tidak mampu lagi membendung airnya... empangan pecah juga.

Erza Dalia sayang.
Sesungguhnya syurga dan neraka itu hakNya. Mama tidak mampu untuk berkata yang indah-indah untuk sekadar menyedapkan hati kita. Mama hanya mampu untuk membuat Kakak yakin akan kewujudan Allah yang Esa. Mama juga masih banyak khilaf dan silapnya. Masih banyak yang perlu mama pelajari dan ketahui, agar dapat mama turunkan ilmu kepada anak-anak nanti. Masih jauh langkah yang perlu mama selusuri, agar anak-anak dapat meniti dan melaluinya dewasa nanti, setidaknya kurang onak dan duri. Setiap nafas kita hembus, setiap kerlipan mata kita, setiap degupan jantung kita, adalah hakNya. Berdoalah sayang, agar hati kita tetap padaNya. Mama takkan mampu mengharungi semua dugaanNya dalam membesar dan mendidik Kakak dan adik-adik, tanpa bantuan dan pengertian dari anak-anak mama. Bantu mama, dengan menjadi anak yang soleh dan solehah, agar dapat kita berjumpa, bersatu semula sebagai sebuah keluarga bahagia, di Syurga sana dengan izinNya!


macam-macam gaya menipu sekarang ni kan?

Rasanya ramai yang dah maklum tentang email yang kononnya dari hartawan Zimbabwe, Botswana etc yang kematian suami, bla..blaa..blaaahhhh yang memohon bantuan untuk keluarkan sejumlah dana (biasanya juta2) dan perlukan akaun offshore (kita la tu) untuk mengeluarkannya atas sebab² yang kadang2 tak masuk akal dan memang bodoh.

Sekarang, dah ada orang melayu, Malaysia pula yang berbuat sedemikian rupa. Pak sanggup atau keldai Pak Hitam agaknya, tak tahulah.

From: Rohayu Binti Abdul
Sent: Mon, March 21, 2011 8:21:54 PM
Subject: Assalamualikum

Assalamualikum. ..

Saya Puan Siti Rohayu Binti Abdul Razak dari Malaysia. Saya seorang janda yang
kematian suami dan tidak mempunyai anak, Saya berkahwin dengan Mohd Aminuddin
Bin Muhammad Abas yang bekerja sebagai Jurutera dengan Kedutaan Besar Malaysia
di United Kingdom selama dua belas tahun dan bersara sebagai pedagang minyak
sebelum meninggal dunia pada tahun 2006 yang lalu. Selepas kematian suami, saya
mengambil keputusan untuk tidak berkahwin lagi atau mengambil anak angkat.

Saya berjuang melawan kanser payudara selama tiga tahun selepas kematian suami.
Dia meninggal dunia setelah koma selama dua minggu selepas terbabit dalam
kemalangan jalan raya. Baru-baru ini, doktor peribadi saya berterus terang dan
mengatakan bahawa saya tidak akan dapat bertahan lama, dan mungkin hanya dapat
bertahan dua bulan sahaja kerana penyakit kanser yang saya deritai sekarang.

Saya mempunyai deposit $1.3 Juta US Dollar (Satu Juta Tiga Ratus Ribu Dolar
Amerika Syarikat) dengan Bank di UK. Saya berhajat untuk menggunakan wang
tersebut untuk membantu mereka yang memerlukan di sini. Secara ringkas saya
ingin menggunakannya untuk membantu mereka yang memerlukan dan sebagai
tanggugjawab sesama manusia dan saudara sesama Islam. Saya mengambil keputusan
ini kerana saya tidak mempunyai anak yang akan dapat mewarisi wang ini dan
ibubapa saya juga sudah meninggal dunia sebelum kematian suami saya. Saya tidak
mempunyai adik beradik kerana saya adalah anak tunggal di dalam keluarga. Saya
tidak percaya pada saudara mara arwah suami saya, kerana mereka hanya berbuat
baik pada saya kerana harta yang telah arwah suami saya tinggalkan untuk saya.

Selepas saya menerima balasan dari anda, saya akan memberitahu peguam arwah
suami saya di London untuk membantu anda mengeluarkan dana kepada anda. Saya
ingin anda menggunakan dana ini untuk membantu mereka yang kurang benasib baik
dan membina rumah kebajikan.

Allah S.W.T telah membuka pintu hati saya dan mendorong saya untuk mengambil
langkah ini, saya harap anda dapat meyakinkan saya bahawa anda akan dapat
melakukan yang terbaik untuk membantu saya.

Hubungi saya di alamat E-mail saya: (rohayuabdulrazak@yahoo.com)

Semoga Allah merahmati anda. Amin.

Aichehhhh!! Berani dia guna nama Allah untuk menipu ye.. bagi salam pun tak betul..eksen pulak tuh. hahahaha..takpe..takpe.. Allah Maha Kuasa.

Dalam facebook pun dah ada jenis2 manusia yang melakukan kerja² spam dan mempromosi laman scam. 'Buat duit cara mudah dengan internet', 'saya dah cuba add saudari tapi entah kenapa tak boleh, mungkin kerana saya masih baru', bla..bla..blahhhh lagi..

Itu belum masuk UPS lah, DHL lah, UK lottery lah dan entah apa² benda mengarut lagi.

Semakin maju sistem komunikasi, semakin berkembang pula akal manusia untuk menipu ni.

si penyimbah asid durjana kahbarnya sudah berada di Shah Alam

yup!

itu yg sedang hangat diperkatakan sekarang. khabarnya seorang budak perempuan menjadi mangsanya di sekitar kompleks pkns. tidak diketahui kesahihannya dan cerita sebenar.

just wait and see.

mohon kalian, berhati-hati.

Zahin @ a-een @ adik


kesian si encem mama ni.

dah dua hari tak leh lawas berak. minum air banyak dah. makan betik pun selamba je ngadap sepotong dia sorang. berak 10 kali sehari, tp alaaaaaahai.. seketul2 jek. kesian. kesian tgk dia tahan melecet montot.

ni dia tgh bpeluh-peluh kerut2 muka sambil membebel.. nak berak lagi la tu..

2 sen sahaja lagi dan aku kehabisan kredit!!

hadoiiiiii!!
Link
geekybids ni memang menggoda seh!

iPhone4 rm4 sahaja!

aku tgh bid utk Nikon D7000 dan aku kalah 2 sen..

jom kawan2, kita cuci mata gila2 dan bid mana yg berkenaan. mana tahu rezeki anda!!

klik & register ----->>>> Di SINI

Thursday, May 19, 2011

Apa jadah main simbah2?

Tentu dah ramai yang dengar berita tentang wanita melayu yang jadi sasaran kes penyimbah asid tak bertauliah ni, kan?

Aku nasihatkan, para wanita sekalian (regardless of what race you are) sentiasa ambil langkah berjaga-jaga. Jangan ego sangat nak pergi tempat letak kereta yang agak jauh tersorok sorang2. Tempat ramai orang pun boleh kena raba, inikan pula tempat gelap lagi tersorok pula!

Beringat sebelum kena.

Setiap kali memula langkah, jangan lupa baca Basmalah. Turun lif nak ke tempat letak kereta, hatta mahu pergi makan sekalipun, sila baca ayat kursi. Ada yang tak hafal? search dlm internet ni, ada site yang siap boleh belajar mengaji lagi.

ok, ladies?

Wednesday, May 18, 2011

tunangan orang,.. akhirnya!

Ahad lepas, tanggal 15 Mei 2011, selamatlah adik aku bergelar tunangan orang. Alhamdulillah. Aku doakan segala yang terbaik untuk dia. Membaca wall-postnya di FB, ramai sungguh yang memberi peringatan akan situasi darah manisnya sekarang. Itu aku tak nafikan. Aku harap (malah, aku yakin) dia tabah dan matang dalam apa jua perkara berkaitan. Begitu juga dengan bakal adik ipar aku tu. Harapnya, dia lebih tenang dan matang dari adik aku. Sebagai anak sulung, seharusnya dia lebih berjiwa tenang dan memimpin.

Kakak doakan korang kekal bahagia ke akhir usia!


**blogger bengong..takleh upload gambar plakkk!!!**

Wednesday, May 11, 2011

tak masuk akal!

Semalam, terdengar sekali imbas akan ulasan tentang sesi temubual Selamat Pagi Malaysia di KLFM.

..mengatakan tentang pameran/ ekspo kesedaran (siapa tahu sila berikan info) mengenai gejala rempit di malaysia yang diadakan di pusat bandar kl.

dlm ulasan tersebut, dinyatakan bahawa majoriti yang terlibat dlm kemalangan maut akibat merempit ini adalah dari golongan remaja berusia 16-21 tahun, melayu, luar bandar.

terlintas dan terdetik di hati, 'kalau dah peratusannya tinggi melibatkan remaja di luar bandar, kenapa buat pameran/ promo/ ekspo kesedaran di tengah bandar?'

siapa yang tahu tentangnya secara lebih lanjut, sila update aku. tq!

sesekali..ku rasa teringinnnnnnn!!

aichehhhh!!

lagu tu la aku dok nyanyi masa pertandingan kat sekolah 19 tahun lalu. hahhahahahah! tak dpt 1st, 2nd pun takde hal punya. (suami aku ckp -err..suami aku umpama Ramli MS + Roslan Aziz pada aku, yer- suara aku tarik tinggi, sedap. hahahaha..jgn marah!)

teringin nak itu ini begitu begini dan macam2 lagi. tapi tanggungjawab sbg seorang isteri dan ibu membatasi segala gerak geri. aku mahu aktif itu ini macam dulu2. hubby tau keinginan aku, sebab dia kenal aku dulu pun sbg seorang yg aktif. dari meeting puteri umno sampai tgh mlm, hingga lah ke pertandingan nyanyian AmBank, dia tahu aku jenis macam mana. jadinya, bila sekarang dah terperap kat rumah (aku pun bukan jenis suka keluar huha-huha yer..kalau takde apa2, aku lebih suka dok umah! macam mak aku!), kadang2 that look of kesian, terpancar jugak kat muka dia, bila tgk aku tung-tang, ting-tong kat umah dgn kerja rutin dan urusan anak2. sesekali, kalau kami keluar jogging dan beriadah dgn anak2, suami aku yg lebih2 happy. aku suka bila dia tgk aku berlari (sprint), sebab aku suka bila dia kata aku cantik dan ada gaya. hahaha. I was a sprinter, years ago. masa sekolah. so, don't judge a book by its cover, okehh?! :D

bila tgk status para rakan di FB, atau juga cicipan di twitter; bila menyatakan pergi cuti sana, shopping sini, dine sana, hiking sini, spa sana, facial sini etc, tak dinafi, terdetik juga cemburu di hati. Dan suami akan dengan bijak membunuh rasa cemburu itu dengan menyatakan,'diorang takde benda yg mama ada, sebab tu spend time buat benda2 tu semua.'

..dan aku akan senyum juga. walau kelat, tetap ada rasa bangga.

aku ada apa yang mereka tak ada. dan itu ada betulnya.

aku ada anak2 yang ramai untuk di didik dan di jaga. mereka hanya ada satu atau dua, yang ditinggal di rumah penjaga, atau ibubapa.

ye. walau naluri aku tetap menegakkan keinginan dan cemburu, kata2 suami (walau hanya penyedap rasa, atau mungkin penyelamat aliran keluar duit dia..hahahah!) aku terima juga.

'one day, sayang. bila anak2 dah besar, kita dating je setiap masa, ye..' janji suami, yang selalu diutara.

oh ya.. dia siap plan nak beli kete kecik.. e.g mini cooper, utk dating, bila kami dah berusia.

hahahahahaha!

'ma tunggu, pa.. janji ya?'

Monday, May 9, 2011

Detik 15 Mei, 2011

Adik aku mau bertunang.


Dia mintak aku buatkan ini....


dan ini.. sebagai hantaran..

senang..memang senang..(menaip ini pun sudah banyak peluh merecik di dahi..)


sila doakan aku berjaya.


gambar ihsan en. google

Sunday, May 8, 2011

Menjahit? fuhhhh!! -----tolonggggggggggggg------

Rasanya aku belum bersedia.

Berangan nak jahit baju kurung sendiri. Gunting2 pola macam senang. Elok2 nak buat baju kurung, jadi karung guni. Apa kes? Memang berang!

Arrrrgggghhhh!! Agak2, kalau pow en. hubby belikan mesin jahit yg ada serba serbi, tinggal tekan punat jalan sendiri, adakah akan diberi?


MIMPI!!!

p/s: aku tetap akan cuba.. jenuh la nak jahit tangan.. sila doakan aku berjaya.
p/s/s: baking cupcakes masih berjalan seperti biasa. cumanya start rabu ni akan jadi sibuk dari biasa, kerana dlm persediaan membaking2 untuk majlis pertunangan adik; Eleena.

Friday, May 6, 2011

mak aku, tetap mak aku..

ye la, dah dia yg lahirkan aku, kan? mesti la dia mak aku. lainla kalau korang adik2 aku, mesti la dia pun mak korang, kan? apa ke susah bebenor nak paham? kehkehkehkeh..

tak kisah la dia mcm mana sekali pun, dia tetap mak aku. mak aku cantik, tau. hahaha.. aku je tak cantik. adik2 aku cantik. mak aku suka kira-kira. dia terer bab congak2 dan matematik. tak payah bawak calculator pun takpe. aku je bengap maths ni. hahahaha! tp mak aku tak pandai melukis. bab pend seni, dia fail. kehkehkeh. ayah aku terer. mak aku bab masak cekodok, dia hebat. aku suka sayur togeh + tahu + kucai masak kicap dia. TERBAEK! apa ke menu senang tu pun aku suka, kan? ye..sbb air tgn dia tak sama dgn org lain. dia masak menu simple tu pun sedap. haaa...! tp aku tak blajar masak dgn dia. aku blajar dgn ayah. ayah ajar aku goreng mee. buat rendang etc. mak, cuma masak, campak2 dan suh aku tgk. tu je. hahahaha! tp nasib diorang baik, sbb anak dia yg sulung ni cepat tangkap. bab maths je lembab. (eh..aku dah ckp td, kan?)

Ahad ni, hari ibu.

walau mak aku mungkin bukan seorang yg ada title, berpengaruh besar atau apa2, aku tetap sayang dia. dia tetap superwoman dalam hidup aku.

tanpa dia, mana mungkin aku wujud, mengetuk-ngetuk kibod, cuba berlagu. tak gitu?

mak, kakak sayang mak. :)

Saya tak mahu kaya raya..

Huish!! Siapa yang tak mahu kaya tu??

heheheh..

Aku. Aku tak mahu jadi kaya raya. aku mahu hidup biasa-biasa dan cukup serba serbi sahaja. Bila nak makan, ada benda nak makan, nak tido ada tempat tido, nak jenjalan ada duit isi petrol, servis kereta, bayar tol dan singgah2 makan. Bila nak bercuti ada duit nak bayar tempat penginapan. anak sekolah ada duit bayar yuran.

Setakat ni, Alhamdulillah. semua itu dapat dan merasa walau tidak selalu. namun, yang asas (utilities, groceries, school fees etc) tak pernah missed! Syukur!

Aku tak marah dengan mereka yang sibuk2 nak kaya. Dok promo mcm2 kat aku pasal program nak cepat kaya. MLM pun, aku join utk kegunaan sendiri sahaja. Tak perlu korang susah payah nak promo, paksa, tunjuk itu ini begitu begini bukti kete besar, duit melambak (mcm ID tu, hyprobulk lah, login fb bla..bla..blahhh) kat aku, konon bleh cepat maju. Aku tak layan semua tu. Oh ya.. bukan tak layan langsung, aku DAH pernah layan dan dah kena tipu.

Now, aku cuma konsentret dgn Bio Asli aku..sebab aku guna barang dia, sesuai dgn aku. Begitu juga dengan Mate5, aku masih layan. Lain2, benda yang takde depan mata, tp nak kena promo bagai nak gila, pada aku, ianya HARAM. ko promo angin ke, sampai bleh dpt ribu riban, sedangkan barang tak ada? kata tak payah buat itu ini, dah dapat 'gaji'. abih, buat apa nak promo? kan? spamming kalau nak promo? dah sah2 jadi tak halal sebab caranya menyusahkan dan buat org benci.

Pernah ada budak ni, dok ia-ia promo kat aku. Bukan promo pasal kegunaan produk tp promo bgmana nak dapat rm30k seminggu! ko gila? rata2 MLM skrg ni, company director dia org apa? ko keje tunggang terbalik, promo sana sini, yg kaya sapa? kalau la ada lagi yg nak promo benda2 cenggini kat aku, aku maki sungguh2, hang tau!

Jangan cuba-cuba!

Monday, May 2, 2011

dah mula dahhhhh!!







yup! aku dah mula menggatal menerima tempahan cupcakes. sesungguhnya, ia amat memenatkan! hahaha. tapi seronok. tak tahu mcm mana nak terangkan. terasa sangat huru hara bila kena siapkan 50 biji utk hari khamis, 90 biji untuk hari jumaat dan 30 biji utk hari sabtu, di samping urusan rumah, anak2 dan keluarga. memang sangat mencabar! tapi, semalam (ahad) bila tak terkocoh kacah set time nak baking etc, aku jadi blur. hehehehe.. kelakar pulak.

2 minggu lagi adik aku nak bertunang dan mak amanahkan aku untuk handle bab kek. adik aku suh buat 3 layer RVC (red velvet cake) sbg hantaran berserta chocolate cupcakes with oreo cream cheese toppings. strawberry coklat pun dia nak jugak! hmm.. gabra!!!!

wish me luck!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Tudung-Online