Apa maksud tsunami?
Dalam bahasa Jepun, Tsu bermaksud pelabuhan dan Nami bermaksud ombak (kamus jepun-bahasa melayu, koleksi peribadi aku)
Mengikut Kamus Dewan edisi ke-4, ianya membawa maksud '
ombak laut yg besar dan ganas yg disebabkan oleh gempa bumi atau letupan gunung berapi di bawah laut dsb, biasanya sering menyebabkan kemusnahan teruk kpd harta benda, nyawa dsb'.Merujuk kepada Answers.com pula, definisinya ialah
a huge ocean wave that can travel at speeds up to 600 mi/hr (965 km/hr), hundreds of miles over open sea before it hits land. Sometimes incorrectly called a tidal wave, a tsunami is usually caused by an earthquake, volcanic eruption or coastal landslide.**Read more:
http://www.answers.com/topic/tsunami#ixzz1GNf0MKBs(Perhatikan gaya penerangan maksud kedua-dua sumber pengetahuan di hujung jari ini. Berbeza!)**********************************************************************************************Mendengar berita Jepun di landa gempa bumi kuat berskala 8.9 pada skala Richter dan mencetuskan tsunami setinggi 10 meter seolah-olah menayangkan 'playback' peristiwa serupa yang melanda Asia Tenggara pada 2004. Perasaan sayu secara otomatik meruntun jiwa. Kasihan. Apalagi bila nyawa melayang dan diragut dek bencana alam, adalah dari insan-insan kecil; bayi dan kanak-kanak. Menonton berita terkini dengan paparan 'live' nya mencemaskan. Moga mereka ini di beri ketabahan. Semoga negara kita yang aman damai ini dijauhi musibah dan malapetaka sedemikian rupa. Thailand, 2004 Banda Acheh, 2004Sesungguhnya, kita yang jauh ini hanya mampu berdoa untuk keamanan manusia sejagat. Setiap apa yang berlaku itu ada hikmahNya......dan, berita ini sesungguhnya memberi kelegaan...12/03/2011 6:22pm (Utusan Online)
KUALA LUMPUR 12 Mac - Setakat pukul 4 petang, Kedutaan Malaysia berjaya menghubungi 371 rakyat negara ini di Jepun yang terlibat dengan tsunami dan kesemua mereka berada dalam keadaan selamat.
2 comments:
Tu la, kesian dia orang. Lagi-lagi, ada stesen janakuasa nuklear dia bocor kan, sebab tsunami ni. Bahaya nya! Doakan yang baik-baik untuk rakyat Malaysia di Jepun dan semua la.
Yup!
risau sangat, sbb ada dua tiga org kawan di sana. hopefully semuanya ok. walau deme tak seagama, mendoakan keselamatan dan kesejahteraan tu tak salah, kan?
Post a Comment